Forum CEO China APEC Akan Berlangsung Serentak dengan Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China, Tingkatkan Kerjasama Asia-Pasifik
BEIJING, 16 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Forum CEO China APEC anjuran Majlis China bagi Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT), sebuah acara perniagaan utama sempena Tahun China APEC, akan berlangsung di Beijing pada 21 Jun, sehari sebelum pembukaan Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) Keempat.
Bertemakan "Openness, Connectivity, Synergy: Linking the Asia-Pacific for a Shared Future" ("Keterbukaan, Ketersambungan, Sinergi: Menghubungkan Asia Pasifik demi Masa Depan Bersama"), forum tersebut akan merangkumi majlis pembukaan serta tiga sesi perbincangan panel. Tokoh kanan daripada APEC Business Advisory Council (ABAC), Sekretariat APEC, agensi kerajaan China dan syarikat Fortune Global 500 akan membincangkan pelbagai isu penting termasuk integrasi ekonomi serantau, ketersambungan dan inovasi digital.
Forum itu juga akan berfungsi sebagai pameran dan penilaian pertengahan tahun terhadap pencapaian komuniti perniagaan sepanjang Tahun China APEC. Ia akan mengetengahkan hasil utama daripada mesyuarat ABAC yang berlangsung baru-baru ini di Mexico, termasuk ABAC Statement on Free Trade Area of the Asia-Pacific dan ABAC Statement on Connectivity yang akan menjadi asas kepada cadangan dasar untuk dikemukakan kepada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC.
Forum tersebut akan diselaraskan dengan rapat bersama Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China Keempat. Wakil perniagaan yang menghadiri forum akan melawat pameran tersebut, berinteraksi dengan pempamer, menyertai aktiviti pemadanan perniagaan serta mengadakan perbincangan yang memfokuskan kerjasama rantaian bekalan global. Pengaturan ini akan memperkukuh lagi hasil yang dicapai oleh oleh komuniti perniagaan APEC, selain menonjolkan peranan sektor perniagaan China dalam memajukan integrasi ekonomi Asia-Pasifik, menyokong ekonomi serantau yang terbuka dan memperkukuh kerjasama industri dan rantaian bekalan
Untuk maklumat lanjut mengenai Forum CEO China APEC yang akan datang, sila layari https://en.ccpit.org/.
SOURCE China International Supply Chain Expo
Share this article