WASHINGTON dan GURGAON, India, 18 November 2026 /PRNewswire/ -- Atain, rakan kongsi perancangan perusahaan yang menyelaraskan warga kerja, proses dan platform dengan AI untuk menyampaikan hasil yang terjamin, mengumumkan pelantikan Jitendra Sindhwani (Jimpy) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa pada 16 November 2026.
Jimpy ialah pemimpin teknologi dan perniagaan yang cukup berpengalaman dengan lebih tiga dekad pengalaman merentasi perkhidmatan IT dan perisian perusahaan. Beliau telah memimpin pasukan dan organisasi global yang besar merentasi fungsi masuk ke pasaran, produk dan penghantaran, membina dan melancarkan perniagaan baharu, serta membantu memacu transformasi merentasi industri.
Terkini di IBS Software, penyedia SaaS yang terkemuka kepada industri pelancongan global, beliau memegang peranan kepimpinan kanan yang merangkumi pertumbuhan hasil global, operasi perniagaan, inovasi produk dan transformasi. Selama lebih sedekad, beliau telah membantu meningkatkan perniagaan dalam sektor perjalanan, logistik dan hospitaliti, melancarkan platform teknologi canggih, serta membina perkongsian strategik dengan perusahaan perjalanan global. Sebelum menyertai IBS Software, Jimpy berkhidmat selama 16 tahun di Infosys, memimpin perniagaan global merentasi sektor telekomunikasi, media dan hiburan, serta menyampaikan penyelesaian teknologi secara menyeluruh, termasuk perkhidmatan IT dan pengalaman pelanggan.
Jimpy akan memimpin fasa pertumbuhan Atain yang seterusnya, berdasarkan kepakaran domain dan hubungan pelanggan melalui inovasi yang diterajui AI.
"Bagi pihak seluruh syarikat dan Lembaga Pengarah, saya amat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan Jimpy ke Atain," kata John Del Santo, Pengerusi Lembaga Pengarah Atain. "Beliau membawa rekod prestasi yang terbukti dalam bidang perkongsian pelanggan dan kepimpinan komersial merentasi industri. Jimpy mempunyai visi dan pengalaman untuk membawa Atain melalui fasa pertumbuhan yang seterusnya dan kami berharap dapat bekerjasama dengan beliau."
Mengulas mengenai penyertaan beliau dalam Atain, Jimpy berkata: "Saya amat teruja untuk menyertai Atain pada fasa penting perubahan dalam perjalanan syarikat ini, bersama kepakaran domain yang mendalam, hubungan pelanggan yang kukuh dan organisasi yang menjadi tarikan ramai untuk menyertainya. Memandangkan AI mencorakkan semula cara perusahaan beroperasi, saya berharap dapat bekerjasama dengan warga kerja, pelanggan dan rakan kongsi kami untuk membentuk hala tuju yang seterusnya."
Jimpy memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan daripada Institut Teknologi India (IIT) Delhi dan pascasiswazah dalam bidang pengurusan daripada Institut Pengurusan India (IIM) Bangalore. Beliau berpangkalan di Washington, D.C., Amerika Syarikat.
Maklumat Tentang Atain
Atain ialah rakan kongsi perancangan perusahaan yang menyatukan warga kerja, proses, platform dan AI untuk menyampaikan hasil perniagaan yang terjamin. Menggabungkan kepakaran domain yang mendalam dengan inovasi yang dipacu teknologi, Atain membantu perusahaan global mengubah operasi, meningkatkan pengalaman pelanggan dan memacu pertumbuhan mampan.


Share this article