BARCELONA, Sepanyol, 6 November 2026 /PRNewswire/ -- Dahua Technology, penyedia penyelesaian dan perkhidmatan AIoT berteraskan video yang terkemuka di dunia, mempamerkan penyelesaian bandar pintar terbaharunya di Smart City Expo World Congress (SCEWC) 2026 yang berlangsung dari 3 hingga 5 November di Barcelona. Bertemakan "Bersama-sama ke Arah Masa Depan Bandar yang Diperkasakan AI", Dahua mempersembahkan aplikasi AIoT praktikal untuk mewujudkan bandar yang lebih selamat, cekap dan mampan.
Penyelesaian Urban Safety (Keselamatan Bandar) Dahua menghubungkan kamera dan peranti IoT lain dengan analitik diperkasakan AI bagi mengenal pasti risiko dan menyelaraskan tindak balas kecemasan. Salah satu aplikasinya menggabungkan pengecaman pintar, carian teks dan imej serta penjejakan laluan dengan penyiaran bersepadu dan aliran kerja keselamatan untuk menyokong usaha mencari orang hilang.
Bagi Smart Traffic (Trafik Pintar), Dahua mempersembahkan teknologi untuk pemantauan lalu lintas, pengoptimuman isyarat, penguatkuasaan dan pengesanan insiden. Di Campeche, Mexico, syarikat mengoptimumkan 34 persimpangan dan memperkenalkan tujuh gelombang hijau. Projek tersebut mencatatkan 23 penambahbaikan, peningkatan 20% dalam jumlah trafik dan pengurangan 15% dalam masa menunggu.
Penyelesaian Smart Mobility (Mobiliti Pintar) Dahua meningkatkan keselamatan dan kecekapan pengangkutan awam melalui pemantauan kenderaan, amaran keselamatan dan maklumat bersepadu. Dalam operasi bas, pemantauan pemandu mengesan tingkah laku berisiko, manakala video masa nyata, penjejakan GPS dan pengiraan penumpang menyokong pengawasan keselamatan, pengurusan armada dan pengesahan tambang.
Teknologi City Governance (Tadbir Urus Bandar) Dahua menggunakan analisis AI dan pemprosesan maklumat multimodal untuk mengesan aktiviti penjajaan jalanan secara haram, sampah yang ditinggalkan di kawasan awam, penutup lurang yang hilang, banjir di jalan raya, laluan jentera bomba yang terhalang, asap dan kebakaran. Carian bahasa semula jadi dan amaran automatik membantu petugas mengenal pasti masalah serta menyelaraskan tindakan susulan.
Dahua turut mempamerkan penyelesaian Eco-Environment (Eko-Alam Sekitar) bagi perlindungan sumber semula jadi dan pengurusan alam sekitar. Kamera terma yang dipasang pada kedudukan tinggi menyediakan liputan 360 darjah dan mengesan kemungkinan titik panas kebakaran sehingga 10 kilometer jauhnya, serta berfungsi bersama pemantauan di darat dan dron untuk menyokong pengesanan kebakaran dan tindak balas kecemasan. Bagi pemantauan air, peranti berasaskan radar yang dipadankan dengan kamera PTZ menjejak paras air dalam masa nyata dan menghantar amaran apabila bacaan melebihi ambang yang ditetapkan.
Di luar pameran, John Li, Pengurus Besar Jabatan Perniagaan Kerajaan Global di Dahua Technology, menyertai perbincangan meja bulat peringkat tinggi "Agentic AI: Systems That Act" (AI Berejen: Sistem yang Bertindak). Beliau mengetengahkan bagaimana AI yang dibenamkan dalam kamera dan penderia membolehkan pengurusan bandar secara proaktif, daripada carian diperkasakan AI hinggalah ejen AI yang mengenal pasti isu bandar dan menjejaki penyelesaiannya. Beliau turut menekankan kepentingan privasi, ketelusan dan akauntabiliti bagi memastikan AI memberikan nilai kepada masyarakat.
Dalam sesi pembentangan penyelesaian bertajuk "Building Resilient, Inclusive & Sustainable Smart Cities with AIoT" (Membina Bandar Pintar yang Berdaya Tahan, Inklusif dan Mampan dengan AIoT), Max Huang, Pengarah Projek Kerajaan Global di Dahua Technology, menjelaskan bagaimana kecerdasan pinggir dan data berstruktur berkualiti tinggi menyediakan asas bagi pelaksanaan model AI berskala besar dalam senario bandar pintar dunia sebenar.
"Sesungguhnya, peranti penderiaan IoT ialah "mata dan tangan" AI. AI pada masa hadapan bukan sekadar memproses maklumat dalam dunia digital. Ia akan meresap lebih jauh ke dalam dunia fizikal dan benar-benar membantu kita mengurus bandar supaya lebih selamat, lebih cekap dan lebih selesa untuk didiami," kata Li.
Melangkah ke hadapan, Dahua akan terus bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsinya untuk memajukan penyelesaian bandar pintar serta menyokong transformasi digital bandar yang berterusan.
SOURCE Dahua Technology


Share this article