Bluebird Group Perkenal Perkhidmatan Kereta Persendirian Goldenbird kepada Pelancong Antarabangsa yang Menerokai Indonesia pada Musim Akhir Tahun Ini
JAKARTA, Indonesia, 25 November 2026 /PRNewswire/ -- Menjelang musim cuti akhir tahun, Bluebird Group memperkenalkan Goldenbird, perkhidmatan kereta persendirian berserta pemandunya, sebagai pilihan yang fleksibel untuk pelawat antarabangsa. Beroperasi di 13 bandar di Indonesia, Goldenbird menawarkan perkhidmatan pengangkutan ke dan dari lapangan terbang serta sewaan mengikut jam atau hari, disokong oleh kepakaran Bluebird Group selama 54 tahun dalam bidang mobiliti.
Goldenbird mengekalkan piawaian yang menjadi asas kepada perkhidmatan teksi biru ikonik Bluebird Group, termasuk pemandu terlatih, kenderaan yang diselenggara dengan baik dan perkhidmatan yang mengutamakan pelanggan. Liputan perkhidmatannya merangkumi Jakarta, Bali, Surabaya, Yogyakarta, Medan, Lombok dan destinasi lain.
"Melancong di negara baharu tidak seharusnya membuatkan kita bimbang tentang cara untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Menerusi Goldenbird, kami menerapkan komitmen Bluebird Group terhadap keselamatan, keselesaan dan perkhidmatan yang boleh dipercayai dalam pengalaman perjalanan yang fleksibel, sekali gus membolehkan pelawat menumpukan perhatian kepada penerokaan Indonesia," kata Monita Moerdani, Ketua Pegawai Pemasaran Bluebird Group.
Tinjauan terkini Goldenbird dalam kalangan pelanggan perkhidmatan pengangkutan ke dan dari lapangan terbang mencatatkan purata kepuasan melebihi 97% sepanjang pengalaman pelanggan menggunakan perkhidmatan tersebut. Pengalaman positif pelanggan turut dicerminkan melalui kesediaan mereka untuk mengesyorkan perkhidmatan ini, didukung oleh pemandu yang mesra dan berpengetahuan luas, kenderaan yang selesa dan diselenggara dengan baik, perkhidmatan yang menepati masa serta rasa selamat dan kepercayaan yang tinggi.
Pilihan Perjalanan Fleksibel di Seluruh Indonesia
Selain perkhidmatan pengangkutan ke dan dari lapangan terbang, Goldenbird turut memenuhi keperluan perjalanan bagi mesyuarat perniagaan, percutian keluarga, itinerari dengan beberapa persinggahan dan perjalanan antara bandar. Pada musim cuti, pelancong boleh menerokai destinasi di luar pusat bandar, termasuk tempat yang sukar dikunjungi menggunakan pengangkutan awam.
Tiga kategori kenderaan memenuhi pelbagai pilihan pelanggan. Goldenbird Standard menawarkan pengangkutan yang boleh dipercayai dengan Toyota Avanza dan BYD M6. Goldenbird Premium menyediakan ruang kabin dan ruang kaki yang lebih luas dengan Toyota Innova Reborn dan Zenix. Goldenbird Luxury menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih eksklusif menerusi perkhidmatan pemandu peribadi dan kemudahan premium, dengan menampilkan Toyota Alphard dan Danza D9.
Tempahan Mudah Sebelum Ketibaan untuk Perjalanan Akhir Tahun
Bagi memudahkan urusan logistik sebelum ketibaan, Goldenbird membolehkan pelawat antarabangsa mengatur pengangkutan khusus sebelum mendarat menerusi platform tempahan dalam taliannya. Pelancong yang bakal tiba boleh membandingkan kategori kenderaan, menyemak harga yang dinyatakan secara telus sejak awal dan melengkapkan tempahan dengan mudah dalam mod tetamu.
Untuk pengalaman mobiliti yang lebih bersepadu, aplikasi MyBluebird menawarkan Goldenbird bersama rangkaian perkhidmatan Bluebird Group yang lebih luas. Pelanggan juga boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Bluebird Group yang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, untuk mendapatkan bantuan sepanjang perjalanan mereka.
Sama ada untuk urusan perniagaan atau percutian, Goldenbird menjadi teman perjalanan yang dipercayai, membantu pelawat antarabangsa menerokai Indonesia dengan lebih yakin, mudah dan fleksibel.
Untuk maklumat lanjut, layari: Laman tempahan Goldenbird
SOURCE Bluebird Group


Share this article