BORICA dan OpenWay Memenangi Anugerah PAY360 bagi Transformasi Pembayaran Mata Wang Euro Bulgaria
Anugerah Inisiatif Perkongsian Terbaik mengiktiraf BORICA dan OpenWay atas sumbangan syarikat masing-masing terhadap transformasi pembayaran di Bulgaria dan kejayaan peralihan mata wang euro.
LONDON, 9 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- BORICA AD dan OpenWay telah memenangi Anugerah Inisiatif Perkongsian Terbaik di majlis Anugerah PAY360 2026 atas kerjasama syarikat masing-masing dalam infrastruktur pembayaran Bulgaria dan kejayaan peralihan negara tersebut kepada mata wang euro.
Anugerah tersebut mengiktiraf impak perkongsian jangka panjang yang tertumpu kepada cabaran di mana tiada ruang untuk gangguan: mengubah infrastruktur pembayaran nasional yang kritikal sambil memastikan pembayaran kad dan perkhidmatan ATM harian terus berjalan lancar dari detik pertama penerimagunaan mata wang euro.
Sejak tahun 2018, BORICA dan OpenWay telah bekerjasama untuk memodenkan infrastruktur pemprosesan kad Bulgaria, menggabungkan kepakaran BORICA dalam perkhidmatan pembayaran nasional dan penyelarasan ekosistem bersama platform perisian pembayaran digital masa nyata dan kepakaran teknologi pembayaran Way4 OpenWay.
Perkara yang membezakan inisiatif tersebut ialah skala, kesinambungan dan impak praktikalnya. Perkongsian berkenaan telah dibangunkan selama bertahun-tahun pemodenan dan kemudian diuji di bawah keadaan langsung yang luar biasa apabila Bulgaria menerima pakai mata wang euro pada 1 Januari 2026.
Program mata wang euro ini telah menghimpunkan lebih daripada 35 bank, penyedia perkhidmatan pembayaran, teknologi kewangan, institusi kerajaan dan rakan kongsi teknologi. BORICA dan OpenWay bekerjasama rapat untuk menyediakan dan melaksanakan transformasi pemprosesan kad, dengan pengujian meluas, latihan dan penyelarasan operasi sebelum titik peralihan.
Hasilnya diperoleh hampir serta-merta selepas tengah malam. Pengeluaran ATM mata wang euro pertama telah berjaya dilengkapkan hanya 20 saat selepas beralih ke dalam persekitaran mata wang baharu. Dalam tempoh 48 jam pertama, lebih daripada 930,000 transaksi kad dan ATM bernilai hampir €42 telah diproses tanpa sebaranghenti operasi yang tidak dirancang.
Miroslav Vichev, Ketua Pegawai Eksekutif BORICA AD, berkata:
"Objektif bersama kami melangkaui kejayaan peralihan teknologi ini. Kami ingin memastikan bahawa transformasi berskala besar ini boleh berlaku tanpa mengganggu pengalaman pembayaran harian. Proses tersebut memerlukan persiapan bertahun-tahun lamanya, pelaksanaan yang berdisiplin dan kepercayaan antara pasukan kami, serta seluruh ekosistem yang lebih luas."
Pavel Gubin, Ketua Pegawai Eksekutif OpenWay Group, berkata:
"Perkara yang menjadikan pencapaian ini unik bukan sekadar teknologi atau skala semata-mata, tetapi banyak lagi hal yang dapat dicapai bersama oleh BORICA dan OpenWay. Kami telah menghabiskan masa bertahun-tahun membina persekitaran pembayaran yang direka bentuk untuk berkembang tanpa menjejaskan kesinambungan operasi. Penerimagunaan mata wang Euro telah meletakkan pendekatan berkenaan pada ujian dunia sebenar yang muktamad dan hasilnya jelas terbukti."
Share this article