Casio Bakal Melancarkan Jam Tangan G-SHOCK Kolaborasi Kedua Bersama XG
TOKYO, 12 November 2026 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran model terbaharu dalam rangkaian jam tangan tahan hentakan G-SHOCK. GM-6900XG baharu merupakan jam tangan hasil kolaborasi kedua dengan XG, kumpulan artis yang dianggotai tujuh orang dan mempunyai pengaruh di peringkat global.
Dianggotai JURIN, CHISA, HINATA, HARVEY, JURIA, MAYA dan COCONA, XG menerajui X-POP sebagai genre muzik baharu sambil membentuk gaya tersendiri. Semangat mereka yang berani merentas batas amat seiring dengan G-SHOCK, jenama unik yang terkenal dengan ketahanan terhadap hentakan dan reka bentuk tersendiri — sekali gus menjadikan XG pilihan semula jadi sebagai duta global jenama itu pada Julai 2025.
GM-6900XG baharu ialah jam tangan tahan hentakan yang direka berdasarkan konsep kreatif "TIME, INKED ON YOU". Dengan menerapkan idea dan visi kreatif XG, jam tangan ini mencerminkan ikatan antara XG dengan komuniti peminat mereka yang dikenali sebagai ALPHAZ. Berasaskan gaya 6900 dengan muka jam bercirikan tiga paparan grafik yang tersendiri, jam tangan ini menggabungkan bingkai logam berwarna perak dengan tali lut sinar. Logam tersebut melambangkan perjalanan XG dan kekuatan yang diperoleh sepanjang perjalanan itu, manakala bahan lut sinar menggambarkan potensi mereka untuk terus melangkah ke masa hadapan tanpa takut akan perubahan.
Tali jam ini memaparkan nama penuh kumpulan tersebut, "Xtraordinary Genes", dalam grafik bergaya yang menghasilkan penampilan berani seakan-akan tatu pada pergelangan tangan, sekali gus menzahirkan kemungkinan tanpa batas yang melangkaui sempadan, sebagaimana yang dibawa oleh XG. Butang hadapannya mempunyai tanda "X", dan apabila ditekan, lampu latar memaparkan siluet serigala yang sedang melolong, melambangkan ALPHAZ. Bahagian belakang sarung jam diukir dengan aksara Jepun 緒. Diambil daripada hesonoo, laungan yang dibuat oleh anggota XG ketika berkumpul sebelum persembahan, aksara itu melambangkan ikatan kukuh antara mereka.
Jam tangan ini didatangkan dalam pembungkusan khas yang memaparkan grafik tujuh ekor serigala pada bahagian bawahnya, mewakili tujuh anggota XG.
■ Video Temu Bual
https://youtu.be/vTL_9BoevZk
■ Laman Khas
https://gshock.casio.com/intl/contents/ambassador/xg/g-shock-xg-collab-vol2/
SOURCE CASIO COMPUTER CO. LTD



Share this article