Cemig dan Huawei Bersama-sama Melaksanakan Rangkaian Wayarles Persendirian 450 MHz
JOHANNESBURG, 14 November 2026 /PRNewswire/ -- Seiring dengan peningkatan kerumitan perkhidmatan rangkaian pengagihan, peranti pengagihan Cemig bergantung terutamanya pada rangkaian awam yang disewa untuk penghantaran balik data. Bagaimanapun, model ini menimbulkan risiko yang ketara.
- Jurang liputan: Liputan rangkaian pengendali di Brazil hanya sekitar 50%. Sebilangan besar peranti pengagihan di kawasan terpencil yang tidak berpenghuni kekal berada dalam zon tanpa komunikasi untuk tempoh yang panjang. Apabila kerosakan berlaku, kakitangan terpaksa memandu jauh untuk menjalankan pembaikan dan pemeriksaan rutin, sekali gus menjejaskan kecekapan operasi dengan teruk.
- Kekurangan kebolehpercayaan: Perjanjian tahap perkhidmatan (SLA) rangkaian awam tidak direka bentuk untuk operasi grid kuasa. Ketika musim hujan, cuaca buruk kerap menyebabkan stesen pangkalan tidak berfungsi atau sambungan gelombang mikro terputus, manakala kadar kesalinghubungan peranti pengagihan merosot daripada 90% kepada sekitar 60%. Apabila komunikasi terganggu, arahan kawalan jauh tidak dapat sampai kepada peranti atau dilaksanakan olehnya, menyebabkan kakitangan terpaksa pergi ke lokasi untuk menjalankan operasi secara manual. Keadaan ini melambatkan pemulihan bekalan elektrik dengan ketara, menjejaskan kebolehpercayaan bekalan dan mengakibatkan kerugian ekonomi yang besar.
Penyelesaian
Bagi menangani cabaran ini, Cemig menjalankan beberapa pusingan penilaian teknikal dan penyelidikan kes penggunaan di seluruh dunia, sebelum akhirnya memilih Huawei sebagai rakan strategiknya untuk bersama-sama melaksanakan rangkaian wayarles persendirian komersial 450 MHz yang pertama bagi sektor tenaga elektrik di Amerika Latin.
Hasil Pelaksanaan
Selepas ujian lapangan, pelanggan memperoleh pengalaman secara langsung tentang manfaat yang diberikan oleh rangkaian wayarles persendirian itu, sekali gus mengukuhkan keyakinannya terhadap pemodenan grid pengagihan dan meningkatkan jangkaan terhadap peralihan tenaga pada masa depan: "Huawei mengemukakan cadangan terbaik sepanjang proses pembidaan, dengan menawarkan penyelesaian yang bukan sahaja memenuhi keperluan semasa kami untuk memodenkan grid pengagihan, malah boleh diperluas bagi menyokong penyepaduan tenaga boleh baharu pada masa depan. Huawei mempunyai pengalaman luas dalam industri tenaga. Dengan penyelesaian rangkaian persendirian Huawei, Cemig akan memperoleh rangkaian komunikasi persendirian yang berkualiti tinggi. Bagi Cemig, kerjasama ini jauh melangkaui teknologi; kerjasama ini amat penting untuk pertumbuhan perniagaan kami pada masa depan."
1. Kebolehpercayaan bekalan elektrik dipertingkat
Rangkaian wayarles persendirian itu meningkatkan kesalinghubungan terminal pengagihan kepada 99% dan kebolehpercayaan komunikasi kepada 99.99%, sekali gus meningkatkan tahap perkhidmatan pengagihan elektrik Cemig dengan ketara.
2. Risiko perniagaan dikurangkan
Rangkaian wayarles persendirian itu berupaya menambah baik prestasi kehilangan talian, Indeks Tempoh Purata Gangguan Sistem (SAIDI) dan Indeks Kekerapan Purata Gangguan Sistem (SAIFI) dengan ketara, sekali gus membantu Cemig mengelakkan penalti kawal selia.
3. Pulangan pelaburan terjamin
Rangkaian wayarles persendirian itu meningkatkan perkhidmatan tenaga elektrik dengan ketara, memastikan Cemig memenuhi keperluan kawal selia ANEEL dan memperoleh pulangan pelaburan yang menguntungkan.
4. Aplikasi teras operasi diperluas
Sebagai tulang belakang komunikasi asas bagi operasi pengeluaran tenaga elektrik, rangkaian wayarles persendirian itu menyediakan kesalinghubungan peringkat akhir yang boleh dipercayai untuk automasi pengagihan masa kini. Selain itu, rangkaian ini menyokong aplikasi teras pada masa depan, seperti penyepaduan meter pintar secara besar-besaran, penggunaan PV teragih yang pesat dan pengurusan mikrogrid yang kompleks, sekali gus memacu peralihan daripada penjanaan kuasa tradisional berasaskan beban kepada interaksi dinamik antara sumber, grid, beban dan penyimpanan tenaga.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://e.huawei.com/en/case-studies/industries/grid/202611-cemig-450-mhz
SOURCE Huawei


Share this article