CGTN: Bagaimana BRICS wujudkan peluang baharu untuk pembangunan Selatan Global
CGTN menerbitkan sebuah artikel yang meneliti bagaimana empat inisiatif global China diselaraskan dengan kerjasama BRICS untuk mewujudkan peluang pembangunan baharu bagi Selatan Global. Artikel itu mengetengahkan bagaimana inisiatif tersebut membantu Selatan Global melaksanakan pembangunan yang lebih inklusif dan memperoleh suara yang lebih lantang dalam hal ehwal global.
BEIJING, 12 September 2026 /PRNewswire/ -- Sebuah loji janakuasa solar membekalkan tenaga yang lebih bersih kepada komuniti terpencil. Sebuah platform industri digital menghubungkan perniagaan merentasi sempadan. Pertukaran bijirin yang dicadangkan menyasarkan untuk memperkukuh keterjaminan makanan global. Suara yang bersatu memastikan negara-negara membangun mendapat tempat dalam tadbir urus AI.
Kesemua ini bukanlah kisah kejayaan yang terpencil. Secara keseluruhan, ia menggambarkan bagaimana kerjasama BRICS mewujudkan peluang yang nyata untuk Selatan Global, sekali gus menunjukkan bagaimana empat inisiatif global utama China diterjemahkan kepada tindakan.
Ketika BRICS meraikan jalinan kerjasama selama 20 tahun, Presiden China Xi Jinping akan menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-18 di New Delhi pada 12-13 September atas jemputan Perdana Menteri India Narendra Modi. Bertemakan "Building Resilience, Innovation, Cooperation, and Sustainability" ("Membina Ketahanan, Inovasi, Kerjasama, dan Kelestarian"), sidang kemuncak itu berlangsung pada saat genting ketika negara-negara Selatan Global giat mencari laluan pembangunan yang lebih berdaya tahan, inklusif dan berdikari.
Seperti yang dinyatakan oleh Stefan Ossenkoepper, seorang penyelidik di Schiller Institute, Jerman, falsafah yang mendasari kerjasama BRICS sejajar sepenuhnya dengan empat inisiatif global Xi, sekali gus mewujudkan kekuatan kolektif yang ampuh bagi membentuk paradigma baharu pembangunan yang saling membawa manfaat.
Menjadikan pembangunan sebagai keutamaan
Pembangunan telah menjadi nadi utama BRICS sejak penubuhannya.
New Development Bank (NDB), yang penubuhannya diperjuangkan sendiri oleh Xi, telah meluluskan 139 projek dengan jumlah pembiayaan mencecah kira-kira $43 bilion sehingga akhir 2025. Bermula daripada tenaga boleh baharu dan infrastruktur pengangkutan hinggalah perumahan mampu milik serta akses kepada air bersih, pembiayaan NDB secara langsung meningkatkan taraf hidup di seluruh negara membangun.
Sementara itu, penubuhan BRICS Industrial Capacity China Center menyediakan platform khusus bagi tujuan kerjasama perindustrian, pemindahan teknologi dan pemadanan perniagaan.
Cendekiawan Indonesia, Siti Mutiah Setiawati, memerhatikan bahawa sepanjang lima tahun lalu, Inisiatif Pembangunan Global dan kerjasama BRICS saling memperkukuh antara satu sama lain, mengangkat aspek pembangunan dalam agenda antarabangsa serta menterjemahkan aspirasi bersama kepada hasil nyata bagi pasaran yang sedang pesat membangun.
Menangani risiko bersama
Bagi Selatan Global, pembangunan dan keselamatan saling berkait rapat.
Dalam menghadapi cabaran yang rumit pada masa ini berkaitan tenaga, keterjaminan makanan dan perubahan iklim, anggota BRICS memperluas kerjasama melangkaui pertumbuhan ekonomi untuk mengurangkan risiko yang dikongsi bersama secara kolektif.
Pada Mesyuarat Menteri Pertanian BRICS pada Jun 2026, anggota memberi keutamaan kepada keterjaminan makanan, perdagangan pertanian, pertanian berdaya tahan iklim dan inovasi. Dengan negara-negara BRICS merangkumi kira-kira 42% daripada tanah pertanian dan pengeluaran bijirin dunia, inisiatif seperti BRICS Grain Exchange yang dicadangkan dijangka dapat menstabilkan rantaian bekalan makanan global.
Pendekatan kolaboratif ini mencerminkan Inisiatif Keselamatan Global, yang memperjuangkan keselamatan bersama, komprehensif, koperatif dan mampan, dengan mengiktiraf bahawa kestabilan sebenar bergantung pada perlindungan terhadap asas-asas pembangunan itu sendiri.
Meletakkan rakyat sebagai paksi utama
Di sebalik kunci kira-kira dan projek mega, BRICS pada akhirnya adalah tentang rakyat.
Blok itu telah mewujudkan kerangka kebudayaan antara kerajaan yang kukuh, sekali gus mewujudkan platform rancak yang merentasi bidang perfileman, pendidikan, sukan, media dan pertukaran belia. Inisiatif ini merapatkan jurang budaya dan memperkasakan generasi muda untuk belajar antara satu sama lain.
Ini mencerminkan intipati teras Inisiatif Tamadun Global: menghormati kepelbagaian tamadun, menggalakkan pembelajaran bersama dan membina ikatan yang berkekalan antara rakyat.
Memberikan Selatan Global suara yang lebih lantang
BRICS bukan sahaja membantu negara membangun berkongsi hasil pertumbuhan, malah turut memperkasakan negara-negara itu untuk turut membantu membentuk peraturan tadbir urus global dan teknologi perbatasan.
Kenyataan BRICS mengenai Tadbir Urus AI 2025 memperjuangkan sebuah ekosistem digital yang inklusif, seterusnya memastikan negara membangun beralih daripada pengguna teknologi pasif kepada pembuat peraturan yang aktif.
Gerakan ini secara langsung mencerminkan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) China, yang menyeru kepada persamaan kedaulatan, multilateralisme dan aturan antarabangsa yang lebih saksama. B. R. Deepak, seorang profesor di Jawaharlal Nehru University, menyatakan bahawa GGI menawarkan kerangka yang bernilai kepada BRICS untuk memajukan reformasi tadbir urus global, sekali gus memperkukuh sistem yang berteraskan PBB supaya menjadi lebih representatif dan adil.
Ketika pemimpin BRICS berhimpun di New Delhi sempena Sidang Kemuncak BRICS ke-18, blok itu terus membina laluan yang konkrit demi kerjasama yang lebih mendalam. Dalam perjalanan yang berterusan ini, empat inisiatif global China menawarkan kerangka yang jelas untuk membuka peluang baharu di seluruh Selatan Global, sekali gus membuka jalan menuju masa depan yang lebih saksama, inklusif dan dikongsi bersama.
SOURCE CGTN
Share this article