Chelsea FC umum perkongsian global baharu dengan GAC
GUANGZHOU, China dan LONDON, 9 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Chelsea Football Club hari ini mengumumkan perkongsian global dengan GAC – salah sebuah syarikat automotif global yang berkembang paling pesat di dunia – yang menyaksikan GAC menjadi Rakan Kongsi Automotif Rasmi kelab tersebut. Perkongsian berkenaan menghimpunkan komuniti bola sepak global Chelsea dan perniagaan automotif global GAC yang semakin berkembang, sekali gus mewujudkan hubungan yang lebih erat dengan peminat dan pengguna di UK, seluruh Eropah dan kawasan lain.
Chelsea FC mempunyai salah satu kumpulan peminat global terbesar di dunia, dengan berjuta-juta penyokong di seluruh Eropah dan kawasan lain. GAC merupakan salah satu pengeluar kereta terbesar China dan perkongsian tersebut terjalin ketika GAC sedang memperluas jangkauan globalnya serta memasuki pasaran baharu menerusi rangkaian model berkualiti tinggi dan praktikal.
GAC dan Chelsea FC mula berganding bahu semasa jelajah pramusim 2026 dan lembaran baharu kerjasama ini akan menyaksikan kenderaan daripada rangkaian AION milik GAC mengiringi pasukan lelaki Chelsea ke Stamford Bridge pada hari perlawanan terpilih. GAC dan Chelsea FC juga akan bekerjasama dalam penceritaan digital, pengalaman dan penglibatan peminat termasuk pameran kereta, sekali gus menyediakan peluang kepada komuniti Chelsea untuk mengenali GAC dan kenderaannya.
UK dan Eropah merupakan pasaran penting dalam pembangunan antarabangsa GAC. Perkongsian dengan Chelsea FC menambah dimensi baharu kepada usaha ini, melengkapi pengenalan produk, pembangunan saluran jualan dan sokongan pelanggan. Perkongsian tersebut akan membantu GAC menjangkau khalayak di luar saluran automotif tradisional ketika syarikat itu terus mengukuhkan kehadirannya di seluruh rantau tersebut.
Rangkaian produk GAC di Eropah merangkumi SUV elektrik AION V dan hacbek (hatchback) elektrik kompak AION UT, yang menawarkan pilihan untuk perjalanan keluarga dan mobiliti harian. Kedua-dua model mencerminkan tumpuan syarikat terhadap kebolehgunaan praktikal, teknologi dan kualiti.
Perkongsian tersebut juga merupakan sebahagian daripada strategi global One GAC 2.0 dan pendekatan Local for Local (Tempatan untuk Tempatan) GAC. Dengan menggabungkan jangkauan antarabangsa perkongsian berkenaan dengan aktiviti yang dirangka berdasarkan minat tempatan, GAC dan Chelsea FC akan bersama-sama membina hubungan berkekalan dengan penyokong dan pelanggan.
SOURCE GAC
Share this article