Trianz memperluas Concierto, platform transformasi perusahaan syarikat itu yang terbukti berkesan, kepada AI berdaulat yang menyampaikan AI lebih jitu, lebih selamat, mampan dan berpatutan yang ditempatkan di dalam rangkaian pelanggan sendiri, dengan penggunaan tanpa had dan tanpa penetapan harga berasaskan token.
LONDON, 27 November 2026 /PRNewswire/ -- Concierto AI kini tersedia secara umum di seluruh dunia. Usaha ini membawa Concierto, platform transformasi kelas perusahaan yang telah pun dipercayai oleh kerajaan, universiti dan syarikat perusahaan di seluruh dunia, melangkah ke dalam era AI: AI gred termaju untuk setiap pekerja, yang beroperasi sepenuhnya di dalam awan atau pusat data organisasi itu sendiri, dengan memastikan data, harta intelek dan prom tidak sesekali meninggalkan perimeter. Concierto menyampaikan kedaulatan bukan sekadar di sempadan negara, tetapi sehingga pada peringkat rak pelayan.
Masa pelancaran ini dirancang dengan teliti. Lembaga pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif mahu AI menyampaikan hasil segera, namun pasukan keselamatan, perundangan dan pematuhan tidak boleh membiarkan rahsia perniagaan, harta intelek (IP), kod sumber, atau rekod pelanggan meninggalkan perimeter perusahaan, di samping mesti mematuhi peraturan AI baharu yang ketat. Hasilnya ialah garis pemisah AI: Penggunaan AI hanya dihadkan kepada segelintir pasukan bagi tugasan berisiko rendah, manakala kerja bernilai tinggi yang mampu diubah oleh AI, kekal terlarang. Setiap suku tahun sekiranya berada di sebelah garis pemisah yang salah, bermakna syarikat akan semakin ketinggalan. Concierto AI merapatkan jurang tersebut.
Tumpuan utama Concierto, Produktiviti Tenaga Kerja Berdaulat (Sovereign Workforce Productivity), menggandingkan C/Composer, pembantu AI untuk setiap pekerja yang mempunyai pengetahuan, dengan C/Code, agen pengekodan untuk setiap jurutera. Kedua-duanya beroperasi di atas asas AI yang dikawal sepenuhnya di dalam awan peribadi maya atau pusat data pelanggan sendiri, supaya semuanya kekal dalam sempadan organisasi.
Concierto AI memperkenalkan keupayaan yang belum pernah dimiliki oleh perusahaan sebelum ini. Penempatan platform tersebut yang terasing dan berdaulat sepenuhnya mengurangkan ancaman risiko sistemik. Ini menjadikan AI lebih selamat melalui penguatkuasaan keselamatan dan keterjaminan yang berketentuan bagi setiap pengguna dan aset yang memerlukan inferens, di mana-mana sahaja kedua-duanya berada, termasuk suis pemati di bawah kawalan pelanggan. Reka bentuk hibrid platform tersebut menghapuskan keperluan untuk membina pusat data baharu bagi AI, sekali gus menjadikan AI lebih mampan. Platform ini juga memindahkan pemilikan, kebolehlihatan, kawalan dan keselamatan kepada jabatan IT perusahaan itu sendiri, membolehkan jabatan tersebut mentadbir urus AI sama seperti mentadbir urus setiap sistem lain.
Paling penting, Concierto berjaya menghapuskan ekonomi token. Platform berkenaan menetapkan harga AI mengikut pengguna dan beban kerja, menjadikan kosnya jelas, tetap dan berpatutan, dengan penggunaan tanpa had. Untuk modal yang sama seperti yang dibelanjakan oleh sesebuah organisasi untuk AI awam, Concierto dapat dimanfaatkan banyak kali oleh tenaga kerja, sekali gus meluaskan penggunaan AI di seluruh perusahaan. Percubaan percuma bermula pada hari ini di concierto.ai.
"Setiap peralihan teknologi pasti membuka garis pemisah dan banyak syarikat, sama ada berjaya menyeberanginya atau jatuh ke dalamnya," kata Sri Manchala, Ketua Pegawai Eksekutif Trianz. "AI adalah gelombang teknologi paling luas yang pernah saya lihat, serta paling pantas berkembang. Syarikat perusahaan telah diberitahu untuk memilih antara bergerak pantas dan kekal berkuasa; antara keselamatan dan menerima kebinasaan lingkungan; antara menjadikan AI sebahagian daripada sistem yang lebih selamat dan membiarkannya menjadi sistem yang serba berkuasa dengan sendirinya. Kami menolak pilihan palsu ini pada setiap lapisan. Concierto AI membolehkan mana-mana organisasi, di mana-mana negara, meletakkan AI di tangan setiap pekerja sambil menjadikannya lebih jitu, lebih selamat, mampan dan berpatutan."
Selain Produktiviti Tenaga Kerja Berdaulat (Sovereign Workforce Productivity), Concierto juga merangkumi Transformasi Berdaulat (Sovereign Transformations), yang menilai, memindahkan, memodenkan dan menyepadukan keupayaan agen AI ke dalam keseluruhan persekitaran aplikasi pada halaju yang belum pernah dicapai sebelum ini; AI Agentik Berdaulat (Sovereign Agentic AI), yang menggerakkan agen yang ditadbir urus untuk melaksanakan tugasan merentasi sistem perusahaan di bawah kuasa manusia dan kawalan luaran; serta Operasi Berdaulat (Sovereign Operation), yang memastikan keseluruhan persekitaran terus beroperasi dengan setiap tindakan diaudit.
Melalui satah kawalan yang disatukan, pasukan AI dan Keselamatan dapat melihat individu yang menggunakan AI dan tujuan mereka, tidak kira di mana sahaja persekitaran IT berada — dan sekali gus dapat memberikan ketelusan dan pematuhan yang diperlukan oleh pengawal selia, secara sistematik. Concierto AI ditempatkan di Amazon Web Services, Microsoft Azure, Google Cloud dan pusat data di premis, di mana-mana rantau yang sesebuah perusahaan beroperasi. Platform ini tersedia serta-merta, melalui rangkaian rakan kongsi yang semakin berkembang, serta memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang memerlukan AI perusahaan dan tidak boleh memindahkan data keluar dari infrastruktur masing-masing.
MAKLUMAT TENTANG CONCIERTO AI
Concierto AI ialah platform AI berdaulat daripada Trianz, yang memperluas keupayaan transformasi perusahaan Concierto ke dalam produktiviti tenaga kerja dikuasakan AI, operasi agentik dan kecerdasan yang ditadbir urus. Platform ini dibina berlandaskan lebih daripada 20 tahun kepakaran transformasi Trianz merentasi ratusan keterlibatan di seluruh dunia dan input pelanggan. Setiap pekerja dan jurutera mendapat akses AI untuk tugasan harian masing-masing sementara model, prom dan data kekal berada di dalam perimeter perusahaan itu sendiri. Ketahui lebih lanjut di www.concierto.ai.
HUBUNGAN MEDIA:
Prashant Bhavaraju
Naib Presiden & Ketua Pemasaran Global, Trianz
[email protected]

Share this article