Coway Diberi Pengiktirafan di IDEA Design Awards 2026, Raih 'Grand Slam' Reka Bentuk Antarabangsa
- Coway menerima pengiktirafan IDEA kali ke-17 berturut-turut, sekali gus melengkapkan kejayaan menyapu bersih ketiga-tiga anugerah reka bentuk global yang utama pada 2026 dan menegaskan kepimpinan reka bentuk global syarikat
- Square Fit Air Purifier Series dan Inverter Dehumidifier 23L menerima pengiktirafan daripada IDEA atas estetika minimalis, kecekapan ruang dan kebolehgunaan yang dipertingkat
SEOUL, Korea Selatan, 21 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," hari ini mengumumkan bahawa syarikat telah diberikan pengiktirafan di International Design Excellence Awards (IDEA) 2026 yang menyaksikan tahun pengiktirafan syarikat kali ke-17 berturut-turut.
Anjuran Industrial Designers Society of America (IDSA), IDEA diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga anugerah reka bentuk terkemuka dunia, di samping iF Design Award Jerman dan Red Dot Design Awards. Penyertaan dinilai secara teliti oleh pakar reka bentuk global berdasarkan inovasi, pengalaman pengguna dan kecemerlangan estetika.
Tahun ini, Coway menerima pengiktirafan bagi dua penyelesaian penjagaan udaranya yang terkemuka, iaitu Square Fit Air Purifier Series (Siri Pembersih Udara Square Fit) dan Inverter Dehumidifier 23L (Penyahlembap Penyongsang 23L). Sudah pun ini meraih pengiktirafan menerusi iF Design Award 2026 serta Red Dot Design Awards, kedua-dua produk itu kini berjaya merangkul 'Grand Slam' reka bentuk antarabangsa yang menjadi idaman dengan menyapu bersih ketiga-tiga anugerah reka bentuk terkemuka dunia dalam tempoh satu tahun.
Square Fit Air Purifier Series (model 38 ㎡ dan 82 ㎡):
- Kecekapan Ruang Dipertingkat: Walaupun saiz tapak adalah 24% dan 19% lebih kecil berbanding model terdahulu dalam kelas saiz masing-masing, Square Fit Air Purifier Series memberikan prestasi berkuasa dengan kawasan liputan diperluas.
- Reka Bentuk Rapi & Intuitif: Dengan adanya reka bentuk rapi yang mampu menyembunyikan komponen dalaman bagi mewujudkan kesatuan estetika yang digandingkan dengan panel kawalan intuitif untuk kemudahan penggunaan, Square Fit Air Purifier Series menerima pujian tinggi daripada barisan juri IDEA.
- Pembersihan Tanpa Kerumitan: Bagi meminimumkan pengumpulan habuk, Square Fit Series dilengkapi saluran keluar udara bahagian atas antistatik yang boleh ditanggalkan sepenuhnya dan boleh dicuci untuk penyelenggaraan yang mudah.
Inverter Dehumidifier 23L:
- Prestasi Berkuasa: Dengan kapasiti harian yang besar sebanyak 23 liter, Inverter Dehumidifier mampu mencapai tahap kelembapan optimum dengan cekap dalam tempoh hanya 30 minit; iaitu tiga kali lebih pantas berbanding model terdahulu.
- Estetika Minimalis: Inverter Dehumidifier 23L menampilkan reka bentuk dua warna yang elegan, yang mampu disepadukan secara harmoni ke dalam mana-mana ruang dalaman dan meningkatkan estetika keseluruhan ruang dengan mudah.
- Mobiliti Fleksibel: Direka dengan teliti dengan tangki air muatan sisi boleh tanggal menggunakan sebelah tangan, Inverter Dehumidifier 23L turut dilengkapi roda berputar 360-darjah dan pemegang tersembunyi demi kemudahan maksimum serta pengangkutan yang mudah.
"Kejayaan kami menyapu bersih ketiga-tiga anugerah reka bentuk terkemuka dunia pada tahun ini menjadi bukti komitmen berterusan kami untuk memahami gaya hidup pelanggan kami serta mengimbangi estetika dengan kebolehgunaan harian secara lancar," kata Jinsang Hwang, Ketua Coway Design Lab. "Pada masa hadapan, kami akan terus mendengar dengan teliti pandangan pelanggan kami untuk memperkenalkan inovasi berpusatkan pengguna yang dapat disepadukan secara lancar dalam kehidupan harian mereka."
Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada 1989, Coway (KRX: 021240), "Best Life Solution Company", ialah peneraju inovasi global yang komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan harian menerusi peralatan rumah penjagaan persekitaran dan penyelesaian kesejahteraan premium. Terkenal dengan penapis air, penapis udara dan bidet yang menerajui industri, Coway turut mengembangkan jenama premium tidur dan kesejahteraannya, BEREX, bagi memacu sektor gaya hidup global melalui tilam pintar dan kerusi urut berteknologi tinggi. Disokong oleh penyelidikan intensif dan kejuruteraan yang memenangi anugerah, Coway terus mempercepat pengembangan perniagaannya di pasaran utama termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Thailand, China, Indonesia, Vietnam dan Eropah. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.
SOURCE Coway Co., Ltd.
Share this article