Dari Komuniti Larian ke Peringkat Nasional: ELDON Bekerjasama dengan KBS Membawa Semangat "Wellness On and On" ke Hari Sukan Negara 2026
Jenama kesihatan ELDON membawa semangat "Wellness On and On" dari komuniti larian ke acara nasional menerusi kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan, sempena Hari Sukan Negara 2026 yang menjangka penyertaan sebanyak 5.3 juta rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- ELDON (Eldon Healthcare), jenama produk kesihatan Pharm-D Health Science Berhad, bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai salah satu rakan minuman hidrasi dan penaja Hari Sukan Negara (HSN) 2026, yang akan berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober di Stadium Nasional Bukit Jalil.
ELDON akan menyediakan stesen minuman hidrasi khas di garisan penamat Larian Ria MADANI 5km dan 10km, acara larian utama HSN 2026, di mana lebih 10,000 peserta bakal menerima ELDON DX AQUASIP, minuman hipotonik Halal.
ELDON juga akan memeriahkan HSN 2026 menerusi pelbagai aktiviti termasuk pemberian sampel produk, permainan interaktif di reruai, hadiah eksklusif serta penebusan barangan edisi terhad.
HSN 2026 menyasarkan penyertaan sebanyak 5.3 juta rakyat Malaysia dalam pelbagai aktiviti sukan.
Jenama Kesihatan Malaysia dengan Misi Mendorong Gaya Hidup Sihat
Di prapelancaran HSN 2026 pada bulan Julai, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari, menekankan peranan Hari Sukan Negara sebagai salah satu platform penting bagi mencegahkan penyakit tidak berjangkit (NCD) melalui gaya hidup aktif.
Misi utama Eldon adalah untuk menggalakkan pencegahan penyakit, penjagaan kesihatan dan pengamalan gaya hidup sihat.
"Sebagai sebuah jenama kesihatan Pharm-D Health Science Berhad, kami berpendapat bahawa usaha membina masyarakat Malaysia yang lebih sihat bukan sekadar mengeluarkan produk kesihatan, tetapi turut merangkumi usaha mendorong rakyat Malaysia agar menjadi lebih proaktif dalam menjaga kesihatan, kesejahteraan dan gaya hidup," kata Encik Lim Theng Teong, Pengarah Bahagian Produk Kesihatan, Pharm-D Health Science Berhad.
"Menerusi ELDON, kami telah lama mendekati komuniti tempatan melalui pelbagai program dan aktiviti. Melalui kerjasama dengan KBS sempena Hari Sukan Negara 2026, kami dapat memperluaskan usaha tersebut ke peringkat nasional agar mendorong lebih ramai rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan tahap kecergasan untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat," katanya.
Inisiatif Gaya Hidup Sihat yang Bermula daripada Komuniti
Kerjasama tersebut turut memperluaskan kempen kesihatan ELDON "Wellness On and On" yang menekankan bahawa gaya hidup sihat perlu dipupuk secara berterusan melalui pilihan dan amalan harian sihat yang konsisten.
Selama ini, ELDON turut menyokong beberapa komuniti larian tempatan termasuk Sprint Squad Penang, TheRunaway.Co Johor dan RawPathClub Selangor, yang telah melibatkan lebih 400 pelari di ketiga-tiga negeri ini.
Usaha penglibatan komuniti ini membolehkan ELDON mendorong rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti fizikal dan semangat komuniti. Ini selaras dengan komitmen Eldon sebagai jenama tempatan yang memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Usaha ELDON turut diperkukuhkan menerusi pelantikan personaliti tempatan CHAN FONG dan HENLEY HII sebagai duta jenama. Seiring dengan perkembangan itu, ELDON juga mencatat beberapa pencapaian penting. Antaranya, ELDON telah menerima anugerah Superbrands Malaysia 2025 dan ELDON DX MAGELAX telah menerima The Malaysia Book of Records tahun ini dengan pencapaian sebagai suplemen Magnesium Glycinate yang terlaris.
Daripada Komuniti Aktif ke Acara Nasional
Melalui kerjasama dengan KBS sempena HSN 2026, ELDON kini melangkah daripada komuniti larian setempat ke komuniti nasional, sekaligus memperluas jangkauannya kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
Acara HSN menghimpunkan sebanyak 5.3 juta rakyat Malaysia merangkumi pelbagai peringkat umur, latar belakang dan tahap kecergasan, selaras dengan misi ELDON untuk mendorong gaya hidup aktif dan kesihatan di masyarakat Malaysia.
Bagi ELDON, HSN 2026 menjadi antara pentas terbesar setakat ini untuk membawa aspirasi "Wellness On and On" kepada rakyat Malaysia.
Berteraskan misi Pharm-D Health Science "Health for All with Science", ELDON ingin mendorong lebih ramai rakyat Malaysia membuat pilihan yang lebih sihat, kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan, seiring dengan semangat "Wellness On and On".
Mengenai ELDON
ELDON ialah jenama produk kesihatan Pharm-D Health Science yang menawarkan pelbagai produk kesihatan berasaskan sains merangkumi suplemen, produk nutrisi, produk penjagaan diri dan kecantikan.
Menerusi rangkaian kerjasama dan pengedaran yang merangkumi lebih 2,000 farmasi komuniti dan lebih 100 klinik di Malaysia dan Singapura, termasuk platform kesihatan digital Pharm-Dx, ELDON fokus dalam mengeluarkan produk kesihatan yang berkualiti dan mudah diakses bagi memenuhi keperluan kesihatan serta kesejahteraan harian.
Ketahui lebih lanjut mengenai ELDON di: https://eldon.com.my/
Mengenai Pharm-D Health Science Berhad
Diasaskan pada tahun 2001, Pharm-D Health Science (Pharm-D HS) adalah sebuah kumpulan syarikat farmaseutikal dan produk kesihatan yang fokus dalam ubat-ubatan, farmaseutikal, dan produk kesihatan. Dengan komitmen teguh terhadap penyelidikan, pembangunan dan pembuatan, Pharm-D HS menawarkan pelbagai produk termasuk ubat-ubatan, ubat "over-the-counter", nutrisi khusus, suplemen kesihatan dan peranti perubatan. Pharm-D HS juga merupakan perintis dalam penyelidikan dan pembekalan postbiotik di Malaysia.
Selain farmaseutikal, Pharm-D HS memiliki jenama-jenama produk kesihatan berkualiti seperti VALENS, ELDON, MedSkin, Lang Bragman, Reflux-G, Retane dan lain-lain. Dedikasi Pharm-D HS terhadap kecemerlangan saintifik dan penjagaan kesihatan menyeluruh adalah demi kesihatan dan kesejahteraan semua.
Untuk maklumat lanjut, layari https://pharmdhs.com/
SOURCE ELDON
Share this article