Diiktiraf oleh K-Digital Brand Award dan Singapore Good Design Award, EZVIZ tegaskan kembali kepimpinan dalam inovasi produk dan teknologi
SINGAPURA, 21 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Selepas memenangi K-Digital Brand Award 2026 atas impak jenama rumah pintarnya, EZVIZ turut meraih Singapore Good Design Award bagi kamera bateri 4G yang bakal dilancarkan, sekali gus mengiktiraf kedudukan penerajunya dalam inovasi produk. Dengan menetapkan penanda aras baharu bagi inovasi berkuasa AI, K-Digital Brand Award mengetengahkan EZVIZ sebagai kuasa penggerak yang membantu membentuk perkembangan baharu dalam industri menerusi pendekatan AI yang mengutamakan pemprosesan terus pada peranti. Sementara itu, Singapore Good Design Award memperkukuh komitmen teguh syarikat terhadap inovasi produk yang memperluas perlindungan pintar kepada senario yang lebih luas.
"Kami bernasib baik kerana dapat membina hubungan yang kukuh dengan keluarga Asia sebaik sahaja memasuki pasaran dan terus memenangi hati mereka menerusi produk tersuai serta teknologi AIoT termaju kami," kata Sophie Zhang, Pengarah Jenama EZVIZ. "Dengan mengutamakan pengguna ketika menerobos batasan keupayaan teknologinya, kami menterjemahkan setiap peningkatan produk dan kejayaan terobosan AI kepada manfaat yang nyata."
Sepanjang dekad yang lalu, EZVIZ terus mengungguli pasaran Asia menerusi usaha penyetempatan yang mendalam dan telah meraih pelbagai anugerah reka bentuk yang diiktiraf di peringkat tempatan, termasuk Asia Design Prize 2025. Dua pengiktirafan baharu itu menegaskan kembali dedikasi EZVIZ untuk membangunkan jenama, produk dan perkhidmatannya secara bersepadu serta benar-benar berpusatkan pengguna.
"Produk menjadi tulang belakang kepada penceritaan kami," kata Zhang. Dengan mengenal pasti keperluan yang masih belum dipenuhi di kediaman mahupun ketika pengguna berada di luar rumah, EZVIZ menaik taraf kamera dalaman dwikantanya kepada siri serba baharu, sekali gus memberikan ketenangan fikiran bertaraf profesional walau ke mana sahaja arah tuju pengguna. Dengan memanfaatkan produk-produk yang sedang berkembang maju ini, syarikat turut membangunkan sistem AI yang mengutamakan pemprosesan terus pada peranti. Menurut maklumat yang dikeluarkan, EZVIZ AI dilengkapi cip AI terbina dalam bagi menyediakan peningkatan berkuasa AI tanpa memerlukan langganan dan turut merancang untuk melancarkan stesen rumah pintar berasaskan peranti-pinggir yang menawarkan keupayaan AI tanpa kompromi yang didayakan menerusi penyimpanan dan pemprosesan secara setempat.
"Kejayaan meraih kedua-dua anugerah ini sememangnya menjadi sumber inspirasi hebat yang mendorong kami untuk terus maju dan membawakan kehidupan yang lebih selamat dan pintar kepada lebih banyak keluarga Asia," kata Zhang. Berteraskan kepakaran visual dan AIoT, EZVIZ dijangka memperkenalkan lebih banyak inovasi dalam kamera rumah pintar, mengekalkan kehadiran kukuh dalam sektor ini serta membuka lebih banyak kemungkinan baharu menerusi peranti kemasukan pintar utama seperti kunci pintar DL50FVS Plus dan loceng pintu video pintar HP8. Potensi yang lebih besar akan direalisasikan daripada interaksi antara kamera pintar dan sistem kemasukan pintar, serta aplikasi teknologi AI termaju yang fleksibel.
SOURCE EZVIZ
Share this article