DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Tersedia, Bawa Gaya kepada Pencipta Kandungan Sinematik Seluruh Dunia
Edisi Pearl White bagi Kamera Gimbal Dwikanta Terobosan DJI Menawarkan Julat Dinamik 17 Stop, Video HDR 10-bit dan Sains Warna D-Log 2 Termaju
SHENZHEN, China, 20 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- DJI, peneraju global dalam teknologi dron awam dan kamera kreatif, hari ini mengumumkan ketersediaan global bagi Osmo Pocket 4P Pearl White. Pilihan warna baharu yang elegan ini menawarkan keupayaan pembikinan filem dwikanta lengkap Osmo Pocket 4P yang mendapat pengiktirafan, dengan menampilkan penderia CMOS 1 inci premium yang mempunyai julat dinamik 17 stop, profil warna D-Log 2 10-bit terkini serta dwikanta yang merangkumi julat optik 20 mm hingga 60 mm. Dihasilkan menggunakan pigmen kilauan mutiara yang mengandungi mika serta teknologi salutan semburan berbilang lapisan, kemasan Pearl White memperlihatkan perubahan kilauan lembut yang halus dalam keadaan pencahayaan dan sudut pandangan yang berbeza. Kemasan ini menggabungkan kecanggihan bersahaja sebuah kamera profesional dengan keanggunan diperhalusi ciri kemewahan yang tidak menonjol, melengkapi fotografi gaya hidup, video blog kembara dan penceritaan harian—sekali gus menawarkan pilihan visual baharu kepada pencipta kandungan yang berpandangan jauh tentang gaya bagi set alat kreatif mereka.
Penceritaan Sinematik Profesional dengan Gaya
Osmo Pocket 4P Pearl White direkayasa berasaskan dua konfigurasi kanta berkuasa yang mengubah cara pencipta kandungan merakam dunia. Kanta sudut lebar 20 mm yang utama menampilkan penderia CMOS 1 inci serba baharu dengan apertur f/2.0, yang membolehkan rakaman video sehingga 4K/240 fps menggunakan teknologi LOFIC canggih. Julat dinamik 17 stop—lazimnya hanya terdapat pada kamera pawagam bermutu tinggi—mengekalkan perincian bahagian terang dan bayang-bayang yang luar biasa walaupun dalam keadaan pencahayaan yang mencabar, termasuk pemandangan matahari terbenam yang terang, potret cahaya belakang dan babak berkontras tinggi. Profil warna D-Log 2 10-bit baharu merakam lebih satu bilion warna, sekali gus memperkasakan pencipta kandungan untuk mendapatkan semula perincian bayang-bayang dan bahagian terang dengan ketepatan bertaraf pawagam serta fleksibiliti penggredan maksimum. Sementara itu, kanta telefoto sederhana 60 mm premium dengan apertur f/1.8 (kedalaman medan setara f/6.3) dan zum optik 3× sehingga zum 12× menghasilkan potret dengan fokus cetek yang menjadi ciri utama yang mentakrifkan penerbitan sinematik. Digabungkan dengan penstabilan tepat gimbal serta sains warna bertaraf profesional, kanta ini membolehkan pencipta kandungan merakam dengan pendekatan seorang pengarah filem—mengekalkan kawalan bertaraf studio dan penguasaan pascapenerbitan dalam bentuk yang sangat kompak dengan berat 230 gram.
Ciri Kreatif Untuk Pembikinan Filem Moden
- Gerak Perlahan Sinematik: Merakam gerak perlahan ultra-HD sehingga 8× pada 4K/240 fps, mengubah detik-detik dinamik—subjek berputar, rambut beralun, air yang mengalir melata—menjadi urutan gerak perlahan yang memukau, sambil mengekalkan perincian optik sepenuhnya.
- Foto Pegun Resolusi Tinggi: Merakam foto sehingga 37MP dengan perincian yang sangat jelas dan boleh dibingkaikan semula semasa pascapenerbitan, memastikan pencipta kandungan tidak terlepas komposisi yang sempurna.
- Foto Langsung 4K: Merakam klip 1.5 saat secara automatik dalam resolusi 4K bagi setiap foto, sekali gus merakam gerakan dan naratif di sebalik setiap bingkai.
- Penjejakan Pintar: Mengikuti subjek secara pintar – seperti manusia, kenderaan, haiwan peliharaan atau bentuk dinamik – menggunakan ActiveTrack 8.0 dan memastikan subjek kekal dalam bingkai dengan sempurna walaupun dalam babak yang rumit.
- Pemindahan Fail Ultra Pantas: Memperkemas aliran kerja penyuntingan dengan sokongan USB 3.1 dan kelajuan pemindahan 800MB/s.
- Tempoh Operasi Kreatif Dilanjutkan: Merakam setiap detik tanpa mengganggu aliran kerja dengan tempoh operasi sehingga 210 minit dengan sekali cas serta keupayaan pengecasan pantas yang mencapai 0–80% dalam tempoh hanya 18 minit.
- Pemindahan Media Automatik ke iOS: Memindahkan rakaman yang baru diambil secara automatik ke peranti iOS selepas mematikan kamera, bagi aliran kerja penyuntingan mudah alih yang lebih diperkemas. Demi kestabilan optimum, digandingkan dengan iPhone siri 16 atau lebih baharu yang beroperasi menggunakan iOS 26.4.1 atau versi lebih tinggi, dengan paras bateri kamera melebihi 15%.
- Mod Warna 10-bit HDR: Merekod video 10-bit julat dinamik tinggi yang menakjubkan, merakam lebih satu bilion warna bagi fleksibiliti pascapenerbitan maksimum. Main balik pada paparan yang serasi dengan HDR memperlihatkan keseluruhan kekayaan visual rakaman anda.
Serasi Sepenuhnya dengan Ekosistem Osmo
Osmo Pocket 4P Pearl White berintegrasi lancar bersama ekosistem aksesori DJI yang serba boleh. Dijual secara berasingan, edisi ini serasi dengan Osmo Pocket 4 Fill Light, turas ND dan turas pengutub premium, penyesuai kanta sudut lebar, pemegang bateri serta mikrofon OsmoAudio. Pendekatan ekosistem ini memperkasakan pencipta kandungan untuk membina rig tersuai mengikut keperluan penerbitan mereka, sama ada merakam secara bersendirian atau mengendalikan persediaan berbilang kamera yang kompleks.
DJI Care Refresh
DJI Care Refresh, pelan perlindungan menyeluruh untuk produk DJI, kini tersedia untuk Osmo Pocket 4P Pearl White Edition. Kerosakan akibat kemalangan dilindungi melalui perkhidmatan penggantian, termasuk kehausan semula jadi, perlanggaran dan kerosakan akibat air. Dengan sedikit bayaran tambahan, anda boleh menggantikan produk anda yang rosak sekiranya berlaku kemalangan.
DJI Care Refresh (Pelan 1 Tahun) merangkumi sehingga dua penggantian dalam tempoh satu tahun. DJI Care Refresh (Pelan 2 Tahun) pula merangkumi sehingga empat penggantian dalam tempoh dua tahun. Perkhidmatan DJI Care Refresh yang lain termasuk waranti rasmi, perkhidmatan waranti antarabangsa dan penghantaran percuma. Untuk senarai butiran lengkap, sila layari: www.dji.com/support/service/djicare-refresh
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: www.dji.com/osmo-pocket-4p
Imej dan aset boleh didapati melalui pautan ini: https://bit.ly/4ixhJOm
¹ Semua data diukur menggunakan model pengeluaran Osmo Pocket 4P dalam keadaan terkawal. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi DJI.
Latar Belakang DJI
Sejak 2006, DJI telah menerajui dunia melalui inovasi dron awam yang memperkasakan individu untuk menerbangkan dron buat kali pertama, membolehkan golongan berwawasan merealisasikan imaginasi mereka serta mengupayakan tenaga profesional mentransformasikan cara mereka bekerja secara sepenuhnya. Hari ini, DJI berusaha untuk membina dunia yang lebih baik dengan terus memacu kemajuan manusia. Berteraskan penetapan minda yang berorientasikan penyelesaian dan sifat ingin tahu yang tulen, DJI telah memperluas aspirasinya ke dalam bidang seperti tenaga boleh baharu, pertanian, keselamatan awam, kerja ukur dan pemetaan serta pemeriksaan infrastruktur. Dalam setiap aplikasi, produk DJI menawarkan pengalaman yang menambah nilai kepada kehidupan di seluruh dunia dengan cara yang lebih mendalam berbanding sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi saluran kami:
- Laman Web: www.dji.com
- Kedai Dalam Talian: store.dji.com
- Facebook: www.facebook.com/DJI
- Instagram: www.instagram.com/DJIGlobal
- X: www.x.com/DJIGlobal
- LinkedIn: www.linkedin.com/company/dji
- Langgan Saluran YouTube kami: www.youtube.com/DJI
SOURCE DJI
Share this article