DongCheng Company Anjur Acara Pelancaran Produk Dalam Talian 2026, Perkenal Penyelesaian Pelbagai Senario untuk Pembinaan, Kerja Logam, Pertukangan Kayu dan Pengubahsuaian Rumah
SHANGHAI, 15 September 2026 /PRNewswire/ -- Pada Ogos, DongCheng, DCA dan DCK, tiga jenama alat kuasa di bawah DongCheng Company, mengadakan acara pelancaran produk dalam talian secara berasingan, yang masing-masing disiarkan secara langsung di peringkat global menerusi halaman Facebook rasmi dan saluran YouTube. Acara tersebut mempamerkan portfolio komprehensif alat kuasa dan penyelesaian berfokus aplikasi untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam sektor pembinaan, kerja logam, pertukangan kayu dan pengubahsuaian rumah.
Setiap acara pelancaran menggabungkan demonstrasi dunia sebenar dengan suasana maya 3D yang imersif, mengetengahkan ciri produk utama, keupayaan prestasi dan aplikasi praktikal. Encik Gu Zhiping, Pengerusi DongCheng Company, menyampaikan ucapan pembukaan, diikuti pembentangan produk dan demonstrasi secara langsung yang dikendalikan oleh jurutera serta pengurus produk.
Setiap jenama memperkenalkan barisan produk baharu yang mencerminkan kedudukan pasarannya yang tersendiri:
DongCheng, yang mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam industri alat kuasa profesional, melancarkan siri produk baharu berdasarkan tema "Kuasa Tiada Tandingan, Kualiti Sekukuh Besi" ("Unmatched Power, Ironclad Quality"), yang merangkumi perengkuh hentaman, penukul putar, pengisar sudut dan gerudi.
DCA, yang memberi tumpuan kepada prestasi di tapak kerja yang boleh dipercayai, memperkenalkan siri produk baharu berdasarkan tema "Gred Profesional, Prestasi Boleh Dipercayai" ("Professional Grade, Reliable Performance"), yang membawakan aplikasi teras untuk pembinaan, kerja logam, pertukangan kayu dan pengubahsuaian rumah.
DCK, yang dikhususkan untuk aplikasi profesional tugas berat, memperkenalkan barisan produk baharu bersama-sama siri pek bateri baharu berdasarkan tema "Dibina untuk Ketahanan, Dikuasai dengan Mudah" ("Built for Rigor, Mastered with Ease"). Barisan baharu itu merangkumi platform litium 12V, 20V dan 40V.
Bagi pembinaan dan kerja logam, produk baharu itu memenuhi keperluan praktikal yang melibatkan pemasangan struktur keluli, operasi kilang dan tapak binaan—meliputi kerja mengetat, memotong, mengisar dan menggerudi untuk pelbagai aplikasi profesional.
Bagi pertukangan kayu dan pengubahsuaian rumah, produk baharu itu memenuhi pelbagai aplikasi, termasuk pembuatan perabot tersuai dan pertukangan tanggam berketepatan tinggi. Produk tersebut menyokong pelbagai tugas bermula daripada pemasangan berketepatan tinggi hingga pemasangan tugas berat, dengan penekanan terhadap kemudahalihan, fleksibiliti operasi dan kawalan yang tepat.
Siri pelancaran ini bukan sahaja mempamerkan inovasi produk berterusan ketiga-tiga jenama tersebut, malah turut mencerminkan komitmen berterusan mereka untuk memenuhi keperluan sebenar pengguna. Dengan terus meningkatkan prestasi produk dan pengalaman pengguna, jenama-jenama tersebut berusaha menyediakan penyelesaian yang lebih cekap dan boleh dipercayai kepada pengguna merentasi pelbagai aplikasi.
DongCheng Company terus memperdalam kepakarannya dalam industri alat kuasa, berlandaskan pemahaman mendalam tentang keadaan kerja praktikal dan pelbagai keperluan pengguna. Berpandukan aplikasi sebenar, syarikat memacu inovasi produk dan menyediakan penyelesaian alat kuasa yang cekap, fleksibel dan boleh dipercayai.
SOURCE DongCheng Company
Share this article