ECOVACS WINBOT W3 OMNI Tersenarai dalam Ciptaan Terbaik TIME 2026
NEW YORK, 27 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- ECOVACS ROBOTICS, peneraju global dalam bidang robotik perkhidmatan kediaman, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa WINBOT W3 OMNI miliknya telah disenaraikan dalam Ciptaan Terbaik TIME 2026 (TIME's Best Inventions of 2026)[1]. Pengiktirafan ini mengukuhkan kedudukan ECOVACS sebagai peneraju dalam bidang pembersihan tingkap menggunakan robot, yang dipacu oleh inovasi teknologi tanpa henti, di samping menyerlahkan bagaimana kejayaan teknologi tersebut membawa perubahan bermakna kepada kehidupan seharian.
Dipuji oleh TIME kerana menjadikan tugas mencabar membersihkan tingkap dari lantai hingga ke siling sebagai pengalaman yang lebih mudah, WINBOT W3 OMNI dibangunkan berasaskan kedudukan pasaran ECOVACS yang kukuh dalam kategori tersebut. Syarikat itu telah menghantar kira-kira 1.075 juta unit robot pembersih tingkap pada separuh pertama 2026 dan menguasai lebih 50%[2] pasaran robot pembersih tingkap global pada 2025. Kepimpinan pasaran ini disokong oleh peranan perintis ECOVACS dalam membentuk dan terus memajukan kategori robot pembersih tingkap. Sejak memperkenalkan WINBOT, ECOVACS terus memacu inovasi berteraskan pengguna yang meningkatkan prestasi pembersihan, memudahkan proses pembersihan serta mempertingkat tahap autonomi dalam penjagaan kebersihan tingkap.
Selama lebih dua dekad, senarai Ciptaan Terbaik TIME telah mengiktiraf inovasi perintis yang berpotensi mengubah cara manusia hidup, bekerja, beriadah dan memikirkan perkara yang mampu dicapai. Dipilih melalui proses penilaian editorial yang ketat, ECOVACS WINBOT W3 OMNI berjaya memperoleh tempat dalam senarai Ciptaan Terbaik TIME 2026 berdasarkan keaslian, keberkesanan, cita-cita inovasi dan impaknya.
Pengiktirafan WINBOT oleh TIME sebagai salah satu Ciptaan Terbaik mencerminkan lebih daripada sekadar kejayaan inovasi sebuah produk. Pencapaian tersebut berteraskan kepakaran teknologi ECOVACS yang dibangunkan selama bertahun-tahun, portfolio patennya yang luas dan keupayaan memanfaatkan teknologi teras merentasi bidang robotik, penderiaan, algoritma dan pembuatan pintar. Dengan lebih 3,100 paten yang telah diberikan dan pelaburan melebihi RMB5.2 bilion dalam R&D sejak 2018, ECOVACS telah membina asas teknologi yang kukuh untuk menterjemahkan keupayaan robotiknya yang lebih luas kepada inovasi yang disesuaikan dengan cabaran khusus pembersihan tingkap. Kepakaran terkumpul ini membolehkan WINBOT terus berkembang, sekali gus membantu memajukan kategori tersebut dan menyediakan pengalaman pembersihan yang semakin pintar, boleh dipercayai dan berkesan.
Menyerlahkan keupayaan inovasi ECOVACS, WINBOT W3 OMNI dilengkapi stesen revolusioner dengan teknologi Vortex Wash, iaitu sistem pencucian pad pengelap tanpa sentuhan yang pertama dalam industri, sekali gus menghapuskan kesulitan mencuci pad kotor secara manual. Digabungkan dengan penggosok TruEdge, yang membolehkan pembersihan tepat dari satu tepi ke tepi yang lain dengan ketepatan pada tahap milimeter, WINBOT W3 OMNI menyediakan pengalaman pembersihan yang lebih menyeluruh tanpa memerlukan campur tangan pengguna.
Selain WINBOT, ECOVACS turut memperluas penggunaan robotik dalam lebih banyak aspek kehidupan seharian menerusi portfolio pelbagai kategori yang semakin berkembang, daripada penjagaan lantai dalaman kepada pembersihan kolam renang luar bangunan dan penyelenggaraan halaman rumput, bagi memudahkan kehidupan harian serta memberikan lebih banyak masa kepada pengguna untuk menumpukan perhatian kepada perkara yang paling penting.
[1] https://time.com/collection/best-inventions/2026/ecovacs-winbot-w3-pro/ |
[2] IDC, Global Home Cleaning Robot Market 2025 https://www.idc.com/resource-center/blog/global-home-cleaning-robot-market-2025/ |
Latar Belakang ECOVACS ROBOTICS:
Ditubuhkan pada 2006, ECOVACS ROBOTICS merupakan peneraju global dalam bidang robotik perkhidmatan kediaman dengan portfolio produk yang pelbagai, merangkumi robot pembersih vakum dan robot pembersih tingkap. Melalui pengembangannya ke dalam kategori robot pemotong rumput, robot pembersihan komersial, robot pembersih kolam renang dan robot peneman haiwan peliharaan, ECOVACS telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pelbagai kategori dalam bidang robotik perkhidmatan kediaman.
Berpandukan visi "Robotik untuk Semua" (Robotics for All), ECOVACS terus memajukan teknologi dan meningkatkan pengalaman pengguna bagi menjadikan kehidupan lebih pintar serta bergaya untuk pengguna di seluruh dunia. Dengan anak syarikat jualan di Jerman, Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura, produk ECOVACS dipasarkan di hampir 180 pasaran utama dan digunakan oleh lebih 38 juta isi rumah di seluruh dunia.
Sebagai bukti kepimpinan pasarannya, ECOVACS ROBOTICS telah menduduki tempat pertama dari segi bahagian pasaran robot pembersih vakum di China selama sepuluh tahun berturut-turut (2015–2024).
SOURCE ECOVACS ROBOTICS


Share this article