Emas, Minyak atau Forex: Pasaran Mana Lebih Menarik Perhatian Trader Ketika Ini?
KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 September 2026 /PRNewswire/ -- Pasaran kewangan pada 2026 dipengaruhi oleh beberapa pengaruh utama, termasuk risiko geopolitik, perubahan harga tenaga, jangkaan kadar faedah, serta pertumbuhan ekonomi yang tidak seimbang. Berdasarkan jangkaan IMF, pertumbuhan KDNK dijangka berkembang sehingga 3.0% pada 2026, sementara negara pengimport tenaga, pengeksport, dan negara yang mendapat manfaat daripada kitaran teknologi akan berdepan keadaan pasaran yang berbeza.
Faktor sebegitu dalam pasaran kewangan membuatkan trader kini lebih memberi tumpuan terhadap kelas aset berbeza: mata wang, komoditi dan indeks. Dalam Asia Pasifik, mata wang serantau, dasar monetari, teknologi dan pasaran ekuiti menjadi antara komponen penting yang mempengaruhi aktiviti dagangan.
Mata Wang Serantau Menunjukkan Konteks Ekonomi Berbeza
Contoh yang jelas dapat dilihat pada ekonomi Jepun. Menurut Bank of Japan, inflasi asas akan meningkat secara perlahan-lahan sehingga ke paras sasaran, iaitu 2%. BoJ akan sentiasa menyesuaikan kelonggaran dasar monetari berdasarkan aktiviti ekonomi, harga dan keadaan kewangan. Bank pusat itu turut menyatakan pergerakan kadar tukaran wang asing, harga minyak mentah dan permintaan berkaitan AI menjadi faktor utama.
Namun, ekonomi negara China tidak dipengaruhi perkara yang sama. Berdasarkan unjuran rasmi, KDNK China meningkat 4.3%, tahun per tahun pada Q2 2026, berbanding 5.0% pada Q1. Pertumbuhan tahun per tahun (YoY) dijangka pada 4.7%.
Perubahan dalam unjuran pertumbuhan ekonomi mampu mempengaruhi nilai yuan serta sentimen negara yang bergantung kepada dagangan dan komoditi China.
Indeks Mencerminkan Pertumbuhan dan Trend dalam Teknologi
Indeks saham rantau Asia Pasifik memberi perspektif berbeza kepada trader mengenai trend pasaran. Indeks di Jepun, China, Hong Kong dan pasaran APAC lain berpotensi menunjukkan perubahan dalam jangkaan pertumbuhan, eksport, perbelanjaan pengguna, pembuatan serta kemajuan teknologi.
Kemajuan teknologi kini menjadi aspek yang semakin penting. Menurut IMF, permintaan yang didorong oleh AI menyokong ekonomi yang terlibat dalam rantaian pengeluaran teknologi. Malah, Bank of Japan turut menekankan bahawa peningkatan permintaan berkaitan AI memberi sumbangan positif kepada aktiviti ekonomi domestik.
Komoditi Masih Kekal Penting
Emas dan minyak merupakan komponen penting dalam ekonomi APAC. Kenaikan harga tenaga berpotensi menambah tekanan kos ekonomi pengimport, manakala benua Asia terus memainkan peranan utama dalam pasaran emas.
Majlis Emas Dunia menjangkakan aktiviti pelaburan di APAC akan memperkukuhkan permintaan emas dalam separuh kedua tahun 2026. Sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, ETF emas di Asia mencatat aliran masuk bersih sebanyak 70 tan.
Bagi trader APAC, pasaran Forex biasanya menggambarkan jurang dasar monetari, indeks pula menunjukkan perubahan dalam pertumbuhan ekonomi dan teknologi, sementara komoditi sering dikaitkan dengan inflasi dunia dan faktor geopolitik.
Berdagang di Pelbagai Pasaran Bersama JustMarkets
Persekitaran dagangan berbeza memerlukan strategi yang berbeza. Oleh itu, trader juga perlu memberi perhatian terhadap aspek fleksibiliti dan juga pilihan aset. Di sinilah JustMarkets dapat memainkan peranannya. Broker pelbagai aset global ini menyediakan akses ke lebih 260 instrumen CFD yang meliputi Forex, emas, minyak, indeks, saham, dan pasaran lain dalam satu persekitaran dagangan.
Akses meluas ini membolehkan trader menyesuaikan fokus mereka supaya selari dengan perubahan keadaan pasaran. Dengan MT4, MT5, Terminal Web dan aplikasi mudah alih JustMarkets Trading, trader boleh masuk ke pasaran tersebut melalui platform yang paling sesuai dengan gaya dagangan mereka.
Amaran Risiko: Dagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi dan mungkin hanya sesuai untuk pelabur tertentu sahaja. Pasaran boleh berubah dengan pantas, dan kerugian yang dialami berpotensi melebihi jumlah deposit. Pastikan anda benar-benar memahami risiko yang terlibat dan berdagang secara bertanggungjawab.
SOURCE JustMarkets
Share this article