Fair2Care: Pameran Canton Perkenalkan Pengalaman Perubatan Antarabangsa Buat Kali Pertama
GUANGZHOU, China, 13 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Pameran Canton ke-140 akan membuka tirainya pada 15 Oktober dengan menawarkan pengalaman serba baharu kepada para pengunjung. Buat pertama kalinya, Pameran ini memperkenalkan Fair2Care International Medical Experience Program (Program Pengalaman Perubatan Antarabangsa Fair2Care) yang eksklusif. Program ini menampilkan model pengalaman dua saluran yang menggabungkan zon pameran di lokasi dengan saluran pengalaman di luar lokasi, sekali gus mentakrifkan semula pengalaman pameran perdagangan tradisional dan menawarkan peluang kepada pembeli global untuk merasai sendiri perkhidmatan perubatan antarabangsa premium China secara mendalam.
Zon Perkhidmatan Perubatan Antarabangsadi lokasi pameran akan berlangsung dari 15 hingga 19 Oktober di Dewan Barat 1F, Pusat Konvensyen Pameran Canton, Kawasan D, Kompleks Pameran Canton. Disusun berteraskan empat tema, iaitu "Kecemerlangan Perubatan Kawasan Teluk Besar", "Kepakaran Terkemuka", "Penjagaan Kesihatan & Kesejahteraan" dan "Rantaian Penuh Industri-Perkhidmatan-Perdagangan", zon ini mengetengahkan kekuatan teras sektor penjagaan kesihatan antarabangsa Guangzhou. Selain itu, tiga saluran pengalaman perubatan antarabangsa yang dirancang khusus turut ditawarkan di luar lokasi pameran, memberikan pembeli peluang untuk merasai sendiri pengurusan kesihatan, penjagaan perubatan termaju serta amalan kesejahteraan perubatan tradisional China. Fair2Care menawarkan peluang untuk mengenali perkhidmatan perubatan antarabangsa Guangzhou dengan lebih dekat.
Para pembeli dijemput untuk menyertai program tersebut dan boleh mengimbas kod QR pada poster bagi menempah lawatan ke zon berkenaan serta mendaftar untuk saluran pengalaman di luar lokasi pameran. Peserta berpeluang menerima hadiah seperti pin Pameran Canton, manakala pengunjung zon tersebut boleh menikmati perkhidmatan termasuk sajian teh perubatan tradisional China dan fisioterapi. Tempat bagi saluran pengalaman adalah terhad dan akan diperuntukkan berdasarkan prinsip siapa cepat, dia dapat.
Untuk prapendaftaran, sila klik:
https://buyer.cantonfair.org.cn/register/buyer/email?source_type=16
SOURCE Canton Fair
Share this article