Festival Paus Ulsan ke-30 Raikan Ulang Tahun Penting, Perkenal Transformasi Jangsaengpo Menjadi Hab Ekopelancongan Terkemuka
ULSAN, Korea Selatan, 9 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Daerah Nam-gu di Ulsan, pusat perindustrian utama Korea Selatan dan pusat bersejarah warisan penangkapan ikan paus, akan menganjurkan Festival Paus Ulsan ke-30 dari 15 hingga 18 Oktober di seluruh Zon Budaya Paus Jangsaengpo.
Bertemakan "Jemputan Seekor Paus: Pesta Ulang Tahun ke-30," acara penting ini mempamerkan evolusi Jangsaengpo menjadi destinasi penginapan berhari-hari yang menawarkan pengalaman imersif, dengan mengetengahkan tarikan baharu seperti kart kembara, laluan pejalan kaki tinggi (skywalk) dan seni media pemandangan malam.
Daripada Pelabuhan Penangkapan Ikan Paus Bersejarah kepada Destinasi Ekobudaya
Ulsan mempunyai hubungan dengan ikan paus sejak berabad-abad lalu, yang terkenal digambarkan dalam Petroglif Bangudae prasejarah. Dahulunya merupakan pusat penangkapan ikan paus Korea Selatan, Jangsaengpo beralih ke arah ekologi marin dan pemeliharaan warisan budaya susulan larangan global terhadap penangkapan ikan paus komersial pada 1986. Diiktiraf sebagai satu-satunya Zon Budaya Paus di negara ini pada 2008, kawasan tersebut kini menarik pengunjung global melalui mercu tanda seperti Muzium Paus Jangsaengpo dan Perkampungan Budaya Paus.
Sambutan Ulang Tahun ke-30 Diterajui Penduduk
Bagi meraikan kejayaan selama tiga dekad, festival itu menampilkan pengisian program yang digerakkan oleh komuniti. Sorotan utama termasuk "Koir Agung 300-Suara" ("300-Voice Grand Chorus"), aktiviti menghasilkan tanglung berbentuk paus, lawatan pengembaraan keluarga dan zon interaktif realiti terimbuh (AR). Perarakan jalanan besar-besaran yang menggabungkan penduduk tempatan dan kumpulan persembahan akan menjadi acara kemuncak pada hari terakhir, manakala pertunjukan bunga api bertemakan paus akan menerangi langit di kawasan pinggir laut pada malam pembukaan dan penutupan.
Infrastruktur Baharu: Kart Ekstrem, Laluan Pejalan Kaki Tinggi (Skywalk) dan Tarikan Kehidupan Malam
Pengunjung festival akan menjadi yang pertama menikmati infrastruktur pelancongan Jangsaengpo yang baru diperkenalkan:
- Whales Kart: Litar kart ekstrem gerak sendiri yang pertama di Korea Selatan, sepanjang 1.05 kilometer dengan kelajuan sehingga 40 km/j, menawarkan pemandangan panoramik landskap bermusim kepada penggemar aktiviti mendebarkan, termasuk taman bunga tiga bulan (hydrangea) dan ladang lavender.
- Goraedeung-gil (Whale Spine Skywalk): Jambatan pejalan kaki bertingkat sepanjang 135 meter yang menghubungkan Whale Square dengan Whales Fantasium, menawarkan pemandangan panoramik laut dan taman-taman sekitarnya, sambil mengintegrasikan mercu tanda budaya secara lancar ke dalam laluan yang boleh diterokai dengan berjalan kaki.
- Pengalaman Penginapan Imersif dari Siang hingga Malam: Kemudahan penginapan yang dinaik taraf termasuk "Goraejam" (rumah penginapan butik yang diubah suai daripada kuarters tentera laut), kemudahan kebudayaan "The Wave" dan "Jangsaengpo Light", yang memancarkan seni media dinamik pada tangki minyak perindustrian bersaiz besar.
Bagi meningkatkan kebolehcapaian pengangkutan, bas ulang-alik percuma akan beroperasi setiap 30 minit antara Stesen Taehwagang dengan lokasi acara sepanjang festival selama empat hari itu.
"Memasuki edisi ke-30, Festival Paus Ulsan merupakan sambutan interaktif yang diwujudkan bersama oleh penduduk dan pengunjung, menawarkan peluang unik untuk menyaksikan evolusi luar biasa Jangsaengpo," kata Lim Hyeon-cheol, Datuk Bandar Daerah Nam-gu, Ulsan. "Kami dengan sukacitanya menjemput pelancong antarabangsa untuk menikmati budaya paus Korea Selatan yang unik dan pesona meriah kawasan pinggir lautnya."
SOURCE Nam-gu Office, Ulsan Metropolitan City
Share this article