Flamengo Rangkul Gelaran Juara Série A Brazil, GAC Perkukuh Kehadiran di Brazil Menerusi Bola Sepak
SAO PAULO, 26 November 2026 /PRNewswire/ -- Pada 21 November, CR Flamengo seri dengan Palmeiras pada pusingan ke-36 Série A Brazil, sekali gus memastikan gelaran juara 2026 lebih awal. Sebagai rakan strategik Flamengo, GAC meraikan detik kegemilangan ini bersama para penyokong, memanfaatkan bola sepak untuk mengeratkan lagi hubungan emosi dengan pengguna Brazil.
Pada tahun 2026, GAC dan Flamengo secara rasmi menjalin perkongsian strategik yang menyatukan bola sepak dengan industri automotif sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan GAC di Brazil. Kerjasama mereka dalam pelbagai bidang membuka lebih banyak ruang kepada jenama itu untuk berinteraksi dengan pengguna tempatan. Bola sepak merupakan sebahagian penting daripada budaya Brazil dan Flamengo ialah antara kelab paling berpengaruh di negara itu. Menerusi perkongsian ini, GAC mendekatkan jenamanya kepada pengguna Brazil dan menggalakkan penyepaduannya dalam pasaran tempatan.
Keazaman dan semangat juang Flamengo di padang seiring dengan komitmen GAC terhadap inovasi dan kualiti unggul. Menerusi perkongsian sukan, GAC berharap dapat berkongsi nilai-nilai bersama ini dengan lebih ramai peminat, membolehkan mereka mengenali komitmen sekian lama GAC terhadap kualiti produk dan inovasi teknologi sambil menikmati kemeriahan bola sepak.
Bagi memenuhi pelbagai keperluan mobiliti pengguna Brazil, GAC terus memperkukuh barisan produknya di pasaran tempatan. Dilancarkan di Brazil tahun ini, AION UT menggabungkan ruang dalaman yang luas dengan ciri kabin pintar bagi memberikan keselesaan yang lebih baik dalam perjalanan harian. GAC GS3 menggabungkan reka bentuk dinamik dan ciri keselamatan bagi memenuhi keperluan pengguna muda yang ingin menonjolkan identiti tersendiri dan menikmati ketenangan fikiran. Baru-baru ini, unit GS3 ke-600,000 di seluruh dunia keluar dari barisan pengeluaran, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan global GAC.
Disokong oleh portfolio produk yang luas, GAC turut mencatat kemajuan positif di Brazil. Jumlah pendaftaran mencecah 13,516 unit antara Januari hingga Oktober 2026, termasuk 2,107 unit pada Oktober, meningkat 251.7% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, sekali gus meletakkan GAC di kedudukan ke-16 dalam kedudukan jualan bulanan bagi semua jenama automotif di Brazil.
Perkongsian dengan Flamengo merupakan salah satu inisiatif utama dalam strategi pemasaran sukan global GAC. GAC menjalin perkongsian dengan beberapa kelab bola sepak, memanfaatkan bahasa sejagat bola sepak untuk menjalin hubungan dengan pengguna di seluruh Eropah, Amerika Latin, Asia Pasifik dan pasaran lain. Melangkah ke hadapan, GAC akan terus menjadikan sukan sebagai jambatan penghubung dan bekerjasama dengan rakan kongsinya untuk memperkukuh kehadirannya di Brazil, menawarkan pengalaman mobiliti yang lebih mesra alam dan pintar serta beralih secara berperingkat daripada eksport produk kepada penyetempatan jenama.
Untuk maklumat lanjut mengenai GAC, sila layari: https://www.gacgroup.com/en atau ikuti kami di media sosial.
SOURCE GAC


Share this article