FP Markets memperluas penawaran CFD sahamnya. Dagangan CFD saham Anthropic dibuka kepada pelanggan di seluruh dunia mulai 19 November 2026.
LIMASSOL, Cyprus, 19 November 2026 /PRNewswire/ -- FP Markets, broker forex dan CFD yang diiktiraf di peringkat global, akan menambah Anthropic (ANT.xnas) bagi melengkapkan rangkaian CFD saham sedia ada. Langkah ini membolehkan pelanggan FP Markets memanfaatkan peluang baharu dalam pasaran saham dan membantu mereka mempelbagaikan portfolio pelaburan.
CFD saham Anthropic akan tersedia untuk dagangan menerusi MetaTrader 5, cTrader dan TradingView di FP Markets. Pelanggan boleh mendapatkan senarai lengkap CFD saham yang ditawarkan di laman web FP Markets. CFD saham baharu ini akan mengikut waktu dagangan standard yang sama seperti CFD lain untuk saham tersenarai di Amerika Syarikat yang ditawarkan oleh FP Markets. Kadar komisen yang kompetitif dikenakan bagi semua urus niaga.
Penyenaraian Anthropic merupakan antara yang paling dinanti-nantikan tahun ini. Gergasi AI yang membangunkan model Claude itu kini boleh dianggap sebagai nama paling menonjol dalam bidang AI. Pemergian Jensen Huang dari Nvidia, syarikat yang pernah diterajuinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, mencetuskan persoalan yang lebih mendalam tentang kemajuan AI. Oleh itu, tawaran awam permulaan (IPO) Anthropic dilihat secara meluas sebagai ujian penting bagi mengukur minat pelabur terhadap sektor AI.
Ketua Penganalisis Pasaran FP Markets, Aaron Hill mengulas: "Tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan sulung Anthropic menandakan detik penting dalam dagangan berkaitan AI. Penambahan CFD saham ini akan membuka lebih banyak peluang dalam sektor teknologi, sekali gus membolehkan pedagang dan pelabur memanfaatkan peluang serta bertindak balas terhadap turun naik pasaran yang mengiringi penyenaraian berprofil tinggi ini."
Maklumat Tentang FP Markets:
FP Markets ialah broker global yang memenangi pelbagai anugerah dan dikawal selia yang ditubuhkan di Sydney, Australia pada tahun 2005. Broker ini menawarkan 10,000+ instrumen CFD merentasi tujuh kelas aset, tersedia di platform terkemuka industri termasuk MetaTrader 4, MetaTrader 5, TradingView dan cTrader.
Kehadiran pengawalseliaan FP Markets termasuk Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) Seychelles, Pihak Berkuasa Kelakuan Sektor Kewangan (FSCA) Afrika Selatan dan Pihak Berkuasa Pasaran Modal (CMA) Kenya.
Untuk maklumat lanjut, layari www.fpmarkets.com.

Share this article