Penyelesaian kecerdasan video berkuasa AI terkini menyokong pemanduan yang lebih selamat, mengurangkan pendedahan kepada liabiliti dan membantu pengendali armada mengurus risiko secara proaktif di jalan raya Malaysia
KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 November 2026 /PRNewswire/ -- Geotab, peneraju global dalam penyelesaian pengangkutan terhubung, video dan penjejakan aset, hari ini mengumumkan pelancaran kamera papan pemuka AI GO Focus Plus® serta platform kecerdasan video baharunya di Malaysia, sekali gus memperluas akses kepada telematik video AI termaju yang direka untuk membantu mengurangkan risiko secara proaktif, di samping meningkatkan keselamatan pemandu dan menggalakkan kebertanggungjawaban dalam keadaan jalan raya yang semakin kompleks.
Kamera papan pemuka yang menghadap dua arah ini menyediakan bantuan suara secara proaktif di dalam kabin bagi membantu pemandu membetulkan sendiri tingkah laku berisiko seperti hilang tumpuan, keletihan atau mengekori kenderaan lain terlalu rapat. Dalam satu program rintis berskala besar baru-baru ini, fungsi bimbingan suara membantu mengurangkan amalan mengekori kenderaan terlalu rapat sebanyak 90% dan penggunaan telefon bimbit sebanyak 95%. Sistem ini mampu menjadikan setiap amaran sebagai peluang untuk memberikan bimbingan, dengan matlamat membantu mencegah kemalangan dan menghasilkan impak yang boleh diukur terhadap budaya keselamatan armada.
Pelancaran ini berlangsung ketika pengendali armada di Malaysia berdepan tekanan yang semakin meningkat untuk mempertingkat keselamatan sambil mengawal kos dalam persekitaran operasi yang semakin mencabar. Kenderaan komersial lazimnya mengharungi kesesakan teruk di seluruh kawasan Kuala Lumpur Raya, laluan penghantaran bandar yang padat serta perjalanan jarak jauh merentas negeri melalui laluan utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan. Menurut Kementerian Pengangkutan Malaysia, negara mencatatkan 598,635 kemalangan jalan raya pada tahun 2023, mengakibatkan kerugian ekonomi melebihi RM25 bilion. Ketika organisasi berusaha meningkatkan tahap keselamatan sambil mengekalkan produktiviti, Semakin banyak pihak menyedari bahawa langkah proaktif untuk mengurangkan risiko sebelum berlakunya insiden berpotensi lebih berkesan daripada menangani kesan selepas kejadian.
Pada masa yang sama, keletihan dan gangguan tumpuan pemandu terus menjadi kebimbangan pengendali pengangkutan. Tempoh pemanduan yang panjang, pemanduan di lebuh raya yang membosankan dan jadual penghantaran yang mencabar boleh menyukarkan pengenalpastian tingkah laku berisiko sebelum mencetuskan insiden serius. Bagi kenderaan komersial, kesannya berpotensi menjadi lebih serius disebabkan saiz kenderaan yang lebih besar, muatan yang lebih berat dan jarak berhenti yang lebih panjang.
Walaupun sistem penjejakan GPS membolehkan lokasi, kelajuan dan laluan kenderaan diketahui, sistem ini sering kali tidak dapat menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku sebelum, semasa atau selepas sesuatu insiden keselamatan. Ketika pengendali armada berusaha mengurangkan risiko dan meningkatkan kecekapan operasi, permintaan semakin meningkat terhadap penyelesaian yang menggabungkan data kenderaan dengan konteks situasi sebenar serta maklumat tentang pemandu yang boleh dijadikan asas tindakan.
"Antara perubahan terbesar yang kami saksikan dalam industri pengurusan armada ialah peralihan daripada sekadar mengetahui keadaan kenderaan kepada penggunaan maklumat pintar," kata Ezanne Soh, Naib Presiden Bersekutu, Asia Tenggara, Geotab. "Kebanyakan pengendali hari ini mengetahui lokasi kenderaan mereka. Persoalan sebenar ialah sama ada mereka memahami keadaan, tingkah laku dan keputusan yang mencetuskan risiko di jalan raya. Dalam pasaran seperti Malaysia, yang menyaksikan armada beroperasi merentasi bandar yang sesak, koridor perindustrian dan rangkaian pengangkutan jarak jauh, keupayaan untuk mengenal pasti potensi risiko lebih awal dan mengambil tindakan secara proaktif semakin menjadi faktor pembeza utama dari segi keselamatan dan prestasi operasi."
GO Focus Plus menggabungkan maklumat daripada kenderaan terhubung Geotab dengan bimbingan pintar di dalam kabin bagi memberikan sokongan kepada pemandu tepat pada saat mereka memerlukannya. Bagi pengurus armada, kecerdasan video dipacu AI mengetengahkan risiko paling kritikal dan corak tingkah laku berulang terlebih dahulu, sekali gus mengurangkan keperluan semakan manual dan membolehkan intervensi yang lebih berkesan serta bersasar tanpa pemantauan berterusan.
Menyokong Kebertanggungjawaban dan Penyelesaian Pertikaian
Selain mencegah kemalangan, telematik video semakin penting sebagai alat untuk melindungi pemandu dan organisasi daripada pertikaian yang melibatkan kos tinggi. Di jalan raya Malaysia yang sibuk, kenderaan komersial sering berkongsi ruang dengan motosikal, kenderaan penumpang dan pengguna jalan raya yang terdedah kepada risiko, sekali gus mewujudkan situasi yang menyukarkan penentuan liabiliti selepas sesuatu insiden.
Bukti video berdefinisi tinggi boleh menyediakan rekod kejadian dengan cap masa, membantu pengendali armada memperkemas siasatan insiden dengan konteks penting bagi tuntutan insurans dan penyelesaian pertikaian. Dengan membantu mengurangkan ketidakjelasan dan meningkatkan ketelusan, kecerdasan video boleh membantu memperkukuh kebertanggungjawaban sambil berusaha meminimumkan gangguan operasi.
Ciri Utama GO Focus Plus
- Bimbingan Pemandu Secara Proaktif: GO Focus Plus memberikan arahan suara serta-merta kepada pemandu di dalam kabin apabila tingkah laku berisiko seperti pemanduan dengan tumpuan terganggu (contohnya penggunaan telefon dan keletihan) atau mengekori kenderaan terlalu rapat dikesan, bagi membantu mereka membetulkan tabiat tersebut.
- Pengurusan Armada Bersasar: Kecerdasan video dipacu AI mengetengahkan risiko paling mendesak dan corak tingkah laku berulang untuk semakan pantas, sekali gus mengurangkan keperluan pengurus armada meneliti rakaman yang banyak. Setiap amaran disertakan video dan data kontekstual, membolehkan bimbingan yang bersasar dan berkesan.
- Aliran Kerja Lancar dan Budaya Keselamatan: Platform MyGeotab membolehkan aliran kerja yang lancar, termasuk penetapan tugasan, penjejakan dan pengiktirafan kemajuan, sekali gus memperkukuh budaya keselamatan dalam kalangan warga armada.
Tingkatkan Keselamatan Armada dengan Platform Kecerdasan Video AI Geotab yang Terus Berkembang
Platform kecerdasan video Geotab dibangunkan agar boleh disesuaikan mengikut keperluan dan perubahan. Model AI termajunya terus mempertingkat keupayaan pengesanan dan bimbingan dengan setiap kemas kini, direka untuk menyediakan alat paling pintar dan tepat kepada pengendali armada bagi menangani risiko lebih awal tanpa menambah beban pentadbiran. Seni bina terbuka platform ini direka untuk menyokong rangkaian kamera termaju yang semakin berkembang, dengan model dan keupayaan baharu dirancang untuk beberapa bulan akan datang.
Platform kecerdasan video baharu bersama kamera papan pemuka AI GO Focus Plus merupakan langkah penting dalam komitmen Geotab terhadap keselamatan armada, menggabungkan data pemanduan dan video dengan matlamat memberikan gambaran menyeluruh tentang risiko serta hala tuju penambahbaikan. Ia menandakan lembaran baharu bagi Geotab yang komited untuk membantu pengendali armada mewujudkan jalan raya yang lebih selamat serta operasi yang lebih mantap dan lebih menyokong pemandu.
Ketahui lebih lanjut tentang GO Focus Plus dan platform kecerdasan video baharu Geotab di laman web kami.
Latar Belakang Geotab
Geotab ialah peneraju global dalam operasi terhubung, telematik video dan maklumat analitis berkuasa AI. Dipercayai oleh lebih 100,000 pelanggan — daripada pengendali armada kecil dan sederhana hinggalah perusahaan Fortune 500 dan organisasi sektor awam, termasuk kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, Geotab menghubungkan kira-kira 6 juta kenderaan dan aset serta memproses 100 bilion titik data setiap hari. Dengan kelulusan ISO/IEC 27001:2022, SOC2, FIPS 140-3 dan FedRAMP, platform terbuka Geotab serta ekosistem lebih 700 rakan kongsinya menyepadukan keselamatan, pematuhan dan operasi dalam satu sistem. Misi kami: dunia yang terus bergerak dengan lebih selamat, cekap dan mampan. Ketahui lebih lanjut di www.geotab.com/apac/ dan ikuti kami di LinkedIn.
SOURCE Geotab


Share this article