Gravity Game Unite Lancar Secara Rasmi Ragnarok Zero: Global pada 18 Ogos
KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Subsidiari syarikat permainan global Gravity yang berpangkalan di Malaysia, Gravity Game Unite (GGU), melancarkan secara rasmi permainan MMORPG PC baharunya, Ragnarok Zero: Global, di seluruh Asia Tenggara, Eropah dan Oceania pada 18 Ogos.
Bermula pada 18 Ogos waktu tempatan di Asia Tenggara, Eropah dan Oceania, pemain boleh memuat turun klien PC daripada laman web rasmi Ragnarok Zero: Global dan mula bermain serta-merta. Judul ermainan itu beroperasi menggunakan model perkhidmatan berasaskan langganan. Menariknya, Gravity Game Unite (GGU) mengendalikan permainan tersebut secara langsung bukan sahaja di Asia Tenggara dan Oceania, malah di seluruh Eropah.
Berasaskan elemen teras MMORPG PC Ragnarok Online yang asal, termasuk grafik piksel 2D ikonik dan sistem kelasnya, Ragnarok Zero: Global memperkenalkan episod baharu, di samping ciri moden seperti pemburuan automatik serta UI/UX yang dikemas kini. Versi rasmi itu menampilkan pelbagai kandungan baharu yang direka untuk menawarkan pengalaman melangkaui permainan asal, termasuk permainan terhubung Get Poring, RO Factory, ciri Kandungan Janaan Pengguna (User Generated Content, UGC) pertama yang dibawakan dalam judul IP Ragnarok, peta bertemakan Jerman baharu, kandungan MVP Raid baharu serta kekulit Valkyrie baharu. Permainan itu menyokong bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Sepanyol, bahasa Inggeris, bahasa Turki, bahasa Cina Ringkas, bahasa Thai dan bahasa Indonesia.
Khususnya, Get Poring dan RO Factory menarik perhatian ramai sebelum pelancaran rasmi Ragnarok Zero: Global lagi.
Get Poring ialah permainan terhubung yang membolehkan pemain mengumpul dan membesarkan Poring serta raksasa unik, yang kemudiannya boleh digunakan sebagai haiwan peliharaan. RO Factory pula ialah platform yang membolehkan pemain mencipta item jejak kaki mereka sendiri. 100 slot awal yang disediakan telah dipenuhi dengan pantas, sekali gus mencetuskan minat yang tinggi dalam kalangan pemain dan mendorong GGU menambah jumlah slot yang tersedia. GGU turut merancang untuk mengenal pasti item dan kesan yang ingin dilihat oleh pemain serta menambahkannya dalam kemas kini akan datang.
Bagi meraikan pelancaran rasmi itu, Gravity Game Unite (GGU) mengadakan pelbagai acara dalam permainan. Sehingga tarikh penyelenggaraan pada 24 September, pemain boleh menerima pelbagai ganjaran dengan cara log masuk menggunakan watak sekurang-kurangnya satu jam pada 5, 10 dan 15 hari yang berasingan. Pemain boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan penyertaan dalam acara tersebut dengan menghubungi NPC Ribello. Dalam tempoh sama, ganjaran akan turut diberikan kepada Guild Masters apabila guild mereka mencapai tahap 5, 10 dan 15. Pemain juga boleh menyertai acara tambahan termasuk Catch the King Poring, Reach Max level 50, EXP Boosting dan Monster Gauntlet, serta banyak lagi acara lain.
GGU turut menyediakan acara gabungan dengan RO Lite - Arrow, judul pertama di bawah RO Lite, sebuah jenama kasual berasaskan IP Ragnarok. Pemain yang bermain RO Lite - Arrow dan berjaya menamatkan sehingga Peringkat 100 boleh menerima Ragnarok Zero: Global Game Pass untuk satu hari sehingga dua kali sebulan. RO Lite - Arrow ialah permainan teka-teki berasaskan peringkat yang menampilkan kawalan ringkas dan raksasa Ragnarok yang boleh dikumpulkan. Pemain melengkapkan setiap peringkat dengan mencari urutan yang betul untuk menggerakkan semua anak panah keluar daripada papan teka-teki. Judul kedua dalam siri itu, RO Lite - Puzzle & Monster, turut dijadualkan untuk diperkenalkan pada suatu masa kelak.
Presiden Gravity Game Unite (GGU), Harry Choi, berkata, "Ragnarok Zero: Global ialah judul yang amat dinanti-nantikan yang mengekalkan elemen teras yang menjadikan Ragnarok Online begitu digemari oleh pemain di seluruh dunia, sambil memperkenalkan pengalaman baharu seperti Get Poring dan RO Factory yang telah pun menarik perhatian sebelum pelancarannya."
Beliau menambah, "Kami telah berusaha meningkatkan kualiti keseluruhan permainan bagi memenuhi jangkaan pemain. Memandangkan kami mengendalikan permainan ini secara langsung di pelbagai kawasan, kami akan terus memaklumkan mengenai hala tuju perkhidmatan kami, mendengar dengan teliti maklum balas pemain dan berusaha membina hubungan jangka panjang dengan komuniti kami selepas pelancaran."
Muat Turun Permainan
https://roz.mygnjoy.com/main?media=glbglpr1
Kekal Terhubung
Pemain boleh mengikuti saluran rasmi Ragnarok Zero: Global untuk mendapatkan berita dan perkembangan terkini.
Discord: https://discord.gg/bFg77WjcHT
Facebook: https://www.facebook.com/ragnarokzeroglobal/
Instagram: https://www.instagram.com/ragnarokzeroglobal/
YouTube: www.youtube.com/@RagnarokZeroGlobal
TikTok: https://www.tiktok.com/@ragnarokzeroglobal
SOURCE Gravity Game Unite SDN. BHD.
Share this article