Haier Umum Kerjasama Global dengan UEFA Champions League
Pencapaian baharu dalam pembinaan jenama memperkukuh hubungan Haier dengan pengguna global
BERLIN, 5 September 2026 /PRNewswire/ -- Haier, jenama perkakas rumah utama No.1 dunia, hari ini mengumumkan kerjasama global dengan UC3, yang menyaksikan Haier menjadi Rakan Global UEFA Champions League bermula musim 2027/28 hingga musim 2030/31.
Kerjasama selama empat tahun itu, yang berlangsung dari 1 Julai 2027 hingga 30 Jun 2031, memberikan Haier hak eksklusif di seluruh dunia dalam kategori perkakas rumah, televisyen dan skrin paparan komersial merentasi pelbagai pertandingan kelab UEFA, termasuk UEFA Champions League.
Lebih daripada sekadar penajaan komersial, kerjasama ini menggariskan peralihan Haier daripada sebuah syarikat perkakas yang diiktiraf di peringkat global ke arah membangunkan hubungan yang lebih erat dengan pengguna di seluruh dunia.
"Kerjasama ini merupakan pencapaian penting dalam strategi jenama global Haier," kata Wang Meiyan, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Jenama Haier Group. "UEFA Champions League menghimpunkan berjuta-juta peminat di seluruh dunia menerusi usaha bersama mengejar kecemerlangan. Menerusi kerjasama ini, kami menyasarkan untuk mendekatkan semangat dan jiwa juara kepada kehidupan seharian pengguna, sekali gus mencipta kemungkinan baharu menerusi teknologi pintar."
"Kami berbesar hati mengalu-alukan Haier sebagai rakan global baharu UEFA Champions League. Kehadiran antarabangsanya, keupayaan untuk berinovasi dan cita-cita untuk mencipta pengalaman yang semakin relevan kepada orang ramai menjadikan Haier rakan yang ideal untuk pertandingan ini. Bersama-sama, kami menyasarkan untuk membangunkan peluang baharu bagi melibatkan peminat di seluruh dunia dan mendekatkan mereka lagi dengan pertandingan kami, sambil meraikan emosi, kecemerlangan dan rasa kebersamaan yang menjadikan bola sepak Eropah unik," kata Guy-Laurent Epstein, Pengarah Urusan Bersama, UC3.
Daripada Pengiktirafan Global kepada Hubungan Global
Sejak memasuki pasaran antarabangsa pada 1991, Haier merupakan antara syarikat China terawal yang mengejar pertumbuhan global dengan membina jenamanya sendiri dan bukannya bergantung pada eksport produk. Sepanjang beberapa dekad, Haier telah membina kehadiran tempatan yang kukuh di lebih 200 negara dan rantau, dengan kedudukan peneraju di lebih 30 pasaran.
Kehadiran global ini disokong oleh rangkaian 10 pusat R&D, 35 taman perindustrian dan 173 pusat pembuatan di seluruh dunia. Dengan menggabungkan keupayaan global dengan pemahaman tempatan, Haier membangunkan produk, penyelesaian dan pengalaman yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan pengguna merentasi pasaran.
Pendekatan ini telah memacu pengiktirafan global yang berterusan. Haier telah menduduki tempat pertama sebagai jenama perkakas utama dunia berdasarkan jumlah jualan runcit selama 17 tahun berturut-turut dan telah diiktiraf dalam Kantar BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands (100 Teratas Jenama Global Paling Bernilai Kantar BrandZ) selama lapan tahun berturut-turut.
Berlandaskan rekod prestasi ini, Haier akan terus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran premium sambil membangunkan jenama, produk dan penyelesaian yang memenuhi jangkaan pengguna yang terus berkembang serta mencipta kemungkinan baharu untuk kehidupan pintar.
Menerajui Menerusi Teknologi, Menghubungkan Menerusi Sukan
Teknologi telah lama menjadi pemacu utama pembangunan global Haier. Ketika AI semakin disepadukan ke dalam produk, senario saling terhubung dan ekosistem kehidupan pintar, Haier berkembang daripada inovasi produk individu ke arah pengalaman yang lebih bersepadu di seluruh kediaman.
Hubungan antara perkembangan teknologi dalam kehidupan seharian dengan kedudukan sukan yang penting dalam budaya menyediakan platform yang berkuasa untuk membina hubungan lebih erat dengan pengguna. Selama lebih dua dekad, Haier telah membangunkan portfolio kerjasama sukan global yang merangkumi kelab bola sepak terkemuka, termasuk Paris Saint-Germain dan Liverpool Football Club, serta acara sukan antarabangsa utama termasuk Australian Open dan Roland-Garros.
Sepanjang beberapa tahun, pemasaran sukan Haier telah berkembang daripada membina keterlihatan jenama kepada mewujudkan hubungan lebih erat dengan pengguna menerusi kerjasama sukan global dan pengalaman yang relevan di peringkat tempatan. Selain bola sepak dan acara sukan antarabangsa yang mantap, Haier telah memperluas portfolio sukannya merentasi pasaran, termasuk badminton, larian maraton, kriket dan bola keranjang.
Kerjasama dengan pertandingan kelab UEFA, termasuk UEFA Champions League, UEFA Super Cup, UEFA Youth League Finals dan UEFA Futsal Champions League Finals, mewakili peringkat seterusnya dalam perjalanan ini. Dengan menggabungkan semangat dan kecemerlangan bola sepak elit dengan kemungkinan yang ditawarkan oleh kehidupan pintar, Haier menyasarkan untuk mencipta pengalaman yang melangkaui stadium dan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian pengguna.
Diperkenalkan semasa IFA 2026 di Berlin, salah satu pameran elektronik pengguna dan perkakas rumah terkemuka dunia, kerjasama itu memperkukuh komitmen Haier untuk membina hubungan yang lebih erat dengan pengguna di seluruh dunia. Bersama UEFA Champions League, Haier akan menghubungkan semangat juara dengan kehidupan pintar, sekali gus mencipta pengalaman baharu untuk pengguna dan peminat di seluruh dunia.
LATAR BELAKANG HAIER GROUP
Ditubuhkan pada 1984, Haier Group ialah penyedia global terkemuka bagi penyelesaian kehidupan lebih baik dan transformasi digital, dengan matlamat "More Creation, More Possibilities". Syarikat telah membangunkan 10 pusat R&D, 35 taman perindustrian dan 173 pusat pembuatan, dengan mencatatkan hasil global sebanyak US$59.8 bilion pada 2025. Haier telah disenaraikan dalam Kantar BrandZ Top 100 Most Valuable Global Brands selama lapan tahun berturut-turut. Selain itu, Haier telah menduduki kedudukan No.1 dalam Euromonitor International Global Major Appliances Brand selama 17 tahun berturut-turut. Haier mempunyai lapan syarikat tersenarai, dengan anak syarikatnya Haier Smart Home disenaraikan dalam Fortune Global 500 dan Fortune World's Most Admired Companies.
LATAR BELAKANG UC3
UC3 menyatukan badan pentadbir bola sepak Eropah UEFA dan European Football Clubs (EFC), yang mewakili lebih 800 kelab terkemuka Eropah, berlandaskan visi baharu untuk mengurus hak komersial pertandingan kelab UEFA ("UCCs"). Ia merupakan entiti komersial yang bertanggungjawab menjana hasil daripada UCCs dan mencipta nilai untuk rakan kongsi kami. UC3 menyelia pengurusan, jualan dan penyampaian semua hak komersial (termasuk hak media, penajaan dan pelesenan) bagi pertandingan kelab elit lelaki dan wanita UEFA.
SOURCE Haier Group
Share this article