Handshakes Lancarkan Ejen AI bagi Memacu Transformasi Usaha Wajar dan Penyiasatan Korporat
Berteraskan kepakaran kawal selia selama beberapa dekad, ejen dikuasakan AI versi beta ini melaksanakan usaha wajar, saringan risiko, penerimaan vendor dan semakan konflik kepentingan melalui aliran kerja yang mudah.
SINGAPURA, 26 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Handshakes, penyedia terkemuka risikan korporat dan data usaha wajar, hari ini mengumumkan pelancaran Handshakes Agent, alat penyiasatan yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI). Memanfaatkan pengalaman yang lebih sedekad dalam risikan kawal selia untuk mengautomasikan proses usaha wajar dari hujung ke hujung, saringan risiko, penerimaan vendor dan semakan konflik kepentingan (COI).
Handshakes Agent berfungsi menyerupai penganalisis berpengalaman berbanding alat AI yang rawak. Keistimewaan ejen ini terletak pada asasnya yang berteraskan amalan pengurusan risiko dan pematuhan dunia sebenar, disokong oleh kepakaran bidang yang dibangunkan menerusi kerjasama secara langsung selama bertahun-tahun bersama pengawal selia dan institusi kewangan di seluruh rantau ini. Selain data yang berstruktur, Ejen ini direka untuk menilai secara rasional sebagaimana yang di lakukan oleh pakar, — daripada cara mereka mengendalikan sesuatu kes dengan mengutamakan petunjuk amaran, hinggalah kepada cara penilaian risiko berkembang.
"Handshakes Agent menggabungkan pengalaman lebih sedekad bersama pengawal selia dan institusi kewangan ke dalam aliran kerja yang mempercepatkan usaha wajar dan penyiasatan," kata Ivan Seah, Ketua Pegawai Komersial Handshakes. "Ia mencerminkan evolusi analitik data yang lebih luas, daripada sekadar membekalkan data kepada penyampaian risikan yang boleh diambil tindakan oleh pelanggan."
Dengan hanya memasukkan nama entiti sebagai pertanyaan, Ejen ini mendapatkan laporan entiti daripada Handshakes, memetakan rangkaian pemilikan, menjalankan saringan terhadap pangkalan data risiko dan menghasilkan ringkasan tersintesis berdasarkan hasil dapatan. Keupayaan itu melengkapi Handshakes APP dengan ciri yang dipacui AI, yang dipertingkat bagi menyegerakan penyiasatan dan mengetengahkan cerapan, sekali gus melengkapkan pasukan pematuhan dengan alat yang diperlukan untuk mengurangkan risiko jenayah kewangan dan Risiko kawal selia dengan lebih berkesan.
Ejen ini berasaskan sumber data rasmi yang merangkumi daftar syarikat dan pasaran modal di ASEAN, senarai pantauan global bagi saringan sekatan dan PEP, rekod litigasi mahkamah, serta repositori Pengawalseliaan, Penguatkuasaan & Tata Tertib (Regulatory, Enforcement & Disciplinary - RED) milik Handshakes sendiri. Cerapan berkenaan turut disokong oleh peta entiti proprietari Handshakes, yang menterjemahkan hubungan rangkaian yang kompleks kepada visualisasi yang jelas dan intuitif.
Pelancaran itu menandakan evolusi dalam cara Handshakes mengedarkan risikannya dan mengendalikan pertanyaan kompleks dengan memanfaatkan model bahasa besar (LLM) serta penyambung Model Context Protocol (MCP) untuk mengikuti perkembangan struktur pemilikan rentas sempadan yang semakin kompleks dan tuntutan kawal selia yang dihadapi pelanggan pada masa ini. Keupayaan ini memudahkan pemantauan berterusan merentasi pelbagai darjah hubungan dalam pangkalan data graf Handshakes, sekali gus membolehkan risiko dan peluang dikenal pasti apabila ia muncul.
Untuk maklumat lanjut mengenai Handshakes Agent, kunjungi www.handshakes.ai.
Latar Belakang Handshakes
Handshakes ialah syarikat teknologi kawal selia dan data yang berkepakaran dalam risikan korporat dan cerapan data terbitan. Syarikat mengagregatkan data berautoriti daripada daftar korporat, hubungan perniagaan dan pasaran modal di seluruh ASEAN, sebelum menterjemahkannya kepada risikan yang boleh diambil tindakan menerusi teknologi pemetaan dan analitik proprietari. Handshakes APP yang memenangi anugerah, membolehkan pengguna mengenal pasti hubungan tersembunyi antara individu dan organisasi sehingga tiga darjah hubungan, sekali gus membantu profesional dalam bidang risiko, pematuhan, audit dan penyiasatan mengenal pasti pemilikan bermanfaat muktamad serta potensi konflik kepentingan. Handshakes dipercayai oleh pengawal selia dan institusi kewangan di seluruh Asia untuk menyokong proses membuat keputusan yang lebih bermaklumat menerusi risikan yang lebih mendalam.
SOURCE Handshakes
Share this article