Hanwha Life Invitational Himpunkan Bakat Muda Golf Wanita dari 6 Negara Asia di Pentas Antarabangsa
Kejohanan golf wanita remaja edisi sulung di Korea Selatan melabuhkan tirai dengan jayanya, membuka jalan kepada pemain muda untuk mengasah bakat dan menimba pengalaman antarabangsa.
- Yoonju Ahn (Korea Selatan) dinobatkan sebagai juara sulung dengan keputusan keseluruhan 205 pukulan (-11 par).
- Pemain golf wanita remaja dari 6 negara (Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Thailand, Malaysia dan Singapura) bersaing sengit sepanjang 3 hari kejohanan.
- Hanwha Life terus komited menyokong pembangunan bakat muda dan menyediakan peluang melangkah ke panggung golf dunia.
ANSAN, Korea Selatan, 20 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Kejohanan Golf Wanita Remaja Asia Hanwha Life Invitational (Hanwha Life Invitational Asia Junior Women's Golf Tournament) yang julung kali diadakan telah rasmi melabuhkan tirainya pada 8 Oktober lalu di The Heaven Country Club, Ansan, Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan.
Berlangsung selama tiga hari dari 6 hingga 8 Oktober, kejohanan ini menghimpunkan pemain golf wanita remaja berbakat dari 6 negara, iaitu Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Thailand, Malaysia dan Singapura. Ajang ini menjadi platform penting buat atlet muda untuk menguji potensi serta bertukar pengalaman bersama rakan seperjuangan dari seluruh rantau Asia.
Pemain golf Korea Selatan Yoonju Ahn (17 tahun), yang mewakili Persatuan Golf Wilayah Gyeonggi, berjaya merangkul gelaran juara sulung dengan keputusan keseluruhan 205 pukulan (-11 par) selepas tiga pusingan. Ahn mengekalkan ketenangan dan konsistensi permainannya sepanjang kejohanan walaupun berdepan dengan susun atur padang yang mencabar, sekali gus mengatasi barisan pemain muda berbakat dari seluruh Asia.
Yoonju Ahn berkata: "Menjadi juara sulung dalam kejohanan yang menghimpunkan pemain golf remaja cemerlang dari 6 negara Asia merupakan satu penghormatan besar buat saya. Bersaing bersama pemain golf hebat dari negara lain memberikan motivasi kepada saya. Ia juga merupakan peluang yang amat bermakna untuk memperoleh pengalaman yang diperlukan bagi bersaing di pentas antarabangsa pada masa hadapan."
Sementara itu, pemain golf Thailand Chonpansa Tawinsang (18 tahun) menamatkan kejohanan sebagai naib juara, sekali gus menyerlahkan mutu dan potensi tinggi yang dimiliki oleh para peserta dalam kejohanan tersebut.
Chonpansa Tawinsang menambah: "Berpeluang bersaing dengan pemain golf yang hebat di padang yang disediakan dengan baik tetapi tetap mencabar merupakan pengalaman yang sangat berharga. Saya juga tidak sabar untuk berpeluang bertemu dengan pemain golf profesional terkemuka pada acara Pro-Am Hanwha PLUS International Crown 2027 kelak."
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memupuk bakat golf muda di seluruh Asia, Hanwha Life menyediakan bantuan kepada atlet yang mencatat keputusan cemerlang, di samping menawarkan jemputan khas untuk menyertai acara Pro-Am Hanwha PLUS International Crown 2027. Inisiatif ini bertujuan membantu atlet muda meluaskan pandangan, memperkaya pengalaman bertanding, serta mengambil langkah bermakna ke arah peluang yang lebih besar di pentas antarabangsa.
Ditubuhkan pada tahun 1946 sebagai syarikat insurans hayat pertama di Korea Selatan, Hanwha Life kini merupakan antara syarikat insurans hayat terkemuka di negara itu dan sebahagian daripada Hanwha Group — konglomerat kelima terbesar di Korea Selatan berdasarkan jumlah aset. Dengan rangkaian operasi luar negara yang paling meluas dalam kalangan syarikat insurans hayat Korea Selatan, Hanwha Life terus mengembangkan kehadirannya di Asia Tenggara menerusi operasi insurans hayat di Vietnam dan Indonesia.
Bagi Hanwha Life, penganjuran kejohanan sulung ini mencerminkan komitmen nyata syarikat untuk menyokong pembangunan generasi bakat baharu di seluruh Asia melalui sukan. Berbekalkan kehadirannya yang telah lama bertapak di rantau ini, kejohanan tersebut berjaya menghimpunkan pemain golf remaja berpotensi dari 6 negara, sekali gus menawarkan peluang kepada mereka untuk mencabar kemampuan diri dan meningkatkan pengalaman bersaing di peringkat antarabangsa.
Wakil daripada Hanwha Life menyatakan: "Kami amat berbangga kerana kejohanan edisi sulung ini berjaya dianjurkan dengan cemerlang, sekali gus memberikan peluang kepada pemain golf remaja dari 6 negara Asia untuk mempamerkan kebolehan dan potensi terbaik masing-masing."
"Kami akan terus komited menyokong pembangunan bakat muda yang berpotensi melalui sukan, di samping menyumbang secara aktif kepada usaha memperluas penyertaan dan memajukan sukan golf di seluruh rantau Asia."
Sorotan (highlight) Kejohanan Golf Wanita Remaja Asia Hanwha Life Invitational dijadualkan disiarkan menerusi saluran SBS Golf pada Rabu, 28 Oktober 2026, jam 8.00 malam KST (Waktu Piawai Korea) atau jam 7.00 malam waktu Malaysia. Selain itu, liputan dan kandungan video berkenaan kejohanan ini juga akan tersedia di platform YouTube.
SOURCE Hanwha Life
Share this article