HCLTech dan Anthropic menandatangani Perkongsian Perdana Global untuk mengembangkan AI Agentik yang ditadbir urus merentasi perusahaan global
HCLTech akan menubuhkan Unit Perniagaan Anthropic dan Pusat Kecemerlangan (CoE) khusus untuk mempercepat penempatan Claude dalam persekitaran perusahaan
HCLSoftware menjadi rakan kongsi Anthropic ISV, membenamkan Claude dan Claude Code ke dalam produk perusahaan terpilih dengan garis panduan keselamatan sempadan
SANTA CLARA, Calif. dan NOIDA, India, 13 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- HCLTech (NSE: HCLTECH) (BSE: HCLTECH), syarikat teknologi global yang terkemuka, pada hari ini mengumumkan Perkongsian Perdana Global dengan Anthropic, untuk mempercepat penerimagunaan AI Agentik perusahaan dengan tumpuan kepada keselamatan, keselamatan siber dan tadbir urus. Pasukan perkhidmatan HCLTech akan membina penyelesaian dan penawaran industri yang dikuasakan oleh Claude, Cowork dan Claude Code, sementara HCLSoftware, sebagai rakan kongsi Anthropic ISV, akan membenamkan ke dalam produk perusahaan yang terpilih.
HCLTech akan menubuhkan Unit Perniagaan Anthropic dengan Pusat Kecemerlangan (CoE) yang khusus untuk membina penyelesaian AI Agentik dan menyediakan persekitaran medan ujian yang selamat untuk penempatan perusahaan Claude melalui FDE. Inisiatif ini juga akan membantu pelanggan mengamalkan amalan kejuruteraan natif AI, melatih tenaga kerja masing-masing dan membina keupayaan organisasi yang diperlukan untuk mengendalikan AI Agentik dengan selamat secara besar-besaran.
Sebagai ISV, HCLSoftware akan membenamkan keupayaan Claude dan mempunyai akses kepada model canggih untuk disepadukan ke dalam produk perusahaan terpilih merentasi keselamatan siber, automasi, serta aplikasi proses perniagaan dan pembangunan aplikasi, termasuk HCL BigFix dan HCL AppScan, sambil membolehkan penganalisis AI Actian.
Selain itu, HCLTech akan menyepadukan Claude dan Claude Code dalam platform kejuruteraan perisian agentik AI Force merentasi perkhidmatan sokongan IT, pemulihan kod dan pekerja digital. Aliran kerja ini disokong oleh garis panduan dasar, pengendalian pengecualian dan pengawasan manusia untuk perubahan berimpak tinggi.
"AI hanya boleh menjadi berguna sekiranya boleh dipercayai dan kami membina Claude bertujuan memberikan keyakinan kepada syarikat untuk membawanya ke dalam kerja masing-masing yang paling sensitif dan bernilai. HCLTech menguruskan sistem jenis tersebut untuk bank, hospital, syarikat telekomunikasi dan pengilang, serta kami amat teruja untuk bekerjasama dengan perniagaan berkenaan kerana masing-masing menyepadukan Claude dan Claude Code. Perkongsian ini — dan komitmen kami yang lebih luas untuk memajukan keupayaan dan keselamatan bersama-sama — merupakan cara AI akan mengubah cara seluruh industri berjalan menjadi lebih baik," kata Daniela Amodei, Pengasas Bersama dan Presiden Anthropic.
"Tidak banyak syarikat teknologi yang menggabungkan skala penyepadu sistem global dengan kedalaman produk ISV. Ini memberi kami kelebihan yang jarang berlaku untuk merekabentuk dan menempatkan AI Agentik dengan selamat secara besar-besaran dan menyampaikan hasil perniagaan yang paling penting kepada pelanggan kami. Perkongsian kami dengan Anthropic mengukuhkan lagi keupayaan kami untuk mencapai perkara yang sama," kata C Vijayakumar, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, HCLTech.
Kerjasama ini dibina berasaskan keupayaan AI HCLTech yang lebih luas merentasi kejuruteraan, data, awan dan perisian. Melalui penggabungan keupayaan ini dengan komitmen Anthropic untuk memajukan AI dan keselamatan bersama-sama, HCLTech akan membantu pelanggan beralih daripada eksperimen AI kepada penempatan perusahaan dengan selamat dan secara besar-besaran.
Maklumat Tentang HCLTech
HCLTech ialah syarikat teknologi global dengan lebih daripada 223,000 tenaga kerja merentasi 60 negara, menyediakan keupayaan terkemuka industri yang tertumpu kepada AI, digital, kejuruteraan, awan dan perisian, dikuasakan oleh portfolio perkhidmatan dan produk teknologi yang luas. Kami bekerjasama dengan pelanggan merentasi semua industri utama, menyediakan penyelesaian industri untuk Perkhidmatan Kewangan, Pembuatan, Sains Hayat dan Penjagaan Kesihatan, Teknologi & Perkhidmatan, Semikonduktor, Telekomunikasi dan Media, Peruncitan dan CPG, Mobiliti dan Perkhidmatan Awam. Jumlah hasil terkumpul bagi tempoh 12 bulan yang berakhir pada Jun 2024 ialah sebanyak $14.8 bilion. Untuk mengetahui cara kami boleh mempercepat kemajuan anda, sila kunjungi hcltech.com.
Untuk butiran lanjut, sila hubungi:
Meredith Bucaro, Amerika - [email protected]
Elka Ghudial, Eropah - [email protected]
James Galvin, APAC - [email protected]
Nitin Shukla, India, Timur Tengah & Afrika- [email protected]
Share this article