Hisense Permudah Rutin Dobi Harian dengan Penjagaan Lebih Pintar
QINGDAO, China, 19 November 2026 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama terkemuka dunia dalam industri elektronik pengguna dan perkakas rumah, percaya bahawa teknologi sepatutnya menyatu secara semula jadi dengan kehidupan seharian. Mesin basuh dan pengering pam haba 5i keluaran syarikat membawa falsafah ini ke ruang dobi dengan menggabungkan reka bentuk bersaiz standard dan dram lebih besar untuk kapasiti yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, perkakas ini dapat dipasang dengan kemas dalam kabinet sedia ada serta mengurangkan keraguan pengguna ketika menguruskan cucian harian.
Bagi kebanyakan orang, rutin mencuci pakaian sering disertai persoalan yang sama: Adakah baju sejuk kasmir kesayangan akan hilang bentuk asalnya? Selamatkah fabrik ini dikeringkan menggunakan mesin pengering? Kitaran manakah paling sesuai untuk muatan pakaian bercampur? Dan di manakah ruang untuk mengeringkan semuanya? Model 5i direka khusus bagi menangani kebimbangan ini dengan menghimpunkan ciri Gentle Care, kapasiti Fit&Max, empat penarafan kelas A di bawah label tenaga Kesatuan Eropah (EU) serta AI Super Wash & Dry dalam satu perkakas.
Sistem pengeringan pam haba model ini mengekalkan suhu Gentle Dry yang tepat pada 40°C, jauh lebih rendah berbanding mesin pengering kondenser konvensional. Suhu yang lebih rendah membolehkan fabrik dijaga dengan lebih lembut, sementara haba dikitar semula untuk meningkatkan kecekapan. Dengan kapasiti basuhan 12 kg dan pengeringan 8 kg, dramnya yang luas mampu menampung lebih banyak pakaian, manakala reka bentuk bersaiz standard memudahkannya disesuaikan dengan ruang kediaman.
Kepintaran model 5i terserlah menerusi ciri AI Super Wash & Dry. Sebanyak 13 sensor memantau pelbagai faktor, termasuk berat muatan, tahap kesadahan air dan suhu, sebelum melaraskan kitaran secara automatik mengikut keperluan setiap muatan. Kecekapan tenaga 4A yang ditawarkan turut membantu mengurangkan kos penggunaan tenaga bagi rutin dobi harian.
Pendekatan yang sama turut diterapkan dalam AI Companion Laundry Suite keluaran Hisense, yang diperkenalkan pada IFA 2026. Dengan mengenal pasti ciri-ciri pakaian, sistem ini memilih kitaran basuhan dan pengeringan yang bersesuaian secara automatik, kemudian melaraskan proses mengikut keperluan. Hasilnya, pengguna hanya perlu memasukkan pakaian dan membiarkan mesin menjalankan tugas dengan lebih lancar. Bagi Hisense, teknologi pintar seharusnya berfungsi tanpa banyak disedari di sebalik tabir, memudahkan rutin harian dan memberikan pengguna lebih banyak masa untuk menikmati detik-detik yang menceriakan kehidupan.
Latar Belakang Hisense
Ditubuhkan pada 1969, Hisense ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global dalam industri perkakas rumah dan elektronik pengguna, dengan operasi di lebih 180 negara. Syarikat ini mengkhusus dalam penyediaan produk multimedia berkualiti tinggi, perkakas rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki tempat pertama di dunia bagi segmen televisyen bersaiz 100 inci dan ke atas sepanjang tempoh 2023 hingga separuh pertama 2026. Sebagai pelopor RGB MiniLED, Hisense terus menerajui inovasi RGB MiniLED generasi akan datang. Selaku Rakan Kongsi Rasmi UEFA EURO 2028, Hisense meneruskan legasi kerjasama sukan globalnya dengan mendekatkan masyarakat kepada detik-detik yang menyatukan peminat di seluruh dunia.
SOURCE Hisense


Share this article