Huawei ketengahkan Ketersambungan Pintar dan Transformasi AI pada M360 ASEAN 2026
KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 September 2026 /PRNewswire/ -- Huawei memainkan peranan aktif sebagai rakan Acara GSMA M360 ASEAN 2026, dengan menyumbang perspektif peneraju industri, pandangan teknologi dan penyelesaian kolaboratif bagi menyokong peralihan rantau ini ke arah ekonomi pintar. Sepanjang acara itu, Huawei mengambil bahagian dalam perbincangan industri utama yang merangkumi rangkaian mudah alih pintar, kepercayaan digital, transformasi AI dan keterangkuman digital, dengan mengetengahkan bagaimana sinergi antara ketersambungan termaju, pengkomputeran dan kecerdasan buatan boleh mewujudkan nilai baharu untuk pengendali, industri dan negara di seluruh ASEAN.
Pada sesi Ucaptama M360 ASEAN, Calvin Zhao, Presiden Barisan Produk MAE, Penyelesaian Rangkaian Tanpa Wayar, Huawei, berkongsi visi Huawei untuk masa depan rangkaian mudah alih pintar. Beliau mengulas, "Ketika ekonomi digital ASEAN memasuki era pintar, Ejen AI (AI Agent) membentuk semula industri dan mentakrifkan semula rangkaian tanpa wayar. Huawei Agentic MBB memacu peralihan daripada pengurangan kos kepada pertumbuhan hasil, manakala OpenAN (Autonomous Network) menyediakan seni bina sumber terbuka dan standard antara muka ejen yang memperkasakan tulang belakang rangkaian ekonomi digital."
Pada Sidang Kemuncak Kepercayaan Digital, Huawei mengetengahkan kepentingan infrastruktur digital yang berdaya tahan dalam memperkukuh kepercayaan di seluruh ASEAN. Sesi itu meneroka bagaimana sistem amaran awal berdaya AI, ketersambungan satelit dan rangkaian yang teguh boleh membantu melindungi komuniti, menyokong kesinambungan ekonomi dan meningkatkan daya tahan masyarakat. Huawei menyeru perlunya kesiapsiagaan yang proaktif, daya tahan tenaga dan kerjasama awam-swasta yang lebih kukuh demi membina negara digital yang dipercayai.
Komitmen Huawei untuk mempercepat transformasi pintar di seluruh Asia Pasifik turut mendapat pengiktirafan pada GSMA APAC Digital Nation Awards 2026, apabila Huawei menerima 'Anugerah Video Kecemerlangan dalam Inovasi' ('Excellence in Innovation Video Award'). Anugerah itu mengiktiraf kerjasama Huawei dengan XLSMART Indonesia dalam penyelesaian 5G SD-WAN bersepadu yang direka untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), membantu perniagaan dalam sektor peruncitan, perbankan, pendidikan dan sektor industri lain melaksanakan ketersambungan yang selamat dan dipermudah dengan kecekapan operasi yang lebih baik.
Selain mempelopori pameran teknologi dan menerajui perbincangan industri, Huawei turut menyumbang kepada pandangan dan penyelidikan industri yang lebih luas mengenai transformasi AI. Dengan kerjasama GSMA Intelligence, Huawei menyokong pembangunan laporan penyelidikan yang terkini, "AI and the token economy: telco role, telco value" ("AI dan ekonomi token: peranan syarikat telekomunikasi, nilai syarikat telekomunikasi") yang menyediakan kerangka strategik mengenai bagaimana syarikat telekomunikasi boleh mengambil peranan baharu dan meraih peluang pertumbuhan baharu dalam ekonomi AI yang sedang berkembang.
Berteraskan momentum serantau APAC, penyelidikan itu meneroka peranan baharu syarikat telekomunikasi dalam rantaian nilai AI dan model pengewangan berkaitan token AI, penghalaan pintar serta infrastruktur pinggiran berskala nasional bagi mengupayakan penciptaan nilai. Dalam mengetengahkan titik lengkok balas yang kritikal ini, Encik Terry He, Presiden Huawei Rantau Asia Pasifik, menegaskan bahawa ketika pertumbuhan 5G yang semakin rancak membuka nilai ekonomi sebanyak USD 1.4 trilion menjelang 2030, AI akan memangkinkan sambungan hiperpintar, mendorong syarikat telekomunikasi untuk memanfaatkan aset rangkaian merata mereka serta identiti yang dipercayai bagi membina asas autonomi dan terbuka untuk ekosistem AI serantau. Penerbitan ini direka khusus untuk eksekutif syarikat telekomunikasi, pembuat dasar kerajaan, peneraju industri dan ekosistem digital yang ingin memahami ekonomi yang mendasari serta transformasi pintar yang membentuk infrastruktur AI generasi seterusnya dan masa depan digital.
Menerusi inovasi teknologi, kerjasama industri dan perkongsian ekosistem, Huawei terus bekerjasama dengan pengendali, kerajaan dan perusahaan di seluruh Asia Pasifik untuk memajukan ketersambungan pintar dan mengupayakan masa depan digital yang lebih berdaya tahan, inklusif dan mampan.
SOURCE Huawei
Share this article