Huawei Lancar Fintelligent AI Solution Bantu Institusi Kewangan Global Realisasikan "Miliki AI Anda, Miliki Kecerdasan Anda"
Dibina berasaskan platform ejen sumber terbuka bertaraf kewangan openJiuwen dan infrastruktur pengkomputeran terbuka, Huawei membangunkan Agent Factory, Token Factory dan Data-Knowledge Factory untuk mempercepat pelaksanaan ejen bertaraf pengeluaran pada skala besar.
SHANGHAI, 22 September 2026 /PRNewswire/ -- Semasa HUAWEI CONNECT 2026 berlangsung, Huawei menganjurkan Sidang Kemuncak Kewangan Global. Jason Cao, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Kewangan Digital Huawei, menyampaikan ucaptama bertajuk "Memiliki AI Anda, Memajukan Perbankan Berejen" ("Owning Your AI, Advancing Agentic Banking"), dengan mengemukakan proposisi "Miliki AI Anda, Miliki Kecerdasan Anda" ("Own Your AI, Own Your Intelligence") kepada pelanggan kewangan global serta melancarkan Huawei Fintelligent AI Solution di seluruh dunia.
Penyelesaian itu memberi tumpuan kepada cabaran utama yang dihadapi berhubung pelaksanaan AI secara berskala besar dalam industri kewangan global, termasuk keselamatan, kebolehskalaan dan kemampanan. Penyelesaian berkenaan membantu institusi kewangan membangunkan sistem keupayaan baharu dan, menerusi tiga kilang pintar — Agent Factory, Token Factory dan Data-Knowledge Factory — terus membina dan mengembangkan seni bina AI perusahaan, asas ejen sehenti, kecerdasan domain perbankan serta operasi Token kitaran hayat penuh mereka, sekali gus mempercepat peralihan kepada Kewangan Berejen (Agentic Finance).
Jason Cao berkata, "Persaingan dalam AI kewangan sedang beralih daripada keupayaan model kepada keupayaan sistem AI seluruh perusahaan. Setiap institusi kewangan harus memiliki AI mereka sendiri dan memastikan pilihan serta evolusi AI kekal dalam kawalan mereka sendiri. Memiliki AI anda sendiri dalam erti kata sebenar bukan sekadar menggunakan model tertentu atau melaksanakan beberapa aplikasi AI. Hal ini bermakna berupaya untuk membuat pilihan secara bebas, beroperasi dengan selamat, mereplikasi pada skala besar dan terus mengembangkan keupayaan AI anda. Melalui seni bina, platform dan pengkomputeran terbuka, Huawei akan bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk membawa AI secara berskala besar ke dalam operasi perniagaan teras serta mempercepat peralihan kepada Kewangan Berejen."
Agent Factory memperluas AI menjadi keupayaan seluruh perusahaan; Token Factory memberikan nisbah harga-prestasi yang lebih baik serta pengurusan Token kitaran hayat penuh yang mampan; manakala Data-Knowledge Factory mengumpulkan aset pengetahuan untuk membolehkan institusi kewangan membina kecerdasan sebagai keupayaan dalaman. Secara bersama, ketiga-tiga kilang pintar itu menghubungkan data, pengetahuan, Token dan keupayaan ejen.
Agent Factory memberi tumpuan untuk membantu bank membina, menjalankan dan mengurus ejen pada skala besar, seterusnya membolehkan keupayaan AI beralih daripada aplikasi terpencil kepada kecerdasan seluruh perusahaan, sambil menyokong pengumpulan, penggunaan semula dan pengurusan bersepadu aset ejen.
openJiuwen ialah platform ejen sumber terbuka yang direka untuk kerjasama berbilang ejen, dengan kebolehpercayaan bertaraf perusahaan dan afiniti pengkomputeran. Dibina berasaskan inti pengeluaran bertaraf kewangan, ia menyediakan tiga keupayaan teras: operasi jangka panjang yang stabil, komponen bertaraf kewangan serta pembangunan dan operasi sehenti. openJiuwen menyediakan asas perusahaan bersepadu bagi membolehkan institusi kewangan membina, menjalankan, mengurus dan mentadbir ejen pada platform ejen yang sama.
Huawei melancarkan TokeNexus, penyelesaian operasi Token kitaran hayat penuh yang merangkumi perancangan Token, pengeluaran cekap, penjadualan pintar dan pengoptimuman global, sekali gus membolehkan operasi serta pengurusan yang bersepadu dalam keseluruhan kitaran hayat Token. Melalui tadbir urus bersepadu hujung-ke-hujung, TokeNexus membantu institusi kewangan memperluas AI pada skala besar sambil memastikan kos dapat dikawal, prestasi boleh dipercayai dan bekalan mampan.
Huawei mencadangkan Data-Knowledge Factory, yang mengubah data, dokumen dan peraturan bank menjadi pengetahuan yang boleh difahami, dipercayai dan digunakan oleh ejen, mengumpulkannya secara beransur-ansur menjadi Domain Intelligence milik setiap bank.
Pada sidang kemuncak itu, Huawei melancarkan Financial Agentic Data Solution. Berteraskan saluran data dan pengetahuan, penyelesaian tersebut menyediakan data dan pengetahuan berkualiti tinggi kepada ejen kewangan, membolehkan data dan pengetahuan bernilai tinggi mengalir secara berterusan kepada ejen. Berasaskan evolusi ini, Data-Knowledge Factory mewujudkan laluan penaiktarafan yang sistematik daripada pembekalan data kepada pembekalan pengetahuan.
AI Coding Solution Huawei mengguna pakai pendekatan berteraskan ontologi untuk mengubah peraturan perniagaan bernilai yang tersembunyi dalam kod sistem legasi menjadi aset pengetahuan yang boleh digunakan semula serta boleh difahami dan digunakan oleh AI, sekali gus mempercepat pemodenan teras.
Pada sidang kemuncak berkenaan, Huawei turut berganding dengan wakil daripada sektor perbankan, insurans, sekuriti dan rakan kongsi industri untuk memperkenalkan Huawei Global Financial Lighthouse 2026, yang mengetengahkan sembilan amalan terbaik (lighthouse) serta menyediakan kes rujukan bagi transformasi digital dan pintar merentasi industri kewangan global.
Huawei telah terlibat secara mendalam dalam industri kewangan selama 16 tahun. Sehingga kini, syarikat telah memberi perkhidmatan kepada lebih 7,100 pelanggan kewangan di lebih 80 negara dan wilayah, termasuk 54 daripada 100 bank terkemuka dunia.
SOURCE Huawei Technologies Co., Ltd
Share this article