MUNICH, 3 September 2026 /PRNewswire/ -- Huawei memulakan acara pelancaran produk inovatif global "Chase the Wild" pada 2 September di SHOWPALAST Munich, Jerman. Huawei memperkenalkan portfolio menyeluruh peranti utama yang baharu merentasi empat kategori utama: peranti boleh pakai pintar, tablet, telefon pintar dan audio. Acara itu menyerlahkan komitmen Huawei untuk mengintegrasikan teknologi pintar secara lancar ke dalam kehidupan harian, sekali gus memperkasakan pengguna untuk mengejar minat mereka dengan bebas dan penuh bertenaga.
Huawei Unveils Next-Gen Flagship Products at "Chase the Wild" Global Innovative Product Launch Event in Munich
HUAWEI WATCH GT 7 Pro
HUAWEI WATCH 6
Chase the Wild
Wild ialah daya tenaga yang santai—melangkah bebas, meneroka dengan penuh berani. Wild juga merupakan teknologi untuk semua—kuasa yang tidak kelihatan di sisi anda. Wild ialah percikan semangat, kegembiraan dan ekspresi diri yang bebas tanpa kawalan. Syarikat menekankan bahawa produk terbaharunya direka untuk menjadi pelengkap semula jadi kepada kehidupan pengguna, sama ada ketika mereka meneroka kawasan luar, merakam pengembaraan atau mencapai potensi kreatif yang baharu.
Menjadi tumpuan utama, HUAWEI WATCH GT 7 Series mentakrifkan semula kategori jam tangan pintar sukan menerusi peningkatan menyeluruh dari segi reka bentuk, keupayaan sukan luar, pengurusan kesihatan dan hayat bateri. Siri itu menampilkan tali jam tangan EasyCross baharu. Model GT 7 tersedia dalam edisi 46 mm dan 41 mm dengan lapan pilihan warna, manakala GT 7 Pro menawarkan tiga kombinasi warna serta dilengkapi bezel seramik berteknologi nano dan bingkai tengah aloi titanium untuk ketahanan yang dipertingkat. Bagi peminat sukan, GT 7 Series memperkenalkan pengesanan selekoh berasaskan pergelangan tangan dan pengesanan G-Force yang pertama dalam industri, selain mod sukan salji kawasan tertutup baharu dan pemetaan ski luar yang merangkumi lebih 3,000 pusat peranginan di seluruh dunia. Ciri berbasikal kini merangkumi perancangan laluan bagi pendakian, amaran cerun dan amaran selekoh tajam. Dari aspek kesihatan, Health Insights yang dinaik taraf menawarkan ciri baharu seperti skor Physical Readiness (Kesediaan Fizikal) dan analisis kesihatan pintar, yang memberikan saranan kesejahteraan yang lebih jelas serta boleh diambil tindakan.
Selepas berehat selama setahun, HUAWEI WATCH 6 Series utama pintar yang serba lengkap kembali semula ke pasaran Eropah. Dengan mengetengahkan reka bentuk dengan tahap kecerdasan tinggi, mod senaman termaju dan analisis senaman dipacu AI, jam tangan itu menyokong fungsi panggilan bebas, navigasi dan pembayaran. Ciri Health Glance[i], Health Insights[ii], dan Healthy Living[iii] yang dipertingkat menjadikan pengurusan kesihatan yang proaktif lebih intuitif berbanding sebelum ini.
Huawei turut melancarkan secara rasmi HUAWEI WATCH D3, alat pemantau tekanan darah generasi seterusnya yang telah memperoleh pensijilan perubatan CE-MDR Eropah. Peranti itu kini menyokong pengukuran tekanan darah sebelum dan selepas bersenam, di samping peringatan pengukuran tekanan darah pintar; menyediakan pengurusan tekanan darah berasaskan pergelangan tangan yang lebih menyeluruh. Pencapaian ini menyaksikan satu langkah penting ke hadapan untuk Huawei dalam bidang pengurusan kesihatan digital.
Bagi produktiviti dan kreativiti, Huawei memperkenalkan HUAWEI MatePad Pro 12-inci, tablet utama yang berukuran hanya 4.7 mm tebal dan berat 454 gram. Peranti itu menampilkan OLED PaperMatte Display fleksibel 12-inci, digandingkan dengan penukaran pertuturan kepada teks berasaskan AI, penambahbaikan tulisan tangan berasaskan AI dan Gerakan udara menggunakan stilus bagi membolehkan pengguna berkarya dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Dari segi peranti audio, Huawei melancarkan HUAWEI FreeBuds Neo Series, yang direkayasa untuk gaya hidup moden dengan reka bentuk baharu dan bunyi imersif. Bagi telefon pintar pula, HUAWEI nova 16s series membuat penampilan sulungnya dengan menawarkan pengalaman diperbaharui yang ditonjolkan menerusi keupayaan fotografi potret yang luar biasa.
Bagi melabuhkan tirai acara, Huawei mengumumkan pembukaan global "GoPaint" Worldwide Creating Activity 2026, yang pada tahun ini menambah kategori "Easy Creation" baharu bagi menggalakkan penyertaan yang lebih meluas dalam ekspresi seni. Huawei menegaskan semula misi berterusannya untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna global menerusi inovasi termaju, sambil meneroka bagaimana teknologi boleh menjadi teman yang sentiasa bersama dalam usaha mengejar minat dan meneroka penemuan baharu.
[i] Ciri ini bukan bertujuan untuk kegunaan perubatan. Hasil yang diberikan adalah untuk rujukan sahaja dan tidak boleh digunakan sebagai asas bagi diagnosis perubatan atau rawatan.
[ii] Ciri ini bukan bertujuan untuk kegunaan perubatan. Hasil yang diberikan adalah untuk rujukan sahaja dan tidak boleh digunakan sebagai asas bagi diagnosis perubatan atau rawatan
[iii] Ciri ini tidak bertujuan untuk kegunaan perubatan. Hasil yang diberikan adalah untuk rujukan sahaja dan tidak boleh digunakan sebagai asas bagi diagnosis atau rawatan perubatan.
Share this article