ICP DAS-BMP Bawakan Portfolio TPU Perubatan Termaju ke Medical Manufacturing Asia 2026
HSINCHU, 25 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- ICP DAS-BMP (Biomedical Polymers), pengeluar dan pembekal TPU (termoplastik poliuretana) gred perubatan yang berpangkalan di Taiwan, akan mengadakan pameran di Medical Manufacturing Asia 2026, yang berlangsung dari 9–11 September di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre, Singapura (Reruai 2U20). Turut mengadakan pameran bersama-sama rakan kongsi pembuatannya, Towards Buddha Co., Ltd., syarikat akan mempamerkan portfolio TPU perubatannya yang komprehensif, di samping turut memperkenalkan perkhidmatan penyemperitan tiub perubatan serta pembuatan kontrak (OEM/ODM) bersepadu untuk pengeluar peranti perubatan.
Tumpuan utama akan diberikan kepada dua inovasi TPU yang dapat memenuhi keperluan kritikal dalam pembuatan peranti perubatan: Low-Migration Series dan Low-Friction Series.
Low-Migration Arothane™ ARP-B20 TPU mematuhi piawaian ISO 10993 dan sesuai untuk implantasi sehingga 90 hari. Formulasi uniknya meminimumkan perpindahan bahan tambah ke permukaan peranti perubatan yang telah diproses, sekali gus membantu mengekalkan kestabilan jangka panjang.
Low-Friction Series pula mempunyai permukaan licin secara semula jadi yang menghapuskan keperluan terhadap lapisan perlindungan atau pascapemprosesan. Diperbuat sepenuhnya daripada TPU serta bebas daripada PFAS dan pemplastik, sifat geseran rendahnya memberikan keselesaan dan kawalan yang lebih baik kepada ahli profesional perubatan ketika mengendalikan kateter invasif dengan wayar panduan, seperti tiub nasogastrik dan kateter vena pusat.
ICP DAS-BMP akan turut memperkenalkan portfolio TPU yang komprehensif untuk aplikasi perubatan. Siri ARP, ALP dan ALC menyokong peranti dengan tempoh sentuhan Terhad, Berpanjangan dan Jangka Panjang mengikut piawaian ISO 10993-1. Bagi aplikasi radiolegap, siri ARP/ALP/ALC-B20/B40 mengandungi 20–40% barium sulfat, manakala siri ARP-W/WG diformulasikan dengan 40–60% tungsten bagi meningkatkan keterlihatan dalam peranti invasif atau boleh implan. Siri Engineering Arothane™ EARP, yang terkenal dengan ciri kejernihan dan kekuatan mekanikalnya, amat sesuai untuk komponen ortodontik, penyambung Luer-Lock serta komponen jitu yang lain.
Di Reruai 2U20, para pengunjung boleh meneroka portfolio TPU perubatan yang lengkap daripada ICP DAS-BMP serta mendapatkan khidmat rundingan daripada ICP DAS-BMP dan Towards Buddha mengenai pemilihan bahan, penyemperitan tiub perubatan serta penyelesaian pembuatan kontrak (OEM/ODM) yang disesuaikan mengikut keperluan projek masing-masing.
Latar Belakang ICP DAS-BMP
ICP DAS-BMP ialah pengeluar dan pembekal TPU terkemuka yang berpangkalan di Taiwan, diperakui oleh ISO 13485 dan mengendalikan makmal khusus yang memberi tumpuan kepada pengurusan kualiti. Dengan memanfaatkan kepakaran dalam automasi industri selama lebih 30 tahun daripada syarikat induknya, ICP DAS, ICP DAS-BMP melaksanakan amalan kilang pintar bagi meningkatkan kualiti produk serta memendekkan tempoh penghantaran. Syarikat menyediakan sokongan pascajualan yang responsif serta penyelesaian fleksibel, meskipun untuk kuantiti pesanan yang kecil bagi memastikan kepuasan pelanggan dan membina hubungan kerjasama jangka panjang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://bmp.icpdas.com
SOURCE ICP DAS Co., Ltd.
Share this article