Jiahui Health Ketengahkan Peningkatan Peranan China dalam Pelancongan Perubatan Global pada Forum Awam WTO 2026
GENEVA, 19 September 2026 /PRNewswire/ -- China menyaksikan momentum yang semakin meningkat dalam pelancongan perubatan dalam negeri, didorong oleh akses yang semakin meluas kepada terapi inovatif, pemudahan visa dan pembangunan perkhidmatan penjagaan kesihatan berorientasikan antarabangsa, kata Dr. John K. Hsiang, Pengerusi Jawatankuaa Eksekutif Jiahui Health, pada Forum Awam World Trade Organization (WTO) 2026.
Pada sesi "Kesihatan Tanpa Sempadan" ("Health Without Borders") mengenai "Pelancongan Perubatan — Peluang dan Cabaran dalam Perdagangan Perkhidmatan" ("Medical Tourism — Opportunities and Challenges in Services Trade"), Dr. Hsiang merupakan satu-satunya wakil penjagaan kesihatan China yang dijemput untuk berkongsi pengalaman di China dalam perkhidmatan perubatan antarabangsa.
Hospital terkemuka China yang menyediakan perkhidmatan kepada pesakit antarabangsa merekodkan 1.28 juta kunjungan pesakit antarabangsa pada 2025, meningkat 73.6% berbanding tiga tahun sebelumnya, menurut data yang dipetik oleh Dr. Hsiang. Daripada jumlah ini, 413,000 kunjungan dilakukan oleh pesakit yang melancong ke China khususnya untuk mendapatkan rawatan perubatan. Di Jiahui Health, pertanyaan daripada pesakit luar negara hampir meningkat dua kali ganda tahun ke tahun pada separuh pertama 2026.
Pertumbuhan itu disokong oleh pembaharuan dasar dan inovasi perubatan China yang semakin rancak. Rakyat dari 57 negara kini layak menikmati dasar transit tanpa visa selama 240 jam di China melalui 65 pintu masuk, manakala China kini menyumbang 33.7% daripada ubat-ubatan dalam pembangunan global. Pada Jun 2026, China meluluskan terapi CAR-T pertama di dunia untuk tumor pepejal, sekali gus menarik pesakit antarabangsa yang ingin mendapatkan akses kepada rawatan baharu ini.
Kes Jiahui baru-baru ini menggambarkan trend ini. Seorang pesakit New Zealand yang menghidap kanser gastrik peringkat lanjut berkunjung ke Shanghai tidak lama selepas terapi itu diluluskan dan menjadi penerima antarabangsa pertamanya. Dalam satu lagi kes, seorang pesakit A.S. yang menghidap kanser paru-paru bukan sel kecil datang ke Jiahui untuk menerima ivonescimab, antibodi bispesifik inovatif yang kini hanya tersedia di China, selepas berbincang dengan doktornya di MD Anderson Cancer Center.
Dr. Hsiang berkata Shanghai berada pada kedudukan sebagai pintu masuk yang menghubungkan inovasi perubatan China dengan pesakit global. Jiahui merekodkan lebih 100,000 kunjungan pesakit luar antarabangsa pada 2025 dan telah membangunkan keupayaan rentas sempadan yang merangkumi pengebilan terus insurans antarabangsa, perundingan jarak jauh dan penyelarasan pesakit berbilang bahasa.
Memandang ke hadapan, Dr. Hsiang menyeru jalinan kerjasama antarabangsa yang lebih erat bagi perjalanan perubatan dan pemudahan visa, akses kepada maklumat mengenai inovasi perubatan serta dialog kawal selia berkaitan data kesihatan rentas sempadan dan teleperubatan.
"Pelancongan perubatan berada di persimpangan antara penjagaan kesihatan, perdagangan dan pembangunan ekonomi," kata Dr. Hsiang. "Dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, China berpotensi menjadi destinasi global yang terkemuka bagi penjagaan perubatan antarabangsa."
Baca berita penuh di sini: https://jiahui.com/en/news/224
Emel: [email protected]
WhatsApp: +852 4619 1904
SOURCE Jiahui Health
Share this article