JustMarkets mengetengahkan bagaimana turun naik US100 dan S&P 500 boleh mewujudkan peluang perdagangan CFD yang lebih luas
KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- JustMarkets, broker CFD berbilang aset, hari ini mengeluarkan pandangan pasaran yang menganalisis bagaimana turun naik dalam CFD indeks US100 dan S&P 500 boleh mewujudkan peluang perdagangan CFD yang lebih luas. Menyedari bahawa pergerakan besar dalam ekuiti AS kerap memberi kesan kepada pasaran forex, harga emas dan sentimen pasaran keseluruhan, syarikat itu bertujuan untuk membantu pedagang CFD mempertimbangkan lebih daripada satu instrumen semasa menilai keadaan pasaran.
Indeks US100 mungkin dipengaruhi oleh sikap terhadap teknologi dan saham pertumbuhan, manakala S&P 500 memberikan gambaran yang lebih besar tentang pasaran ekuiti AS. Sekiranya berlaku turun naik yang ketara dalam CFD indeks ini, pedagang cenderung untuk menilai semula risiko mereka.
Peranan VIX
Juga dikenali sebagai "meter ketakutan" pasaran, indeks VIX mengukur tahap volatiliti yang dijangkakan dalam S&P 500.
Apabila VIX meningkat, selalunya menandakan kebimbangan terhadap pasaran yang tidak menentu, yang kemudiannya mendorong pelabur mencari perlindungan dalam aset selamat seperti dolar AS, yen Jepun, atau emas. Sebaliknya, apabila nilai VIX menurun, biasanya ia menandakan keyakinan pelabur semakin mengukuh.
Kenapa trader forex pantau indeks AS
Volatiliti indeks sememangnya turut mempengaruhi pasaran tukaran wang asing, tetapi kesannya bergantung kepada faktor yang mencetuskan volatiliti. Apabila saham jatuh akibat pelabur mengelak risiko, dolar AS boleh meningkat apabila modal pelaburan beralih ke likuiditi, sekali gus menimbulkan masalah atau tekanan kepada pair mata wang CFD iaitu EUR/USD dan GBP/USD.
Sebaliknya, jika saham jatuh kerana jangkaan terhadap pertumbuhan ekonomi AS yang lebih perlahan atau Rizab Persekutuan mengambil dasar lebih longgar, dolar AS pula yang mungkin menjadi lemah. Apabila berhadapan dengan keadaan volatiliti yang tinggi, trader perlu memantau mata wang yen kerana pelabur cenderung beralih kepada aset selamat apabila menjual aset CFD yang berisiko.
Emas dalam sentimen perubahan risiko
Emas biasanya menguat dalam keadaan yang penuh ketidakpastian, tetapi hubung kait logam ini dengan pasaran saham sukar ditentukan.
Selain daripada turun naik dalam pasaran saham, emas juga dipengaruhi oleh dolar AS, kadar faedah, jangkaan inflasi dan dasar ditentukan bank pusat. Kerana itu, pelabur biasanya menggunakan kedua-dua analisis teknikal dan makroekonomi serentak dan tidak hanya bersandar pada hubungan pasaran.
Menguruskan volatiliti
Di mana ada peluang, di situ ada volatiliti. Tetapi risiko tambahan juga wujud dalam setiap pelaksanaan order. Hampir pada musim keluaran data penting seperti angka inflasi, mesyuarat FED, laporan pendapatan suku tahunan, atau risiko geopolitik lain, pasaran boleh mengalami spread yang lebih besar, volatiliti meningkat, dan juga "false breakout".
Kebanyakan trader profesional bergantung kepada pelaksanaan yang tepat dengan memastikan saiz posisi yang sesuai, penetapan "stop-loss," serta pengesahan setup sebelum berdagang. Dengan pendekatan sebegini, mereka boleh mengekalkan keseimbangan portfolio, sekaligus tidak terlalu terdedah kepada posisi yang bergerak seiring.
Lihat lebih daripada satu pasaran
Trader profesional selalunya tidak hanya fokus kepada satu kelas aset CFD. Dengan memantau kaitan antara US100 dan S&P 500 CFD dengan indeks VIX, dolar AS dan yen, serta emas, trader dapat melihat gambaran lebih luas tentang keadaan pasaran dan membuka peluang tertentu yang mungkin terlepas jika hanya melihat satu carta.
Platform seperti JustMarkets yang menawarkan peluang untuk berdagang CFD dalam beberapa kelas aset, memudahkan lagi usaha ini. Memantau dan berdagang kontrak CFD bagi indeks saham, pair mata wang, komoditi, saham, dan kripto semuanya boleh dilakukan dalam satu platform.
Penafian: Hanya untuk maklumat sahaja. Dagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang besar dan mungkin hanya sesuai untuk pelabur tertentu sahaja. Pastikan anda benar-benar memahami risiko yang terlibat dan berdagang secara bertanggungjawab.
SOURCE JustMarkets
Share this article