JustMarkets WebTerminal Menawarkan Akses Tanpa Perlu Pemasangan untuk Pedagang CFD Aktif
KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- JustMarkets, sebuah broker CFD berbilang aset, menawarkan WebTerminal untuk MT4 dan MT5 yang tidak memerlukan pemasangan, membolehkan pedagang CFD aktif mengakses pasaran secara fleksibel terus melalui pelayar web mereka.
Memandangkan akses kepada platform dagangan semakin beralih ke arah penggunaan pelayar, platform ini membolehkan pedagang CFD mengakses pasaran walaupun berada jauh daripada stesen dagangan utama mereka, tanpa perlu memuat turun perisian atau melakukan konfigurasi yang rumit.
Mengapa Dagangan Melalui Pelayar Semakin Popular
Dengan terminal web, trader tidak lagi perlu berdepan isu utama untuk masuk ke pasaran pilihan – proses pemasangan. Trader tidak perlu memuat turun sebarang perisian khusus, membuat tetapan pada peranti, atau memasang mana-mana sistem operasi tertentu; sebaliknya, trader boleh terus menggunakan platform melalui pelayar (browser) yang sesuai.
Pilihan ini sangat sesuai untuk mereka yang menggunakan komputer berbeza untuk bekerja, di rumah, pada tablet dan di mana sahaja, serta dalam keadaan pemasangan perisian tidak boleh dilakukan, agak sukar atau tidak diperlukan.
Bagi trader aktif, kelebihan yang ditawarkan cukup jelas:
- Tidak perlu pemasangan – akses ke platform melalui pelayar.
- Fleksibiliti antara peranti – tukar peranti tanpa perlu membuat tetapan platform.
- Terhubung ke pasaran lebih pantas – hanya perlu log masuk dan mula berdagang.
- Instrumen dagangan tersedia segera – gunakan carta, indikator, order dan posisi dalam satu tempat.
Lebih Sekadar Platform Dagangan Asas
Pada hari ini, platform dagangan berasaskan laman web tidak hanya menawarkan fungsi ringkas. Platform yang lebih canggih juga dilengkapi dengan carta masa nyata, pelbagai jenis indikator, jenis order yang berbeza, dan kemampuan mengawal posisi terbuka.
Dalam kata lain, trader boleh lakukan aktiviti dagangan melalui pelayar tanpa perlu menjadikan komputer mereka sebagai komputer khusus untuk berdagang.
JustMarkets WebTerminal beroperasi berasaskan konsep tersebut. Ia direka untuk MT4 dan MT5 serta membolehkan pengguna mengakses akaun dagangan secara online tanpa perlu memasang sebarang perisian tambahan.
Trader juga boleh membuka dan menutup posisi mereka, menggunakan carta dan indikator yang tersedia, serta log masuk dari mana-mana peranti yang mempunyai sambungan internet.
Akses Pada Saat Penting
Terminal web bukan sebagai alternatif kepada semua kegunaan aplikasi desktop. Sebagai contoh, jika trader menggunakan Expert Advisor, mereka masih memerlukan MetaTrader versi desktop.
Namun, terminal web mampu menawarkan ketercapaian dan fleksibiliti lebih tinggi dalam proses dagangan. Faktor-faktor ini sangat penting bagi trader yang aktif kerana pasaran berubah dengan pantas.
Populariti platform dagangan berasaskan laman web yang semakin meningkat dapat dijelaskan dengan perubahan dalam permintaan: trader kini mahukan aksesibiliti sesuai dengan gaya hidup mereka, bukan sebaliknya. Jadi, JustMarkets berusaha memberikan satu lagi peluang kepada pelanggannya untuk menjadikan dagangan lebih mudah.
Amaran Risiko: Dagangan Forex dan CFD melibatkan risiko yang ketara dan berpotensi mengakibatkan kehilangan modal yang anda laburkan. Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan.
SOURCE JustMarkets
Share this article