Keghairahan Peminat Global Lonjakkan 'Lord of Mysteries' ke Fasa Baharu Pertumbuhan Antarabangsa
NEW YORK, 15 September 2026 /PRNewswire/ -- Bermula daripada novel web kepada animasi yang mendapat pujian, harta intelek (IP) terkenal Yuewen, "Lord of Mysteries", terus memikat hati penonton di seluruh dunia dan muncul sebagai salah satu IP asli China yang paling berpengaruh serta terus memperkukuh kehadiran dan pengiktirafannya di pasaran antarabangsa.
Terkenal dengan penceritaan yang rumit dan teliti, pembinaan dunia yang imersif dan sistem kuasa yang tersendiri, siri itu telah membina kelompok pengikut antarabangsa yang setia. Kumpulan peminat utama global IP itu telah melepasi 30 juta, manakala novel tersebut telah mencatatkan lebih 90 juta tontonan di WebNovel. Sehingga kini, ia telah diterjemahkan ke dalam 17 bahasa. Adaptasi animasinya dilancarkan dengan alih suara dalam tujuh bahasa dan sari kata dalam 19 bahasa. Versi alih suara bahasa Korea dan Thai kini sedang diterbitkan, sekali gus meningkatkan jumlah liputan alih suara kepada sembilan bahasa. Penyelarasan rapat antara pasukan penerbitan dan pengedaran telah membantu memastikan penonton di seluruh dunia dapat menikmati kisah tersebut sambil mengekalkan semangat dalam karya asal.
Pengaruh global "Lord of Mysteries" yang semakin meningkat turut dicerminkan menerusi sambutan kukuh di seluruh platform hiburan utama. Animasi itu membuat penampilan sulung dengan penarafan 9.3 di IMDb dan menduduki tempat No. 1 dalam carta Summer Anime Crunchyroll. Sejak itu, ia telah menerima penarafan daripada lebih 100,000 pengguna di Crunchyroll, sekali gus menjadi judul animasi China pertama yang meraih pencapaian tersebut. Di MyAnimeList, siri itu bermula dengan skor 8.79, berada di kedudukan antara keluaran yang mendapat penarafan tertinggi pada musim berkenaan serta menjadi animasi China yang menerima penarafan paling banyak di platform tersebut dalam tempoh yang sama.
Penglibatan peminat semakin melangkaui platform digital. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sambutan hari lahir Klein, perhimpunan bertema, tayangan dan acara peminat telah diadakan di beberapa pasaran Asia, dengan ramai peminat melakukan perjalanan ke peringkat antarabangsa untuk mengambil bahagian. Keterujaan juga terus meningkat terhadap musim kedua animasi itu, manakala pelancaran MMORPG (Massively Multiplayer Online Role-Playing Game) Lord of Mysteries telah memperluas lagi peluang untuk peminat berinteraksi dengan francais tersebut. Keghairahan yang semakin meningkat ini mencerminkan pengiktirafan global yang kukuh terhadap IP itu serta hubungan berkekalan yang telah dibina oleh peminat dengan dunia dan watak-wataknya.
Memandang ke hadapan, Yuewen akan terus mempercepat pembangunan antarabangsa IP itu menerusi keluaran animasi baharu, peluasan penerbitan berbilang bahasa serta peningkatan penglibatan media sosial dan komuniti di seluruh platform global seperti Discord dan WhatsApp. Syarikat turut merancang untuk menganjurkan lebih banyak acara secara fizikal serta mewujudkan peluang tambahan bagi tujuan penyertaan peminat dan pencipta di seluruh dunia.
"Daya tarikan berterusan 'Lord of Mysteries' berpunca daripada dunia luar biasa yang telah dicipta olehnya, namun para peminatlah yang benar-benar menghidupkan dunia itu," kata Benjamin Tao, Ketua Operasi IP bagi "Lord of Mysteries". "Visi jangka panjang kami adalah untuk memupuk sebuah komuniti global yang membolehkan peminat berhubung, berkarya dan berkongsi. Dengan memperkukuh penglibatan merentasi pasaran, kami berharap dapat mengembangkan 'Lord of Mysteries' daripada sebuah IP China yang berjaya menjadi francais budaya global yang berkekalan."
SOURCE YUEWEN
Share this article