KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 November 2026 /PRNewswire/ -- Seatrade Cruise Asia, acara industri terkemuka di rantau ini, bakal membuat kemunculan sulungnya di Malaysia pada 16 November. Acara ini dijangka menarik penyertaan lebih daripada 18 syarikat pelayaran utama serta wakil dari lebih 30 negara.
Dianjurkan oleh Informa Markets, sebahagian daripada Informa plc, penganjur acara B2B terbesar di dunia, acara ini berlangsung pada masa yang amat relevan bagi rantau ini, yang telah menunjukkan daya tahan dan pertumbuhan sepanjang tempoh pascapandemik. Industri pelancongan kapal persiaran di Asia Tenggara sahaja menjana impak ekonomi berjumlah AS$10 bilion (kira-kira 5% daripada bahagian pasaran global) serta menyokong lebih 530,000 peluang pekerjaan, mewakili 30% daripada tenaga kerja industri pelayaran global.*
Dengan MMC Ports, kumpulan pengendali pelabuhan terbesar di Malaysia sebagai hos, serta sokongan daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia, Seatrade Cruise Asia 2026 bakal menghimpunkan lebih 18 jenama syarikat pelayaran terkemuka dunia, termasuk Disney Cruise Line, MSC Cruises, Royal Caribbean International, StarDream Cruises dan banyak lagi.
Selain itu, lebih 22 pembekal industri turut mengambil bahagian, termasuk Paywatch dan ATPI Marine Travel, bersama wakil destinasi dari seluruh Asia, merangkumi Nagasaki dan Visit Indochina – Viet Nam, hinggalah ke Brunei dan Subic Bay Metropolitan Authority.
Platform untuk Perbincangan Industri Bertaraf Tinggi
Program persidangan komprehensif yang bertemakan A New Era of Opportunity, yang telah diumumkan awal tahun ini, bakal menampilkan pemimpin kanan industri dari seluruh dunia untuk berkongsi kepakaran, pengalaman dan pandangan masing-masing.
Majlis pembukaan pada 16 November, jam 1.30 petang, akan menampilkan Charles 'Bud' Darr, President & CEO, Cruise Lines International Association (CLIA) sebagai penceramah utama. Beliau akan mengupas tema utama acara dalam konteks perkembangan peluang baharu di rantau ini, serta bagaimana potensi tersebut dapat dimanfaatkan bagi memastikan pertumbuhan dan evolusi industri yang mampan.
Sebagai sebahagian daripada sesi pembukaan, sesi State of Asia's Cruise Industry: A New Era of Opportunity akan menghimpunkan barisan pemimpin kanan industri pelayaran, termasuk Ben Bouldin, President, Greater China & Managing Director, Asia, Royal Caribbean International; Michael Goh, President, StarDream Cruises; dan Oliviero Morelli, President Japan, South-Korea, South East Asia Cruise Division, MSC Group.
Sesi yang dikendalikan oleh Mary Bond, Group Portfolio Director, Seatrade Cruise ini akan membincangkan keutamaan strategik, hala tuju syarikat serta pandangan mengenai perkembangan dan masa depan industri pelayaran.
Sesi perbincangan eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif turut menampilkan Jonathan Wilson, President & CEO, Aman at Sea, yang akan berkongsi pandangan dalam sesi bersama moderator Andrew Williams, President, Maritime, Informa Markets.
Sesi bertajuk A New Era of Luxury at Sea ini akan meneroka bagaimana sempadan antara hospitaliti mewah, pelayaran kapal layar dan pelancongan kapal persiaran terus berkembang serta berubah.
Andrea Zito, CEO, Swan Hellenic pula akan berkongsi pengalaman dan pandangan berharga menerusi sesi Exploring Asia Differently, yang dikendalikan oleh Jason Gelineau, Director, JAG Hospitality.
Sesi ini berlangsung pada masa yang tepat memandangkan Swan Hellenic bakal melengkapkan musim pelayaran pertamanya di rantau Asia Pasifik pada tahun 2026. Andrea akan berkongsi peluang yang dilihatnya di seluruh rantau ini serta bagaimana pelayaran ekspedisi berteraskan budaya dapat menyumbang kepada landskap industri pelayaran Asia.
Antara sesi menarik yang turut diketengahkan ialah Asia's Source Markets: Where Will the Next Guests Come From?, yang dikendalikan oleh Holly Payne, Editor, penerbitan industri Seatrade Cruise Review dan Deputy Editor, Seatrade Cruise News.
Sesi lain termasuk Smarter Borders, Smoother Cruise Journeys: Improving CIQ Across Asia dan Growing International Cruise Demand in Asia: Deployment & Fly-Cruise, yang akan menghimpunkan pakar industri terkemuka, syarikat pelayaran, pengendali pelabuhan serta penyedia perkhidmatan bagi membincangkan perkembangan dan peluang dalam industri ini.
Platform untuk Membina Hubungan dan Jaringan Industri
Seatrade Cruise Asia 2026 menawarkan format acara yang unik kepada para peserta dengan memperluaskan lokasi penganjuran merangkumi Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Langkawi.
Program utama acara, termasuk sesi persidangan dan peluang rangkaian perniagaan, akan berlangsung di Waldorf Astoria Kuala Lumpur pada 16 dan 17 November.
Selepas program utama tersebut, dari 18 hingga 20 November, sejumlah peserta terpilih berpeluang meneroka Pulau Pinang dan Langkawi melalui kerjasama dengan Penang Tourism Board dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Peserta yang telah membuat pendaftaran awal juga berpeluang membina hubungan perniagaan sebelum acara berlangsung melalui aplikasi mudah alih Matchmaking pintar, yang diperibadikan mengikut keperluan dan kepentingan setiap pengguna.
Pakej Penyertaan
Pendaftaran untuk menghadiri acara ini akan terus dibuka sepanjang tempoh persidangan, sama ada secara dalam talian mahupun secara bersemuka.
Yuran penyertaan bagi Seatrade Cruise Asia Conference (16–17 November) bermula daripada AS$1,000 untuk delegasi antarabangsa. Penduduk Malaysia pula menikmati kadar istimewa sebanyak AS$450 dengan mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, manakala eksekutif syarikat pelayaran boleh menghadiri acara ini secara percuma dengan menggunakan kod promosi yang disediakan.
Lihat jadual acara:
https://www.seatradecruiseevents.com/asia/whats-on/event-schedule/
Lihat pakej penyertaan dan buat pendaftaran:
https://www.seatradecruiseevents.com/asia/attend/ticket-packages/
Sebarang pertanyaan mengenai acara atau pakej penyertaan boleh diajukan melalui e-mel kepada [email protected].
*Data daripada Singapore Tourism Board.
Pertanyaan Media: [email protected]
Mengenai Seatrade Cruise
Sejak 1970, Seatrade Cruise telah berkhidmat kepada komuniti industri pelayaran antarabangsa dan kini merupakan platform utama industri bagi menggalakkan kerjasama, inovasi serta pembinaan hubungan perniagaan.
Merangkumi rangkaian acara dan pameran perdagangan industri pelayaran terbesar, saluran berita, sumber program maya serta program anugerah berprestij, portfolio Seatrade Cruise menjangkau lebih 20,000 golongan profesional, lebih 4,000 pembekal, lebih 120 jenama syarikat pelayaran dan lebih 140 negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai Seatrade Cruise Events, layari www.seatradecruiseevents.com.
Bagi mendapatkan berita terkini dan perkembangan industri, layari www.seatrade-cruise.com.
Seatrade Cruise Events dianjurkan oleh Informa Markets, sebuah kumpulan penyedia perkhidmatan maklumat B2B terkemuka dan penganjur acara B2B terbesar di dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut serta mendapatkan berita dan maklumat terkini, layari www.informamarkets.com.
Mengenai Seatrade Cruise Asia
Seatrade Cruise Asia merupakan acara industri pelayaran terkemuka di rantau Asia yang menghimpunkan pihak berkepentingan utama dan golongan profesional industri bagi meneroka trend serta peluang terkini dalam pasaran pelayaran Asia yang dinamik.
Dengan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama dan inovasi, Seatrade Cruise Asia menyediakan platform untuk membina rangkaian perniagaan, perkongsian pengetahuan dan kerjasama strategik.
Acara ini merangkumi persidangan komprehensif, ekspo yang mengetengahkan pembekal serantau, pelabuhan, destinasi dan penyedia perkhidmatan, serta program sosial untuk semua peserta.
SOURCE Seatrade Cruise Asia


Share this article