Laporan terbaharu Huawei cadangkan 10 hala tuju utama menuju Dunia Pintar 2035
SHENZHEN, China, 17 September 2026 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei menganjurkan acara pelancaran dalam talian bagi siri laporan dunia pintarnya, bertemakan "Act Today. Shape Tomorrow." Syarikat secara rasmi menerbitkan dua laporan penyelidikan pada acara tersebut: Intelligent World 2035: Turning Vision into Action dan Global Digitalization and Intelligence Index 2026. Berlandaskan landskap trend yang digariskan pada 2024 dan 10 trend mega yang dikenal pasti pada 2025, laporan Intelligent World 2035: Turning Vision into Action buat pertama kalinya memperkenalkan sepuluh hala tuju utama untuk membina dunia pintar, dengan menangani cabaran utama dalam era AI berejen dengan sistematik serta menyediakan pelan hala tuju yang boleh dilaksanakan kepada industri.
Laporan itu mengetengahkan bahawa apabila AI berkembang daripada dunia digital kepada dunia fizikal, ia bergerak melangkaui peranan sebagai alat kendiri untuk menembusi proses teras operasi dan masyarakat. Ia menulis semula logik asas industri dan mempercepat transformasi merentasi pelbagai sektor.
David Wang, Naib Pengerusi Lembaga and Pengerusi Bergilir Huawei, menyatakan dalam laporan itu, "AI Berejen ialah pemboleh ubah utama dalam transformasi ini. Untuk AI membentuk semula paradigma operasi, asas persaingan dan dinamik industri, terdapat beberapa cabaran utama yang perlu kita tangani. Hala tujunya jelas, tetapi merealisasikan visi kita memerlukan tindakan konkrit. Itulah yang menjadi tumpuan laporan tahun ini – Intelligent World 2035: Turning Vision into Action." Menurut Wang, laporan baharu ini bermula dengan perubahan penting yang dibawa oleh revolusi AI semasa, menganalisis cabaran utama di sebalik perubahan tersebut dan akhirnya mengemukakan cadangan yang boleh dilaksanakan untuk dunia agentic – membina infrastruktur pintar bagi membentuk semula pengalaman pengguna dan paradigma operasi.
Menurut laporan itu, AI berejen memacu peralihan daripada dunia digital berpusatkan aplikasi kepada dunia digital berpusatkan ejen, yang menyaksikan ejen terus-menerus memahami persekitarannya, membuat penaakulan dan keputusan secara autonomi, menggunakan alat secara dinamik serta berinteraksi dengan manusia dalam masa nyata. Setiap langkah ini melibatkan penjanaan Token secara besar-besaran dan aliran Token berfrekuensi tinggi. Laporan itu meramalkan bahawa menjelang 2035, penggunaan Token tahunan global akan meningkat 100,000 kali ganda, dengan trafik daripada ejen merangkumi lebih 90%. Peralihan ini akan memberikan tuntutan yang amat besar terhadap infrastruktur pengkomputeran, rangkaian dan awan, jauh melebihi tuntutan aplikasi Internet tradisional. Berdasarkan pemerhatian ini, laporan tersebut menggariskan sepuluh hala tuju utama:
- Membina AGI dengan kognisi autonomi dan keupayaan umum untuk sebarang tugas: Bergerak ke dunia fizikal ialah laluan penting menuju AGI, yang memerlukan kemajuan dalam kecerdasan bahasa, kecerdasan terjelma dan kecerdasan saintifik.
- Meningkatkan skala kluster pengkomputeran sebanyak 100 kali ganda dan mengurangkan kos tugas ejen sebanyak 1,000 kali ganda: Selain meningkatkan pengkomputeran pada peringkat cip, industri juga perlu beralih kepada sistem pengkomputeran SuperPoD untuk kecekapan output Token yang lebih tinggi.
- Sistem storan dan memori baharu dengan ketepatan kausal dan kebolehkesanan yang boleh dipercayai untuk memacu evolusi daripada data kepada pengetahuan dan memori.
- Infrastruktur ketersambungan pintar berpusatkan pengalaman dengan AI diintegrasikan ke dalam sistem komunikasi.
- Tau Scaling Law: Meneroka metodologi dan alat reka bentuk cip untuk mengoptimumkan bersama kependaman dan kecekapan tenaga dengan menggantikan penskalaan geometri dengan penskalaan masa bagi memacu evolusi semikonduktor.
- Agent OS: Beralih daripada memanfaatkan persekitaran kepada evolusi autonomi dan meletakkan asas teknikal natif ejen, dengan keupayaannya dirumuskan sebagai: (Coordination × Execution × Memory × Connectivity) ^ Evolution ((Koordinasi × Pelaksanaan × Memori × Ketersambungan) ^ Evolusi).
- Mentakrifkan paradigma baharu bagi kecerdasan peranti yang boleh menyesuaikan diri dengan lancar dan tersedia di mana-mana untuk membolehkan perkhidmatan pintar yang meluas merentasi peranti dan senario.
- Pembelajaran kendiri dan keselamatan tahap tertinggi dalam pemanduan pintar untuk mendorong kenderaan berkembang menjadi ejen terjelma mudah alih.
- Mengatasi had kuasa dan terma untuk meningkatkan skala kuasa pengkomputeran pusat data AI.
- Melindungi dunia pintar menerusi perlindungan keselamatan dan privasi untuk ejen autonomi.
Bagi menangani cabaran ini dalam era AI berejen, seperti yang dinyatakan dalam laporan itu, adalah penting untuk membangunkan infrastruktur pintar hujung ke hujung yang berpusatkan token, merangkumi penjanaan, penghantaran, penggunaan dan keselamatan token. Ini memerlukan pembinaan SuperPoD dan ekosistem terbuka untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran token, pembangunan infrastruktur ketersambungan pintar bagi memastikan aliran token yang lancar serta pelaksanaan platform awan natif berejen untuk mempercepat penggunaan AI merentasi industri. Pada akhirnya, amalan ini akan mengubah token menjadi perkhidmatan pintar yang boleh dirasai, sekali gus membentuk semula pengalaman pengguna individu dan paradigma operasi perusahaan.
Sebagai kesimpulan laporan itu, Huawei mencadangkan lima inisiatif: mengambil pendekatan jangka panjang, kekal berpusatkan manusia, mendukung prinsip teknologi untuk kebaikan, terus komited terhadap keterbukaan dan kerjasama serta mengguna pakai pendekatan sistem, dengan matlamat menterjemahkan inovasi teknologi kepada kemajuan industri.
Pada acara tersebut, Global Digitalization and Intelligence Index 2026, yang dibangunkan bersama oleh Huawei dan Institute of Economics at Tsinghua University, turut diterbitkan bagi menyediakan laluan kepada negara-negara menuju ekonomi pintar. Menghimpunkan pandangan pakar daripada bidang ekonomi, sosiologi dan ICT, laporan itu meramalkan bahawa AI akan menjana nilai ekonomi terkumpul lebih US$27 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang. Selain itu, pelaburan global dalam infrastruktur digital dan pintar diunjurkan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) sebanyak 19.14%, melepasi US$4 trilion menjelang 2030. Ini akan menyediakan asas yang kukuh bagi pengembangan berterusan ekonomi pintar.
Laporan itu merangka semula faktor pengeluaran teras bagi dunia digital dan pintar kepada data, bakat ICT serta teknologi digital dan pintar. Ia menekankan bahawa integrasi rangkaian, pengkomputeran dan storan menyediakan asas subur yang diperlukan untuk kejayaan peningkatan taraf industri. Laporan itu menilai pembangunan digital dan pintar di 90 negara yang ditinjau serta mengkategorikan kemajuan mereka kepada tiga peringkat: Builder (Pembina), Adopter (Penerima Pakai) dan Frontrunner (Pelaksana Utama), sekali gus menyediakan laluan yang jelas kepada pembuat dasar menuju ekonomi pintar. Laporan itu turut menekankan bahawa walaupun tiada paradigma universal bagi era pintar, penilaian kuantitatif membolehkan setiap negara mengenal pasti bidang tumpuan masing-masing dan memetakan laluan pembangunan tersuai yang disesuaikan dengan keadaan negara berkenaan.
Dalam kata pengantarnya bagi laporan Intelligent World 2035: Turning Vision into Action, Wang menyimpulkan, "Visi dilakarkan dengan kata-kata, tetapi diukur melalui tindakan. Huawei bersedia untuk berganding bahu dengan pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia, menjadikan setiap langkah praktikal yang kita ambil hari ini sebagai kemajuan bermakna menuju Dunia Pintar 2035."
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.huawei.com/en/intelligent-world
SOURCE Huawei
Share this article