Lebih 300 Peserta Sertai Minggu ASEAN-China di Chongqing; Pegawai ASEAN Tegaskan Pengangkutan Menghubungkan Ekonomi
CHONGQING, China, 24 November 2026 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada iChongqing - Minggu ASEAN-China 2026 membuka tirainya di Chongqing pada 23 November, menghimpunkan lebih 300 peserta daripada sektor kerajaan, perniagaan, akademik dan kebudayaan bagi memperkukuh kerjasama antara China dengan 11 negara anggota ASEAN.
Bertemakan "Memperkukuh Perkongsian Strategik bagi Menangani Cabaran, Menggalakkan Kesalinghubungan Serantau demi Kemakmuran Bersama", program itu merangkumi 30 acara meliputi libat urus kerajaan, perdagangan dan logistik, teknologi, kebudayaan, kerjasama media serta lawatan lapangan.
TYT Dato' Astanah Abdul Aziz, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN, Sekretariat ASEAN, berkata acara itu bertepatan dengan tiga pencapaian penting: ulang tahun ke-35 hubungan dialog ASEAN-China, ulang tahun kelima perkongsian strategik komprehensif kedua-dua pihak dan ulang tahun ke-15 Pusat ASEAN-China.
China merupakan rakan dagang terbesar ASEAN selama 17 tahun berturut-turut, manakala ASEAN memegang kedudukan sebagai rakan dagang terbesar China sejak 2019, katanya. Astanah turut mengetengahkan peranan inisiatif kesalinghubungan, termasuk Landasan Kereta Api China-Laos dan Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu, dalam merapatkan hubungan antara ekonomi serantau.
Yang Berhormat Mallika Jirapunvanit, Timbalan Yang Dipertua Pertama Dewan Perwakilan Thailand, menggesa kerjasama antara parlimen, kesalinghubungan serantau dan pertukaran antara rakyat yang lebih erat. Beliau menyifatkan Chongqing sebagai hab strategik utama yang menghubungkan barat China dengan Asia Tenggara, sambil menekankan bahawa infrastruktur, logistik dan penyelarasan kawal selia amat penting bagi memperkukuh rantaian bekalan serantau.
TYT Zhang Lizhong, Setiausaha Agung Pusat ASEAN-China, berkata kekuatan Chongqing dalam bidang pengangkutan dan logistik akan membantu memperluas kerjasama ASEAN-China ke barat China. Beliau berkata protokol naik taraf Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0, yang dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Disember, akan memperdalam kerjasama dalam ekonomi digital dan hijau, kesalinghubungan rantaian bekalan serta penyelarasan piawaian, sekali gus menggalakkan penyelarasan peraturan perdagangan serantau yang lebih erat.
Majlis perasmian mengetengahkan Laporan Kerjasama Media ASEAN-China (2021-2026), Album Foto Jelajah Maya ASEAN dan inisiatif kerjasama peralihan tenaga yang dipacu AI. Pusat Pertukaran dan Kerjasama Perubatan China (Chongqing)-ASEAN turut dirasmikan.
Satu program pelancongan baharu menghubungkan Eropah dan benua Amerika dengan Sichuan, Chongqing dan ASEAN, menawarkan 11 laluan bertema merangkumi 63 destinasi di Sichuan dan Chongqing. Program itu menyasarkan sejuta pelawat setahun bagi setiap hala perjalanan antara wilayah berkenaan dengan ASEAN.
Chongqing memperkenalkan 10 pelan lima tahun untuk memperdalam kerjasama dengan ASEAN menerusi dasar, platform dan projek yang meliputi perdagangan, teknologi, kesalinghubungan, pendidikan, pelancongan, pertanian, hal ehwal perundangan, penjagaan kesihatan, media serta pertukaran belia.
SOURCE iChongqing


Share this article