Legenda FC Barcelona Carles Puyol Sertai Midea di IFA 2026
BERLIN, 6 September 2026 /PRNewswire/ -- Legenda FC Barcelona, Carles Puyol, membuat penampilan di reruai Midea pada IFA 2026, menandakan detik penting yang mendekatkan kerjasama lima tahun Midea dan FC Barcelona dengan pengguna Eropah. Bekas kapten itu membincangkan mengenai kepimpinan dan standard tinggi, menyertai Lewis Fu, Presiden Midea International, untuk mempersembahkan jersi FC Barcelona yang ditempah khas, serta melawat SMART MASTER Midea dan zon kerjasama FC Barcelona.
Dalam perbualan tersebut, Puyol mengenang kembali detik beliau menyerahkan lilitan kapten kepada Éric Abidal dan menjemputnya untuk menjulang trofi UEFA Champions League 2011. Bagi Puyol, kepimpinan bermaksud mengiktiraf orang lain, menunjukkan teladan dan mengekalkan standard tinggi sehingga wisel penamat.
"Prestasi bertaraf dunia tidak pernah bergantung pada bakat individu semata-mata. Ia terhasil daripada kerja keras, penambahbaikan berterusan dan kepercayaan terhadap orang di sekeliling anda," kata Carles Puyol. "Nilai-nilai tersebut berakar umbi dalam FC Barcelona, dan saya melihat komitmen yang sama terhadap standard tinggi di Midea. Saya berbangga dapat membantu menyatukan kedua-duanya menerusi kerjasama ini."
"Midea dan FC Barcelona berkongsi komitmen terhadap prestasi bertaraf dunia," kata Lewis Fu. "Kami menerapkan disiplin dan dorongan yang sama terhadap penambahbaikan berterusan dalam teknologi, sekali gus menjadikan kehidupan seharian lebih mudah. Kehadiran Carles Puyol bersama kami di IFA menghidupkan nilai-nilai bersama tersebut serta kerjasama lima tahun kami."
Di ruang SMART MASTER Midea, Puyol meneroka pengalaman kediaman terhubung yang diperkasakan oleh Comfort Agent dan Health Agent, sekali gus menghidupkan konsep "A Home That Understands" (Kediaman yang Memahami). Sebelum beredar, sebuah robot perkhidmatan membawakan bertih jagung kepadanya. Puyol kemudian menyertai cabaran bola sepak "Shoot Like a Star" di ruang FC Barcelona.
Midea dan FC Barcelona kini berada dalam musim pertama kerjasama lima tahun mereka yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2026. Sebagai Rakan Kongsi Utama dan Rakan Kelengkapan Kediaman Rasmi kelab itu, logo Midea tertera pada lengan jersi perlawanan dan latihan FC Barcelona.
Di IFA 2026, kunjungan Puyol mendekatkan kerjasama tersebut dengan peminat sambil mencerminkan matlamat Midea untuk menjadikan teknologi termaju terasa lebih mudah digunakan di rumah.
Latar Belakang Midea dan Midea Group
Midea ialah salah satu daripada lebih 10 jenama di bawah Smart Home Business Midea Group.
Ditubuhkan pada 1968, Midea Group ialah syarikat teknologi global terkemuka dan salah satu pengeluar perkakas rumah terbesar di dunia. Sebagai sebuah syarikat Fortune Global 500, ia menduduki tempat No. 231 pada 2026. Kumpulan ini beroperasi merentasi tujuh tonggak perniagaan: Smart Home, Industrial Technologies, Building Technologies, KUKA, New Energy, Midea Healthcare dan ANNTO Logistics.
SOURCE Midea Group
Share this article