LinkAxia Networks Menyediakan Penyelesaian Keselamatan Zero Trust Zscaler untuk Sektor Awam dan GLC Malaysia
KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- LinkAxia Networks, pengedar teknologi serantau yang mempunyai kepakaran dalam keselamatan siber, rangkaian dan infrastruktur digital, berbesar hati mengumumkan perjanjian pengedaran baharunya dengan Zscaler™, peneraju global dalam keselamatan Zero Trust. Kerjasama ini menandakan satu pencapaian yang penting dalam usaha kedua-dua syarikat untuk menangani landskap keselamatan siber yang sentiasa berubah serta menyediakan penyelesaian keselamatan awan yang menyeluruh dan boleh dipercayai kepada pelanggan.
Seiring dengan kemajuan pendigitalan dan penggunaan aplikasi AI yang semakin meluas, kerumitan serta kecanggihan serangan siber terus meningkat. Sebagai tindak balas terhadap trend yang tidak dapat dielakkan ini, LinkAxia Networks berusaha menangani cabaran tersebut dengan menawarkan platform Zscaler Zero Trust Exchange™ kepada rangkaian rakan kongsinya dan pelanggan mereka bagi menyediakan perlindungan keselamatan siber yang dipertingkatkan.
Dalam landskap sektor awam dan GLC di Malaysia, banyak organisasi kini berdepan dengan pengurusan pengguna jarak jauh, aplikasi awan dan SaaS, data sensitif serta ancaman siber yang semakin canggih. VPN tradisional dan model keselamatan berasaskan perimeter boleh menimbulkan cabaran seperti capaian jarak jauh yang perlahan dan rumit, trafik Internet yang dialihkan melalui pusat data, keterlihatan yang terhad terhadap penggunaan SaaS dan AI, serta peningkatan risiko kebocoran data.
Dengan pelantikan ini, LinkAxia Networks menawarkan keupayaan Zero Trust Zscaler untuk membantu organisasi menangani cabaran ini. Platform tersebut membolehkan capaian selamat kepada aplikasi persendirian tanpa mendedahkannya kepada Internet, menyediakan keselamatan berasaskan awan untuk trafik Internet dan SaaS, serta memberikan perlindungan yang lebih kukuh terhadap data sensitif merentas dalam aplikasi web, awan dan AI. Pada Januari 2026, Zscaler mengumumkan sebuah pusat data baharu di Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh kapasiti, prestasi dan daya tahan tempatan untuk pelanggan di Malaysia. Gabungan keupayaan ini dapat membantu organisasi, terutamanya entiti NCII, menangani bidang berkaitan dalam Garis Asas Keselamatan Siber Negara (NCSB), termasuk seni bina Zero Trust, kawalan capaian, perlindungan data dan keselamatan rangkaian, dalam usaha mereka untuk mengukuhkan lagi daya tahan siber dalam rangka kerja kawal selia keselamatan siber Malaysia di bawah Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854).
"Kami gembira dapat bekerjasama dengan LinkAxia Networks sebagai pengedar yang diberi kuasa bagi platform Zscaler Zero Trust Exchange di Malaysia," kata Anthony Torsiello, Naib Presiden Kanan, Rakan Kongsi dan Perikatan Seluruh Dunia, Zscaler. "Seiring dengan usaha kami untuk terus memperluas kehadiran di Malaysia, kerjasama Zscaler dengan rakan kongsi seperti LinkAxia Networks amat penting untuk memastikan pangkalan pelanggan kami yang semakin berkembang mendapat sokongan yang diperlukan bagi mengukuhkan lagi strategi Zero Trust mereka."
"Ketika Malaysia mara ke arah aspirasi untuk menjadi Negara AI, keselamatan siber mesti turut berkembang seiiring dengan perubahan dalam cara orang bekerja dan menyampaikan perkhidmatan awam. Pengenalan Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi perkhidmatan awam mencerminkan cara kerja yang baharu, yang memerlukan pengguna, aplikasi dan data untuk dihubungkan secara selamat dari mana-mana sahaja, dan bukan hanya dari dalam perimeter pejabat tradisional," kata Eugene Cheang, Pengarah Perniagaan LinkAxia Networks. "Kerjasama kami dengan Zscaler membawa keupayaan Zero Trust yang telah terbukti kepada sektor awam dan GLC di Malaysia, sekali gus membolehkan organisasi menyesuaikan diri terhadap perubahan ini dengan lebih yakin sambil terus memperkukuh daya tahan siber untuk masa hadapan."
Organisasi sektor awam dan GLC yang sedang menilai penggantian VPN, keselamatan Internet dan SaaS, perlindungan data, keselamatan AI atau inisiatif Zero Trust boleh menghubungi rakan kongsi teknologi pilihan mereka atau LinkAxia Networks menerusi emel di [email protected] untuk mengatur perbincangan awal.
Tentang LinkAxia Networks
LinkAxia Networks ialah pengedar bernilai tambah (Value-added Distributor) serantau yang mengkhusus dalam bidang keselamatan siber, rangkaian perusahaan serta penyelesaian infrastruktur awan dan digital di Malaysia, Thailand, Vietnam dan Brunei. LinkAxia bekerjasama rapat dengan vendor teknologi global terkemuka, pengintegrasi sistem dan rakan kongsi saluran untuk menyediakan teknologi taraf tertinggi, dengan sokongan perundingan teknikal, reka bentuk penyelesaian, pembuktian konsep, bimbingan pelaksanaan serta pemerkasaan pascajualan. Dengan pendekatan yang mengutamakan rakan kongsi serta komitmen terhadap inovasi, LinkAxia memperkasakan organisasi dalam sektor awam dan swasta untuk membangunkan persekitaran digital yang selamat, berdaya tahan dan bersedia menghadapi masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.linkaxia.com atau e-mel kepada [email protected].
SOURCE LinkAxia Networks Sdn Bhd
Share this article