LX Pantos Indonesia Perkukuh Komitmen CSR Menerusi Inisiatif Pengubahsuaian Kemudahan Komuniti
SEOUL, Korea Selatan dan BEKASI, Indonesia, 25 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- LX Pantos Indonesia telah menyiapkan kerja pengubahsuaian di SDN Cicau 02 dan SDN Gandasari 01, dua sekolah rendah di Bekasi, Jawa Barat, sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2026 syarikat. Terletak berhampiran pusat logistik syarikat di Cikarang, projek itu mencerminkan komitmen berterusan LX Pantos Indonesia untuk menyokong komuniti setempat dan menyumbang kepada pembangunan mampan di wilayah operasinya.
Kerja pengubahsuaian itu dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif untuk pelajar, guru dan komuniti sekolah secara keseluruhan. Dengan menambah baik kemudahan penting, LX Pantos Indonesia berhasrat untuk menyokong pendidikan dan membantu memperkukuh asas bagi pembangunan bakat tempatan pada masa hadapan.
Majlis perasmian dihadiri wakil LX Pantos Indonesia, pihak sekolah, ibu bapa tempatan, anggota komuniti dan rakan kongsi kontraktor syarikat, sekali gus mencerminkan sokongan meluas terhadap inisiatif tersebut.
Wakil sekolah menyambut baik penambahbaikan berkenaan dengan menyatakan bahawa kemudahan yang dinaik taraf akan membantu mewujudkan persekitaran yang lebih positif untuk pembelajaran dan penyertaan aktif. Ibu bapa turut menyatakan penghargaan mereka dan berkata projek itu akan membantu meningkatkan semangat anak-anak untuk ke sekolah serta menyokong aspirasi mereka.
"Projek ini mencerminkan komitmen kami untuk mewujudkan nilai yang praktikal dan berkekalan bagi komuniti setempat," kata Kim Dong Hyun, Pengarah Urusan LX Pantos Indonesia. "Dengan menambah baik persekitaran pembelajaran, kami berharap dapat memberikan sokongan yang lebih baik kepada pelajar dan guru."
Inisiatif itu menyusuli aktiviti pengubahsuaian yang dilaksanakan pada 2025 di SMAN 1 Cikarang Pusat, SDN Ganda Mekar 02 dan Musholla At-Tawabiin, sekali gus terus menunjukkan usaha berterusan LX Pantos Indonesia untuk mewujudkan nilai bersama menerusi aktiviti CSR serta memperkukuh hubungan dengan pihak berkepentingan tempatan.
Sejajar dengan visi ESG LX Pantos, "Value Deliverer for People and the Planet" (Penyampai Nilai untuk Umat Manusia dan Planet), projek itu menegaskan semula komitmen syarikat terhadap amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan penciptaan nilai jangka panjang.
- Latar Belakang LX Pantos Indonesia
Ditubuhkan pada 1997, LX Pantos Indonesia ialah syarikat pelaburan asing yang beribu pejabat di Kabupaten Bekasi, Indonesia, dan merupakan penyedia terkemuka bagi penyelesaian logistik dan rantaian bekalan bersepadu. Perkhidmatannya merangkumi penghantaran kargo antarabangsa, pergudangan, pengedaran dan pengangkutan rentas sempadan. Sebagai sebahagian daripada LX Pantos, penyedia logistik global terkemuka yang beribu pejabat di Korea, syarikat menyediakan penyelesaian logistik komprehensif menerusi rangkaian global yang merangkumi lebih 40 negara.
SOURCE LX Pantos
Share this article