SINGAPURA, 5 November 2026 /PRNewswire/ -- ManpowerGroup hari ini mengumumkan bahawa syarikat ini telah disenaraikan sebagai salah satu Majikan Terbaik Asia Pasifik 2027 oleh TIME, sekali gus mengiktirafnya sebagai antara majikan terkemuka di rantau ini.
Penarafan itu berdasarkan tinjauan bebas terhadap pekerja di seluruh rantau ini dan mencerminkan komitmen ManpowerGroup untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang bermakna dan mampan dengan meletakkan insan sebagai teras perniagaannya.
"Pengiktirafan ini amat bermakna kerana ia mencerminkan pengalaman warga kerja kami di seluruh rantau ini. Kepercayaan dan komitmen mereka memperkukuh keyakinan kami bahawa pekerjaan yang bermakna dan mampan berupaya mengubah dunia. Apabila warga kerja kami berkembang maju, mereka membantu pelanggan kami mencapai kejayaan, kini dan pada masa hadapan," kata François Lançon, Presiden Serantau, Asia Pasifik dan Timur Tengah, ManpowerGroup.
"Kami berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pekerja kami. Meletakkan insan sebagai teras segala yang kami lakukan bukan sekadar suatu pegangan. Prinsip ini membentuk cara kami menyokong pekerja setiap hari. Melalui Piawaian Kejelasan, Keprihatinan dan Pertumbuhan kami, kami memperkasakan warga kerja untuk berkembang maju dan membawa perubahan yang bermakna kepada pelanggan, rakan sekerja serta komuniti," kata Carine Rolland, Pengarah Insan dan Budaya, Asia Pasifik dan Timur Tengah, ManpowerGroup.
Senarai Majikan Terbaik Asia Pasifik 2027 oleh TIME disusun berdasarkan tinjauan bebas yang melibatkan lebih daripada 80,000 pekerja sepenuh masa dan separuh masa di Australia, China, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (China), India, Indonesia, Jepun, Wilayah Pentadbiran Khas Macau (China), Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Taiwan (China), Thailand dan Vietnam.
Penarafan tersebut ditentukan menggunakan dua jenis penilaian:
- Penilaian Peribadi (Langsung): Pekerja menilai majikan masing-masing, termasuk kesediaan mereka untuk mengesyorkan tempat kerja mereka kepada rakan dan keluarga.
- Penilaian Awam (Tidak Langsung): Rakan dan keluarga pekerja, serta rakan industri yang mengenali syarikat, memberikan penilaian tambahan terhadap majikan.
Untuk melihat senarai penuh Majikan Terbaik Asia Pasifik 2027, layari https://time.com/article/2026/11/03/asia-pacific-best-employers-2027/. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ManpowerGroup dan nilai yang menjadi panduan pendekatan kami yang mengutamakan insan, layari https://www.manpowergroup.com.sg/time-asia-pacific-best-employer-award.
Latar Belakang ManpowerGroup
ManpowerGroup® (NYSE: MAN), syarikat penyelesaian tenaga kerja global terkemuka, membantu organisasi melakukan transformasi dalam dunia pekerjaan yang berubah dengan pantas melalui usaha mendapatkan, menilai, membangunkan dan mengurus bakat yang membolehkan organisasi mencapai kejayaan. Rangkaian jenama pakar kami — Manpower, Experis, dan Talent Solutions — menghasilkan nilai yang jauh lebih besar untuk calon dan pelanggan di lebih daripada 70 negara dan wilayah selama lebih daripada 75 tahun yang lalu.
SOURCE ManpowerGroup


Share this article