Master Concept Tekankan Keperluan Penggunaan Telematik Secara Praktikal dalam Kalangan Pengendali Armada di Malaysia
KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 November 2026 /PRNewswire/ -- Seiring dengan peningkatan penggunaan telematik armada dalam sektor logistik dan pengangkutan Malaysia, pengendali armada memanfaatkan teknologi canggih untuk meningkatkan kecekapan dan prestasi keseluruhan armada.
Pada Jun 2026, Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan inisiatif berperingkat untuk menggalakkan penggunaan telematik dalam kalangan pengendali kenderaan komersial. Belanjawan 2027 turut menggariskan rancangan pelaksanaan mandatori, dengan penggunaan secara sukarela diteruskan sepanjang tahun 2027.
Meskipun inisiatif ini memenuhi tuntutan penekanan yang semakin tinggi terhadap keselamatan jalan raya, telematik pada masa yang sama membuka peluang besar kepada perusahaan komersial untuk meningkatkan kecekapan armada, mengoptimumkan perbelanjaan operasi dan membuat keputusan berasaskan data.
Lebih daripada Sekadar Mengetahui Lokasi Kenderaan
Berbeza dengan GPS konvensional yang hanya menjejaki lokasi kenderaan, telematik menggabungkan data lokasi dengan maklumat diagnostik kenderaan dan cerapan tentang tingkah laku pemanduan, sekali gus memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pengendali tentang prestasi harian armada.
Sebagai contoh, membiarkan enjin melahu terlalu lama boleh menyebabkan penggunaan bahan api yang tidak perlu, manakala diagnostik kenderaan dan amaran penyelenggaraan dapat membantu pengendali merancang kerja servis sebelum kerosakan mengganggu jadual penghantaran. Data tentang pemanduan melebihi had laju, brek mengejut dan pecutan mendadak turut dapat menyokong pengurusan keselamatan pemandu.
Nilai sebenar bukan terletak pada pengumpulan data semata-mata, tetapi pada usaha memanfaatkan cerapan ini untuk melaksanakan penambahbaikan yang praktikal.
Memudahkan Penggunaan yang Praktikal oleh Pengendali
Di sebalik manfaat ini, kos kekal sebagai pertimbangan utama. Pelaksanaan perkakasan telematik di seluruh armada memerlukan pelaburan awal yang besar, di samping bayaran berterusan bagi perisian, ketersambungan dan sokongan.
Bagi menangani cabaran ini, Master Concept memperkenalkan program penyewaan Geotab GO9 di Malaysia, sekali gus menghapuskan kerumitan perolehan awal perkakasan dan SIM. Program ini disepadukan dengan lancar bersama penyelesaian Master Series, sekali gus menyediakan penyelesaian pengurusan armada menyeluruh kepada pengendali armada.
Dengan sokongan pelaksanaan tempatan dan kepakaran teknikal, platform Geotab menghimpunkan penjejakan kenderaan, cerapan penggunaan bahan api, analisis tingkah laku pemanduan dan maklumat penyelenggaraan dalam satu platform.
Henry Phua, Pakar Penyelesaian Mobiliti di Master Concept, menekankan satu prinsip mudah: "Jika anda menjaga kenderaan anda, kenderaan itu akan menjaga anda." Ini menggariskan peranan penyelenggaraan proaktif dan data kenderaan dalam memastikan armada terus beroperasi dengan andal.
Seiring dengan langkah Malaysia ke arah penyepaduan telematik secara meluas, pengendali armada boleh bekerjasama dengan Master Concept untuk meneroka bagaimana pemanfaatan data operasi dapat mewujudkan kelebihan daya saing dan mempertingkat pembuatan keputusan strategik.
Latar Belakang Master Concept
Ditubuhkan pada tahun 2003, Master Concept ialah penyedia penyelesaian teknologi yang mengkhusus dalam pengkomputeran awan, AI perusahaan, risikan geospatial dan transformasi digital, membantu organisasi di seluruh Asia Pasifik menjana nilai perniagaan daripada teknologi.
Ketahui lebih lanjut: https://masterconcept.ai/partners/geotab/go-device-bundle-malaysia
HUBUNGI:
Pasukan Geospatial di Master Concept
[email protected]
SOURCE Master Concept


Share this article