MBA SMU naik ke kedudukan ke-3 di Asia dalam QS Global MBA Rankings 2027
Kedudukan tertinggi di Asia setakat ini menonjolkan peningkatan pengiktirafan majikan dan kekuatan akademik
Sarjana Sains dalam Kewangan Gunaan SMU turut menduduki tempat ke-3 di Asia
SINGAPURA, 18 September 2026 /PRNewswire/ -- Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Singapore Management University (SMU) mencapai kedudukan tertinggi yang baharu dalam QS Global MBA Rankings 2027, naik ke tangga ke-3 di Asia yang merupakan kedudukan serantau tertingginya setakat ini, serta menduduki tempat ke-41 di peringkat global.
Keputusan itu menandakan tahun ketiga berturut-turut MBA SMU meningkat kedudukannya di Asia, naik dari tangga ke-6 pada 2024 kepada tempat ke-5 pada 2025, tempat ke-4 pada 2026 dan ketika ini di kedudukan ke-3 pada 2027. Ia merupakan program MBA yang tersenarai di tempat kedua tertinggi di Singapura dan kekal dalam kelompok 10 peratus teratas daripada lebih 400 program MBA yang dinilai di seluruh dunia. Prestasi kukuh itu disokong oleh peningkatan dalam pengiktirafan majikan dan kebolehpasaran siswazah, di samping kedudukan ke-4 di Asia bagi Kepimpinan Pemikiran, yang menonjolkan gabungan antara hasil kerjaya yang kukuh dan kecemerlangan akademik yang mentakrifkan pengalaman MBA SMU.
Sarjana Sains dalam Kewangan Gunaan SMU turut menduduki tempat ke-3 di Asia
Prestasi kukuh SMU turut merangkumi QS Master's in Finance Rankings 2027, dengan program Sarjana Sains dalam Kewangan Gunaan (MAF) menduduki tempat ke-3 di Asia dan tempat ke-39 di peringkat global. Program ini kekal sebagai satu-satunya program sarjana kewangan di Singapura yang dirangkumkan dalam senarai kedudukan itu, ketika bidang ini berkembang dengan ketara daripada 248 program pada tahun lalu kepada 319 program tahun ini.
Kekuatan akademik yang memberi impak
Kepimpinan Pemikiran merupakan satu lagi bidang kekuatan, dengan kedua-dua program tersenarai dalam kelompok 40 Terbaik dunia, dengan MBA tersenarai di tempat ke-33 dan MAF di tempat ke-19. Keputusan ini menonjolkan kedudukan Lee Kong Chian School of Business (LKCSB) SMU yang semakin meningkat sebagai sumber penyelidikan dan idea berpengaruh yang menyumbang kepada pemikiran dalam bidang perniagaan dan pengurusan.
Hampir semua tenaga pengajar di LKCSB SMU memiliki ijazah kedoktoran, sekali gus dapat membawa kepakaran akademik yang mendalam dan penemuan penyelidikan ke dalam bilik darjah. Pengaruh penyelidikan mereka yang semakin meningkat turut dicerminkan dalam kedudukan pada tahun ini, dengan impak penyelidikan bertambah baik bagi kedua-dua MBA dan MAF. Pelajar dalam program MBA dan MAF belajar daripada tenaga pengajar yang berkelayakan tinggi dalam bidang kepakaran masing-masing, sekali gus memberikan mereka akses kepada pemikiran dan penyelidikan terkini yang boleh diaplikasikan kepada cabaran perniagaan dunia sebenar.
Profesor Shantanu Bhattacharya, Timbalan Dekan (Pendidikan) di Lee Kong Chian School of Business SMU, berkata: "Program MBA dan MAF kami yang kedua-duanya menduduki tempat ke-3 di Asia merupakan pengesahan kukuh terhadap kualiti pendidikan perniagaan SMU dan kemajuan yang telah kami capai sepanjang beberapa tahun lamanya. Pengiktirafan ini menggambarkan kaliber tenaga pengajar kami, kerelevanan dan impak penyelidikan mereka serta nilai yang diberikan oleh majikan kepada siswazah kami. Kami amat berbesar hati dengan peningkatan pengiktirafan daripada majikan, yang mencerminkan keupayaan dan perspektif yang dibawa oleh siswazah kami ke tempat kerja. Dalam tinjauan kebolehpasaran siswazah yang terkini, 86% dan 78% pelajar pascasiswazah MBA dan MAF kami masing-masing mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Fokus kami kekal pada penyampaian pendidikan yang melengkapkan pelajar kami untuk memajukan kerjaya mereka, merebut peluang baharu dan memimpin dengan yakin dalam persekitaran Asia yang dinamik dan berkembang pesat."
Baik MBA mahupun MAF ditawarkan oleh Lee Kong Chian School of Business (LKCSB) Universiti itu.
QS Global MBA Rankings dan QS Master's in Finance Rankings 2027 masing-masing menilai lebih 400 program MBA dan 319 program Sarjana Kewangan di peringkat global. Kedua-dua kedudukan itu bersandarkan kepada maklum balas meluas daripada majikan dan ahli akademik di seluruh dunia serta menilai program dalam lima bidang: Kebolehpasaran, Hasil Alumni, Kepimpinan Pemikiran, Nilai untuk Wang dan Kepelbagaian.
Latar Belakang Singapore Management University (SMU)
Ditubuhkan pada 2000, Singapore Management University (SMU) diiktiraf menerusi penyelidikan pelbagai bidang berimpak tinggi yang mengupas mengenai isu-isu Asia yang mempunyai kerelevanan global, serta pendekatan pembelajarannya yang interaktif, kolaboratif dan berasaskan projek. Menempatkan lebih 13,000 pelajar merentasi enam pusat pengajian dan dua kolej, SMU menawarkan program sarjana muda, sarjana dan PhD dalam bidang Perakaunan, Perniagaan, Ekonomi, Sistem Maklumat, Pengajian Integratif, Undang-undang dan Sains Sosial, selain program pembangunan eksekutif dan pendidikan berterusan. Siswazah SMU secara konsisten tersenarai dalam kalangan siswazah yang paling mudah mendapat pekerjaan di Singapura serta memperoleh antara purata gaji permulaan tertinggi. Menerusi kampus bandarnya, SMU menikmati hubungan strategik dengan sektor perniagaan, kerajaan dan komuniti yang lebih luas di Singapura dan luar negara. www.smu.edu.sg
SOURCE Singapore Management University
Share this article