Bab muzikal keempat dan terakhir melengkapkan kisah yang penuh dengan petunjuk dan pendedahan. Prapendaftaran kini dibuka di Google Play.
MILAN, 19 November 2026 /PRNewswire/ -- LeiKiè memperkenalkan PAPcrazy dan PAPrhythm, dua mod permainan dalam PAPgame, sebuah permainan video mudah alih yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Not Just Music S.r.l. untuk Android dan iOS, dengan prapendaftaran kini dibuka di Google Play.
Menerusi single keempatnya yang dilancarkan dalam bahasa Inggeris dengan tajuk "PAPmusic Game Out of Every Box" dan dalam bahasa Itali sebagai "PAPmusic Game Fuori dagli Schemi", LeiKiè melengkapkan perjalanan penceritaan muzikal yang menjadi asas kepada permainan tersebut.
Rasa sudah memahami segala-galanya tentang PAPgame? Cuba fikir di luar kebiasaan — sekali lagi!
Tonton filem pendek muzikal terbaharu: https://youtu.be/OgSet_lnhjE
Filem pendek muzikal baharu ini mendedahkan satu lagi kejutan: Muzik bukan sekadar mengiringi permainan. Muzik itu sendiri menjadi permainan!
DUA CARA UNTUK BERMAIN. SATU PAPWORLD.
Watak dan objek PAPworld menjadi tumpuan utama dalam memperkenalkan PAPrhythm, pengalaman permainan berirama baharu yang ditawarkan bersama PAPcrazy, sebuah permainan pengembaraan perspektif orang pertama yang berlatarbelakangkan Piazza Duomo di Milan.
Ketika pelancaran, PAPshop akan menawarkan kira-kira 50 lagu yang boleh digunakan dalam kedua-dua pengalaman permainan: Ada yang diberikan secara percuma, ada yang boleh dibeli dan selebihnya boleh diperoleh melalui permainan. Dalam PAPrhythm, pemain memenangi ganjaran dengan menyahut cabaran bagi setiap lagu, manakala dalam PAPcrazy, mereka melengkapkan cabaran untuk mengumpul 11 trofi — dan boleh memenanginya berulang kali.
MENANG. MULA SEMULA. MENANG LAGI!
Dalam PAPcrazy, enam persekitaran bertemakan cuaca merangkumi 35 PAPranks. Pada pusingan permainan pertama, setiap persekitaran memberikan ganjaran berupa sebuah lagu kepada pemain: enam lagu percuma yang diperoleh melalui permainan. Selepas itu, satu lagi peringkat membawa pemain kepada trofi terakhir Never-Ending PAPstory, yang menyebarkan PAPlove ke seluruh Piazza Duomo.
"Berfikir di luar kebiasaan merupakan semangat PAPmusic: walaupun satu bab berakhir, Never-Ending PAPstory tetap diteruskan!" kata pencipta PAPgame, LeiKiè.
Namun, kemenangan bukanlah penamatnya! Diilhamkan oleh sistem kitaran prestij (prestige loop), sistem kemajuan berulang ini membolehkan pemain memulakan semula permainan sambil mengekalkan skor mereka, memenangi semula trofi dan merekodkan jumlah kemenangan bagi setiap trofi. Kitaran permainan seterusnya menawarkan hadiah yang berbeza antara persekitaran. PAPcoins dan PAPgems turut mengiringi pengembaraan ini.
EMPAT FILEM PENDEK MUZIKAL. SATU MISTERI YANG SEMAKIN TERUNGKAP.
Kisah PAPgame telah disampaikan menerusi empat filem pendek muzikal, dengan setiap satunya mendedahkan petunjuk baharu. "BREAKING PAPnews" mencetuskan misteri tersebut pada Jun; "I Play PAPmusic Game" mendedahkan pada Julai bahawa ia sebenarnya sebuah permainan video; manakala "Is it Just a Game?" menimbulkan lebih banyak persoalan dan PAPsurprises pada September. Kini, "PAPmusic Game Out of Every Box" melengkapkan perjalanan tersebut dengan pendedahan yang boleh dialami sendiri melalui permainan.
Tiga kempen pertama mencatatkan kira-kira 50 juta tontonan di media sosial dan 5,500 penerbitan dalam media antarabangsa.
Not Just Music S.r.l. ialah syarikat produksi dari Itali di sebalik PAPmusic – Animation for Fashion dan PAPgame. Dengan menggabungkan animasi, muzik asli, fesyen dan hiburan interaktif, syarikat ini membangunkan serta menghasilkan projek kreatif merentasi bidang filem, muzik dan permainan video. Not Just Music merupakan pembangun dan penerbit PAPgame untuk Android dan iOS.
DAN SEKARANG?
Setelah keempat-empat bab muzikal selesai, bagaimana pula sebuah Never-Ending PAPstory boleh berakhir? PAPnews yang seterusnya mungkin membawakan lebih banyak kejutan...
PAPyourself Up too!
Laman web: https://www.not-just-music.it/
Instagram: @papmusicofficial
TikTok: @papmusicofficial
YouTube: @PAPmusicOfficial
Butiran Hubungan: [email protected]


Share this article