MHTC DAN MAYBANK JALIN KERJASAMA UNTUK MENDEKATKAN PERKHIDMATAN PENJAGAAN KESIHATAN MALAYSIA KEPADA PELANGGAN ASEAN
News provided by
Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC); Malayan Banking Berhad (Maybank)16 Oct, 2026, 15:27 CST
Kerjasama berbilang tahun ini menggabungkan ekosistem Malaysia Healthcare dengan rangkaian serantau Maybank bagi menyokong pengalaman penjagaan kesihatan dan kesejahteraan yang lebih bersepadu di seluruh ASEAN
KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) dan Malayan Banking Berhad (Maybank) memeterai kerjasama strategik berbilang tahun bagi mendekatkan ekosistem Malaysia Healthcare kepada pelanggan Maybank di seluruh ASEAN.
Kerjasama ini menggabungkan ekosistem pelancongan perubatan MHTC dengan rangkaian serantau serta capaian pelanggan Maybank, membuka lebih banyak peluang kepada pelanggan dan keluarga mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, peluang dalam ekosistem serta perkhidmatan sokongan. Kerjasama ini turut menyokong usaha lebih luas MHTC menerusi pendekatan "Healing Meets Hospitality".
Melalui kerjasama ini, MHTC menghimpunkan kepakaran penjagaan kesihatan negara, rangkaian hospital ahlinya serta ekosistem industri, manakala Maybank menyokong penglibatan pelanggan melalui kehadiran serantau dan saluran hubungannya dengan pelanggan. Kedua-dua organisasi berhasrat membentuk laluan yang lebih bersepadu antara pelanggan di seluruh ASEAN dengan ekosistem penjagaan kesihatan Malaysia.
"Malaysia telah membangunkan ekosistem penjagaan kesihatan yang kukuh, dan peluang seterusnya adalah untuk menjadikan kelebihan ini lebih mudah diakses oleh masyarakat di seluruh rantau ini," kata Dato' Suriaghandi Suppiah, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Healthcare Travel Council. "MHTC membawa mandat penjagaan kesihatan negara, ekosistem penjagaan kesihatan serta hubungan dengan hospital-hospital ahli kami, manakala Maybank mempunyai rangkaian serantau yang mantap dan hubungan pelanggan yang dipercayai. Kerjasama ini membolehkan kami memperluas capaian Malaysia Healthcare dan menawarkan pendekatan yang lebih praktikal serta memenuhi keperluan pelanggan di seluruh ASEAN. Ringkasnya, MHTC membuka destinasi, Maybank pula membuka pintu," tambah beliau.
Teras kerjasama ini ialah inisiatif penjagaan kesihatan dan kesejahteraan serantau Maybank, iaitu satu tawaran kepada pelanggan yang akan dibangunkan secara berperingkat bersama MHTC dan dilaksanakan di pasaran yang mengambil bahagian.
"Di seluruh ASEAN, pelanggan kami menjalani kehidupan yang semakin merentas sempadan, dengan keperluan dan keutamaan yang melangkaui pasaran masing-masing. Dengan rangkaian perbankan yang merangkumi sepuluh negara ASEAN, Maybank berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi keperluan yang terus berkembang ini, melangkaui perkhidmatan perbankan tradisional. Kerjasama dengan MHTC ini merupakan salah satu contoh usaha menghubungkan pelanggan dan keluarga mereka di seluruh rantau ini dengan ekosistem pelancongan penjagaan kesihatan Malaysia. Dengan membina perkongsian berdasarkan keperluan sebenar pelanggan, kami terus merealisasikan tujuan kami untuk memanusiakan perkhidmatan kewangan," kata Syed Ahmad Taufik Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Maybank.
Kerjasama ini akan dilaksanakan secara berperingkat di pasaran ASEAN terpilih, bermula dengan penglibatan awal di Kemboja. Indonesia, Filipina dan Singapura turut dikenal pasti sebagai pasaran keutamaan. Walaupun inisiatif penjagaan kesihatan dan kesejahteraan serantau Maybank akan kekal sebagai platform bersama, pelaksanaannya akan disesuaikan mengikut keperluan pelanggan tempatan dan syarat yang berkenaan.
Di Kemboja, kerjasama ini menyokong hala tuju Maybank Cambodia, "Cross-Border Wealth to Cross-Border Wellbeing", yang memperluas tawaran kekayaan Premier melangkaui kesejahteraan kewangan dan membantu pelanggan memenuhi keperluan mereka yang berubah mengikut peringkat kehidupan. Pelanggan Premier boleh mendapatkan maklumat serta peluang berkaitan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan melalui ekosistem MHTC.
Di Indonesia, kerjasama ini melengkapi tawaran Premier Banking Maybank Indonesia dengan memperluas pengalaman pelanggan melangkaui perkhidmatan kewangan tradisional. Melalui ekosistem pelancongan penjagaan kesihatan MHTC, pelanggan Premier dan keluarga mereka boleh menikmati keistimewaan serta sokongan berkaitan untuk memenuhi keperluan kesejahteraan diri dan keluarga.
Di pasaran-pasaran ini, Maybank akan memudahkan akses kepada peluang yang berkaitan melalui rangkaian pelanggannya di rantau ini, manakala MHTC menghubungkan pelanggan dengan ekosistem Malaysia Healthcare.
Mengenai Maybank
Maybank merupakan antara kumpulan kewangan terkemuka di Asia dan bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset, dengan tenaga kerja global yang besar serta rangkaian luas di seluruh ASEAN dan pusat kewangan antarabangsa utama. Berpandukan strategi ROAR30, Maybank terus berusaha untuk "Memanusiakan Perkhidmatan Kewangan" melalui tawaran berteraskan nilai yang memberikan pengalaman pelanggan cemerlang, membawa impak positif kepada masyarakat dan menyokong ekonomi sebenar. Kumpulan ini menyediakan rangkaian perkhidmatan kewangan yang menyeluruh merangkumi perbankan pengguna dan korporat, perbankan pelaburan, perbankan Islam, insurans dan takaful serta pengurusan aset. (www.maybank.com)
Mengenai Malaysia Healthcare Travel Council
Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), yang ditubuhkan pada tahun 2009 di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), diberi tanggungjawab untuk membangunkan dan memperkukuh jenama "Malaysia Healthcare". MHTC mempertingkat, menyelaras dan mempromosikan industri pelancongan penjagaan kesihatan Malaysia melalui kerjasama industri serta pembentukan perkongsian awam-swasta yang bernilai di dalam dan luar negara. Dengan 91 hospital ahli di seluruh negara, MHTC terus memperkukuh ekosistem pelancongan penjagaan kesihatan melalui penjenamaan yang mantap, pengalaman pesakit yang lancar dan inisiatif pasaran strategik. Selaras dengan usaha ini, MHTC menerajui Malaysia Year of Medical Tourism (MYMT) 2026, tahun khusus pertama negara bagi meraikan dan memajukan pelancongan penjagaan kesihatan. MYMT 2026 merupakan inisiatif penting untuk mengetengahkan penawaran penjagaan kesihatan bertaraf dunia Malaysia, mengukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi penjagaan kesihatan global pilihan utama serta menyerlahkan sumbangan besar industri ini kepada ekonomi negara.
Laman web MHTC: https://www.malaysiahealthcare.org
For media inquiries and further information, please contact:
Muhammad Rasydan Bin Ma'at Head of Unit, PR and Media Unit Communications +603 8776 6168 |
Pang Tun Yau Head, PR, Content & Creative Group Community Financial Services Maybank |
Mohamad Shahizam Fauzi Head, Communications +603 8776 6168 |
SOURCE Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC); Malayan Banking Berhad (Maybank)
Share this article