MICHELIN GUIDE KUALA LUMPUR & PULAU PINANG 2027 PERKENAL BINTANG BAHARU DAN PENEMUAN GASTRONOMI YANG MENARIK
- Edisi kelima MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang menampilkan 159 premis makanan, termasuk sebuah restoran Two MICHELIN Stars, sembilan restoran One MICHELIN Star, 60 restoran penarafan Bib Gourmand dan 89 premis dalam senarai MICHELIN Selected.
- Potager menerima One MICHELIN Star buat kali pertama, manakala Dewakan mengekalkan pengiktirafan Two MICHELIN Stars
- Senarai pengiktirafan Bib Gourmand dan MICHELIN Selected meraikan kehadiran 16 premis baharu, mencerminkan kepelbagaian landskap kulinari Malaysia, daripada hidangan kegemaran harian tempatan hingga ke segmen sajian kontemporari.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 November 2026 /PRNewswire/ -- MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang 2027 melancarkan edisi kelimanya dengan penampilan 159 premis makanan dari kedua-dua bandar raya berkenaan. Daripada restoran yang menyajikan hidangan tradisional Malaysia hinggalah masakan kontemporari serantau dan antarabangsa, pemilihan tahun ini merangkumi pelbagai pengalaman gastronomi yang dicipta berasaskan ramuan tempatan, teknik masakan serta tradisi kulinari yang boleh didapati di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Senarai pilihan ini merangkumi sebuah restoran Two MICHELIN Stars, sembilan restoran One MICHELIN Star, 60 premis Bib Gourmand dan 89 premis MICHELIN Selected. Potager menerima pengiktirafan One MICHELIN Star buat julung kalinya, manakala Dewakan terus mengekalkan status Two MICHELIN Stars. Di samping restoran bertaraf bintang tersebut, empat premis baharu turut merangkul pengiktirafan Bib Gourmand dan 12 lagi hadir buat pertama kalinya di dalam kategori MICHELIN Selected. Penambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan premis yang menerima pengiktirafan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang masing-masing sebanyak 80 dan 79 buah. Empat Anugerah Khas turut diberikan bagi meraikan kecemerlangan perkhidmatan di dapur, ruang makan, hidangan wain dan pembukaan restoran baharu.
Pilihan tahun ini mencerminkan pelbagai cara warisan berbilang budaya Malaysia diterjemahkan ke atas meja hidangan. Para cef menggabungkan tradisi masakan keluarga, kepakaran serantau dan ramuan tempatan sambil mengadunkan pengalaman serta teknik peribadi ke dalam setiap hidangan. Daripada hidangan kegemaran harian seperti nasi kandar dan kuetiau sup hinggalah olahan kontemporari cita rasa tempatan, senarai ini meraikan budaya kulinari yang dibentuk oleh gandingan tradisi serta perspektif segar.
"Landskap gastronomi Malaysia terserlah dengan kepelbagaian dan keistimewaan,, serta pentafsiran tersendiri para cef. Pilihan tahun ini mencerminkan keutamaan yang sentiasa diberikan kepada hidangan kegemaran tempatan, di samping restoran yang menggabungkan ramuan Malaysia, cita rasa serantau dan teknik antarabangsa. Ia mengetengahkan dunia kulinari yang dibentuk oleh gandingan warisan budaya serta perspektif unik setiap cef," kata Gwendal Poullennec, Pengarah Antarabangsa MICHELIN Guide.
Potager dinaik taraf ke One MICHELIN Star
Potager menerima MICHELIN Star pertamanya, menjadikan jumlah keseluruhan restoran One MICHELIN Star kepada sembilan.
Sembilan restoran One MICHELIN Star tersebut ialah Akar, Beta, Chim by Chef Noom, DC. by Darren Chin, Molina, Potager dan Terra Dining di Kuala Lumpur, serta Au Jardin dan Auntie Gaik Lean's Old School Eatery di Pulau Pinang.
Dewakan kekalkan Two MICHELIN Stars
Dewakan yang diterajui Cef Darren Teoh terus mengekalkan penarafan Two MICHELIN Stars dan mengukuhkan kedudukannya antara destinasi santapan mewah terkemuka di Malaysia. Dikenali menerusi penggunaan ramuan asli tempatan serta tafsiran kreatif terhadap cita rasa Malaysia, restoran ini kekal sebagai lambang keunggulan dalam landskap gastronomi negara.
Anugerah Khas MICHELIN Guide meraikan kecemerlangan individu
MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang 2027 turut memperkenalkan empat Anugerah Khas bagi mengiktiraf individu yang memainkan peranan penting dalam memperkayakan pengalaman menjamu selera, bermula dari dapur hingga ke ruang makan, perkhidmatan hidangan wain serta pengenalan konsep restoran baharu.
The MICHELIN Young Chef Award
Anugerah ini diberikan kepada Aidan Low daripada restoran One MICHELIN Star, Akar. Dilahirkan pada tahun 1992, cef merangkap pemilik restoran tersebut menggabungkan teknik klasik Perancis dengan ketelitian kulinari Jepun serta minat yang mendalam terhadap ramuan tempatan. Dengan memanfaatkan hasil bumi asli, produk fermentasi buatan sendiri dan cita rasa serantau, beliau mewakili generasi baharu yang berani dalam landskap gastronomi Malaysia.
The MICHELIN Service Award
Anugerah ini diberikan kepada En. Nazahar daripada restoran One MICHELIN Star, Potager, yang menyelia perkhidmatan premis itu sejak hari pembukaannya. Dengan pengalaman hampir sedekad dalam industri hospitaliti, beliau disenangi ramai menerusi perwatakan yang mesra dan pengetahuan mendalam terhadap ramuan serta konsep restoran. Perkhidmatannya yang teliti dan perkongsian cerita di sebalik setiap hidangan turut menyuntik nilai tambahan kepada pengalaman menjamu selera di restoran tersebut.
The MICHELIN Sommelier Award
Anugerah ini diberikan kepada Joyin Goh daripada restoran MICHELIN Selected, Tangram. Anak jati Johor dan graduan program hospitaliti Universiti Sunway ini mempunyai pengalaman praktikal selama empat tahun dalam bidang perkhidmatan, selain bertanggung jawab menyusun senarai hampir 100 jenis wain di restoran tersebut. Pilihannya merangkumi kilang wain butik yang kurang dikenali, di samping penawaran padanan wain yang fleksibel untuk pengalaman menikmati wain yang lebih mesra pelanggan dengan nilai terbaik pada harga yang berpatutan.
The MICHELIN Opening of the Year Award
Anugerah ini diberikan kepada Root House by Gēn yang tersenarai dalam kategori MICHELIN Selected. Konsep restoran cetusan idea Cef Johnson Wong dibuka pada Julai 2026 di hotel bersejarah 1926 Heritage Hotel di George Town. Restoran tersebut meneroka evolusi masakan Cina Malaysia menerusi tradisi Hokkien, Teochew, Hakka, Kantonis dan Hainan. Hidangan kontemporarinya diinspirasikan oleh pertukaran budaya serta memori kulinari yang mengabungkan ciri-ciri tradisi tersebut mengikut corak perkembangannya di Malaysia.
Meraikan Penemuan Baharu dalam Kategori Bib Gourmand dan MICHELIN Selected
Bagi kategori Bib Gourmand yang mengetengahkan hidangan berkualiti pada harga berpatutan, sebanyak empat premis baharu telah dipilih untuk menyertai senarai tahun ini.
- Di Kuala Lumpur, 7 Chai Ipoh Hor Fun menyajikan kuetiau dalam sup ayam dan udang yang kaya rasa manakala Minji Bak Kut Teh mengekalkan resipi warisan keluarga berusia 80 tahun bagi sup herba asli.
- Di Pulau Pinang, Lemon Koay Teow Soup menghidangkan kuetiau bertekstur lembut dalam sup yang dimasak segar manakala restoran popular tempatan, Serabai Istimewa terkenal dengan lempeng kelapa yang dihidangkan bersama gula Melaka.
Kategori MICHELIN Selected menampilkan 89 premis tahun ini, termasuk 12 penyertaan baharu yang diiktiraf atas mutu masakan serta identiti tersendiri. Senarai baharu ini merangkumi olahan moden masakan antarabangsa hingga restoran yang berteraskan tradisi tempatan Malaysia.
Di Kuala Lumpur, senarai baharu termasuk:
- As I Am by Chef Ton – Restoran Thai kontemporari dengan pemandangan Merdeka 118 yang menawarkan menu set sampel 12 hidangan yang berinspirasikan masakan tradisional Thai serta gaya santapan komuniti samrub.
- Jhol – Restoran India yang meraikan cita rasa dari sembilan wilayah pesisir pantai India menerusi hidangan seperti ayam goreng Berhampur dan kari ikan mangga Alleppey.
- Merdeka Grill – Restoran Eropah dengan pemandangan bandar raya yang indah, menawarkan hidangan seperti ravioli ketam bunga and daging Wagyu yang dipanggang menggunakan kayu cedar.
- Tangram – Restoran kontemporari Asia yang menghidangkan masakan ala-Perancis dengan menu set hidangan sampel bermusim.
- White N Black Kampong –Restoran santai yang menyajikan hidangan kampung untuk dikongsi termasuk udang tempatan masak sambal dan telur itik masak lemak cili api.
- Yellow Fin Horse – Restoran Mediterranean kontemporari dengan hidangan seperti ikan jenahak panggang dan empanada kambing.
Di Pulau Pinang, senarai baharu termasuk:
- Deens Maju (Jalan Gurdwara) – Perniagaan keluarga generasi ketiga yang terkenal dengan nasi kandar, menawarkan pelbagai pilihan nasi, kari, makanan laut, daging dan sayur-sayuran.
- Flower Mulan – Kafe berkonsepkan kedai bunga dengan hiasan dalaman berinspirasikan budaya Peranakan, menyajikan hidangan Nyonya seperti udang masak asam.
- Hameediyah (164A Lebuh Campbell) – Ditubuhkan pada tahun 1907, perniagaan keluarga ini terkenal dengan nasi kandar serta hidangan warisan seperti kurma kambing dan murtabak.
- Khaosan – Restoran Thai kontemporari yang menawarkan hidangan porsi kecil dengan gabungan cita rasa klasik dan persembahan moden, termasuk taco kuagling bersama petai.
- Root House by Gēn – Restoran masakan Cina Malaysia kontemporari yang diilhamkan oleh tradisi serantau serta evolusinya di Malaysia.
- See Kong Ooi – Beroperasi di dalam sebuah rumah kedai warisan yang telah dipulihara, restoran ini menawarkan pelbagai hidangan Cina dan tempatan.
Senarai penuh restoran disertakan pada penghujung siaran media ini.
MICHELIN Guide Kuala Lumpur & Pulau Pinang 2027 Sekilas Pandang:
Baharu | Dinaik Taraf | ||
JUMLAH INSTITUSI KULINARI | 159 | 16 | 1 |
Jumlah 2 MICHELIN Stars | 1 | ||
Jumlah 1 MICHELIN Star | 9 | 1 | |
Jumlah Bib Gourmand | 60 | 4 | |
Jumlah MICHELIN Selected | 89 | 12 | |
KUALA LUMPUR | 80 | 8 | 1 |
Jumlah 2 MICHELIN Stars | 1 | ||
Jumlah 1 MICHELIN Star | 7 | 1 | |
Jumlah Bib Gourmand | 26 | 2 | |
Jumlah MICHELIN Selected | 46 | 6 | |
PULAU PINANG | 79 | 8 | |
Jumlah 1 MICHELIN Star | 2 | ||
Jumlah Bib Gourmand | 34 | 2 | |
Jumlah MICHELIN Selected | 43 | 6 |
Mindful Voices
Mindful Voices merupakan platform baharu MICHELIN Guide yang menghimpunkan tokoh-tokoh inspirasi daripada pelbagai cabang industri hospitaliti. Berfungsi sebagai ruang editorial, platform ini membolehkan cef, pengusaha hotel dan pembuat wain berkongsi kisah serta amalan inovatif mereka kepada rakan industri di seluruh dunia.
Inisiatif ini lahir daripada pemerhatian langsung para pemeriksa MICHELIN Guide terhadap individu yang sedang mencorakkan semula landskap gastronomi, hospitaliti dan dunia wain serta mengubah cara industri ini beroperasi. Melalui Mindful Voices, MICHELIN Guide berhasrat memperluaskan jangkauan suara-suara ini agar dapat didengari di mana sahaja mereka berada.
Tokoh yang diketengahkan dalam Mindful Voices tahun ini ialah Darren Teoh dari Dewakan.
Dengan menggunakan ramuan tempatan, asli dan endemik, Dewakan mengurangkan kebergantungan kepada bahan import serta pelepasan karbon, di samping menyokong petani kecil, nelayan, pengumpul hasil hutan dan komuniti Orang Asli. Pendekatan ini membantu memperkukuhkan sistem makanan tempatan serta menghidupkan semula ramuan-ramuan yang semakin dilupakan seperti kulim. Selain mengamalkan teknik pengawetan dan fermentasi untuk memanjangkan tempoh penggunaan ramuan bermusim, restoran ini turut menggunakan pendekatan nose-to-tail dengan memanfaatkan bahagian sampingan dan hasil sampingan bahan mentah untuk menghasilkan hidangan baharu. Bagi ikan patin misalnya, tulangnya diasapkan untuk dijadikan stok yang digunakan dalam penyediaan sos. Pasukan Dewakan juga membangunkan menu baharu berasaskan hasil tempatan serta memperkenalkan ramuan-ramuan unik seperti Belinjau Perah dan Dabaito menerusi platform media sosial mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai inisiatif baharu Mindful Voices di sini.
Untuk menerima berita terkini sepanjang tahun, kunjungi laman web MICHELIN Guide, atau muat turun aplikasi percuma untuk iOS dan Android.
About Michelin:
Michelin is building a world-leading manufacturer of life-changing composites and experiences. Pioneering engineered materials for more than 130 years, Michelin is uniquely positioned to make decisive contributions to human progress and to a more sustainable world. Drawing on its deep know-how in polymer composites, Michelin is constantly innovating to manufacture high-quality tires and components for critical applications in demanding fields as varied as mobility, construction, aeronautics, low-carbon energies, and healthcare. The care placed in its products and deep customer knowledge inspire Michelin to offer the finest experiences. This spans from providing data- and AI-based connected solutions for professional fleets to recommending outstanding restaurants and hotels curated by the MICHELIN Guide. Headquartered in Clermont-Ferrand, France, Michelin is present in 175 countries and employs 129,800 people. (www.michelin.com).
THE MICHELIN GUIDE 2027
KUALA LUMPUR | PENANG
KUALA LUMPUR
Two MICHELIN Stars
Restaurant Name (ENG) | Type of Cuisine |
Dewakan | Malaysian & Contemporary |
One MICHELIN Star
Restaurant Name (ENG) | Type of Cuisine |
Akar | Malaysian & Contemporary |
Beta | Malaysian & Contemporary |
Chim by Chef Noom | Thai Contemporary |
DC. by Darren Chin | French Contemporary |
Molina | Innovative |
Potager (Promoted) | French Contemporary |
Terra Dining | Malaysian & Contemporary |
Bib Gourmand
Restaurant Name (ENG) | Type of Cuisine |
7 Chai Ipoh Hor Fun (New) | Street Food |
Ah Hei Bak Kut Teh | Malaysian |
Aliyaa | Sri Lankan |
Anak Baba (Brickfields) | Malaysian & Peranakan |
Coast by Kayra | Indian |
Congkak (Bukit Bintang) | Malaysian |
De. Wan 1958 (Taman U Thant) | Malaysian |
Foong Lian | Cantonese |
Gulainya | Peranakan |
Hai Kah Lang (Taman Cheras) | Seafood |
Hing Kee Bakuteh (121 Jalan Kepong) | Malaysian |
Hor Poh Cuisine | Hakkanese |
Jalan Ipoh Claypot Chicken Rice | Street Food |
Lai Foong Lala Noodles | Noodles |
Lama | Peranakan |
Leen's | Middle Eastern |
Minji Bak Kut Teh (New) | Malaysian |
MTR 1924 | Indian Vegetarian |
Nam Heong Chicken Rice (City Centre) | Malaysian |
Nasi Ayam Hainan Chee Meng (Jalan Kelang Lama) | Malaysian |
Nirwana | Indian |
Roti by d'Tandoor | Indian |
Sao Nam | Vietnamese |
Sek Yuen | Cantonese |
Sin Kiew Yee Shin Kee Beef Noodles | Noodles |
Wong Mei Kee | Street Food |
MICHELIN-Selected
Restaurant Name (ENG) | Type of Cuisine |
As I Am by Chef Ton (New) | Thai Contemporary |
Atelier Binchotan | Barbecue |
Bar Kar | Barbecue |
Bidou | French |
Bōl | Asian Contemporary |
Café Café | French |
Cilantro | French Contemporary |
Dancing Fish | Malaysian & Indonesian |
Dominic | French Contemporary |
Elegant Inn | Cantonese |
Entier | French Contemporary |
Frangipaani | Indian |
Gai by Darren Chin (Taman Tun Dr Ismail) | Thai |
Hide | Innovative |
Jhol (New) | Indian |
Jie | Innovative |
Jwala | Indian |
Kayra | Indian |
Kazu | Japanese |
Kuki | Vegan |
La Suisse | European |
Li Yen | Cantonese |
Limapulo | Peranakan |
Malai | Thai |
Marble 8 | Steakhouse |
Marini's on 57 | Italian |
Merdeka Grill (New) | European |
Nadodi | Innovative |
Passage Thru India | Indian |
Seed | Innovative |
Shanghai Restaurant | Shanghainese |
Shu | Innovative |
Skillet | European Contemporary |
Sushi Masa | Sushi |
Sushi Ori | Sushi |
Sushi Taka | Sushi |
Tanglin (Bukit Damansara) | Malaysian |
Tangram (New) | Asian Contemporary |
Tenmasa | Tempura |
Teochew Lao Er | Teochew |
The Brasserie | French Contemporary |
Ushi | Japanese |
Vantador | Steakhouse |
White N Black Kampong (New) | Malaysian |
Yellow Fin Horse (New) | Mediterranean Cuisine |
Yun House | Cantonese |
PENANG
One MICHELIN Star
Restaurant Name (ENG) | Type of Cuisine |
Au Jardin | European Contemporary |
Auntie Gaik Lean's Old School Eatery | Peranakan |
Bib Gourmand
Restaurant Name (ENG) | Type of Cuisine |
Awesome Char Koay Teow | Street Food |
Bee Hwa Cafe | Malaysian |
Bibik's Kitchen | Peranakan |
BM Cathay Pancake | Street Food |
BM Yam Rice | Teochew |
Bridge Street Prawn Noodle | Street Food |
Communal Table by Gēn | Malaysian |
Duck Blood Curry Mee | Street Food |
Ghee Lian | Street Food |
Green House Prawn Mee & Loh Mee (223 Jalan Burma) | Street Food |
Hot Bowl White Curry Mee | Noodles |
Ivy's Nyonya Cuisine | Peranakan |
Laksalicious | Malaysian |
Lemon Koay Teow Soup (New) | Street Food |
Lum Lai Duck Meat Koay Teow Th'ng | Street Food |
Ming Qin Charcoal Duck Egg Char Koay Teow | Noodles |
Moh Teng Pheow Nyonya Koay | Small eats |
My Own Café | Street Food |
Neighbourwood | European Contemporary |
Penang Road Famous Jin Kor Char Kuey Teow | Street Food |
Penang Road Famous Laksa | Noodles |
Rasa Rasa | Peranakan |
Ravi's Famous Apom Manis | Street Food |
Sardaarji | Indian |
Serabai Istimewa (New) | Street Food |
Siam Road Char Koay Teow | Street Food |
Sifu | Peranakan |
Sister Yao's Char Koay Kak | Street Food |
Super Star Koay Teow Soup (78 Lebuh Kimberley) | Street Food |
Taman Bukit Curry Mee | Street Food |
Teksen | Cantonese |
Thara | Thai |
Wan Dao Tou Assam Laksa | Street Food |
Winn's Cafe | Peranakan |
MICHELIN-SELECTED
Restaurant Name (ENG) | Type of Cuisine |
888 Hokkien Mee | Street Food |
Air Itam Duck Rice | Street Food |
Air Itam Sister Curry Mee | Street Food |
Ali Nasi Lemak Daun Pisang | Street Food |
Bali Hai Seafood Market | Seafood |
Bao Teck Tea House | Dim Sum |
Bee See Heong | Malaysian |
Bite N Eat Dindigul Biriyani | Indian |
Blacklinen | Barbecue |
Blanc | European Contemporary |
Ceki | Peranakan |
Christoph's | Austrian |
Curios-City | Innovative |
Deens Maju (Jalan Gurdwara) (New) | Malaysian |
Du-An (Lebuh Pantai) | Malaysian |
Fatty Loh Chicken Rice | Street Food |
Feringgi Grill | European Contemporary |
Firewood | Barbecue |
Flower Mulan (New) | Peranakan |
Fook Cheow Cafe | Noodles |
Gēn | Innovative |
Goh Thew Chik Hainan Chicken Rice | Street Food |
Hameediyah (164A Lebuh Campbell) (New) | Malaysian |
Jaloux | Italian |
Jawi House | Peranakan |
Jit Seng Hong Kong Roasted Duck Rice | Street Food |
Kebaya Dining Room | Peranakan |
Khaosan (New) | Thai Contemporary |
La Vie | European Contemporary |
Lucky Hole | European Contemporary |
Mémoire | Innovative |
Nyonya Willow | Peranakan |
Penang Famous Samosa | Street Food |
Peninsula House | Australian Contemporary |
Pitt Street Koay Teow Soup | Noodles |
Root House by Gēn (New) | Chinese Contemporary |
RR Nyonya House | Peranakan |
Sambal | Asian Contemporary |
See Kong Ooi (New) | Peranakan |
Sood by Chef Ton | Thai Contemporary |
The Pinn | Small eats |
Tok Tok Mee Bamboo Noodle | Noodles |
WhatSaeb Boat Noodles | Thai |
SOURCE MICHELIN Guide


Share this article