Pelakon Popular Zhang Linghe Sertai Kempen Jualan "Taobao Global Double 11"
Taobao Berganding Bahu dengan Zhang Linghe untuk Membawakan Enam Pengalaman Membeli-belah Baharu kepada Pembeli Rentas Sempadan
KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Taobao Tmall World ("Taobao") hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan pelakon popular Zhang Linghe, menerusi pelancaran filem jenama terbaharunya di platform digital utama di seluruh dunia. Pelancaran ini turut disertai kempen pengiklanan luar yang dipaparkan di mercu tanda bandar terkemuka, termasuk papan iklan video dan cetakan berskala besar, kereta api transit bertema khas serta paparan 3D tanpa cermin mata. Bermula dengan Jualan 11.11 Taobao ("Double 11"), kerjasama ini mengajak pengguna rentas sempadan untuk meneroka aplikasi Taobao dan menikmati enam pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan, iaitu KUALITI (QUALITY), CITARASA (TASTE), GAYA HIDUP (LIFESTYLE), TRENDI (TRENDY), PINTAR (SMART) dan KEJUTAN (SURPRISE).
Aplikasi Taobao turut menampilkan antaramuka khas bertemakan Zhang Linghe serta kempen "Daily Treasure Hunt" yang membolehkan pengguna menebus ganjaran eksklusif bertemakan beliau. Sepanjang tempoh 11.11, Zhang akan muncul dalam siaran langsung eksklusif dalam aplikasi, berinteraksi dengan peminat dari pelbagai pasaran secara langsung. Didorong oleh populariti dan daya tarikannya yang meluas, Taobao memulakan kempen 11.11 dengan mengajak pengguna merentasi pelbagai pasaran membuka aplikasi Taobao dan menerokai keseronokan membeli-belah melalui enam pengalaman baharu yang diperkenalkan.
Temui Segalanya, Temui Kegembiraan: Terokai Taobao Bersama Zhang Linghe
Seiring peningkatan populariti drama China di pelbagai negara dan wilayah, persembahan cemerlang Zhang Linghe telah menarik perhatian peminat antarabangsa yang semakin berkembang, khususnya di pasaran Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand. Keperibadian beliau yang mesra, tulen dan sentiasa ingin meneroka perkara baharu selari dengan nilai Taobao yang membantu pengguna meneroka pelbagai gaya hidup dan menemui kegembiraan dalam setiap penemuan.
"Meneroka pengalaman baharu dan meluangkan masa untuk hobi, saya dapat menemui lebih banyak peluang dalam hidup, selain memperoleh inspirasi untuk watak-watak yang saya lakonkan," kata Zhang Linghe. "Ramai orang mempunyai gaya hidup yang mereka impikan, tetapi pilihan yang terhad kadangkala menyukarkan mereka mencari produk yang benar-benar menepati cita rasa sendiri. Kini melalui aplikasi Taobao, pengguna bukan sahaja boleh menemui apa yang dicari dengan mudah, malah boleh juga menemui pelbagai kejutan yang tidak dijangka. Kepelbagaian produk, gaya dan pilihan di Taobao boleh mencetuskan idea baharu dalam kehidupan seharian. Saya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Taobao dan mengajak semua orang meneroka aplikasi ini bersama saya serta mengalami kejutan mesra membeli-belah."
Janji Taobao,"Temui Apa Sahaja di Taobao", dibina berasaskan pilihan produk yang luas dan kualiti pada harga yang kompetitif, disokong oleh komitmen jangka panjang dalam membangunkan rangkaian logistik rentas sempadan yang boleh dipercayai serta perkhidmatan setempat yang relevan. Ini membolehkan Taobao memenuhi pelbagai keperluan membeli-belah merentasi situasi harian dan gaya hidup yang berbeza.
Seiring peningkatan jangkaan pengguna terhadap produk rentas sempadan, Taobao memperkenalkan enam pengalaman membeli-belah yang dipertingkatkan untuk memberikan pengalaman yang dinantikan oleh pembeli merentasi pelbagai pasaran:
- Kualiti (Quality): Nikmati produk yang yakin berkualiti di Taobao.
- Cita Rasa (Taste): Temui produk dengan rekaan penuh gaya
- Gaya Hidup (Lifestyle): Terokai pilihan yang sesuai dengan pelbagai gaya hidup.
- Trendi (Trendy): Ikuti "trend" yang sedang tular.
- Pintar (Smart): Tingkatkan kehidupan harian di Taobao.
- Kejutan (Surprise): Temui barangan unik di Taobao.
Filem Jenama Baharu Taobao Dilancarkan Hari Ini Secara Global
Zhang Linghe Menampilkan Enam Pengalaman Membeli-belah Baharu di Taobao
Filem jenama baharu Taobao ditayangkan pada 14 Oktober jam 8.00 pagi (GMT+8). Kerjasama antara Taobao dan Zhang Linghe mempertemukan dua dunia yang penuh kemungkinan tanpa batas. Taobao menawarkan pengalaman penerokaan tanpa had, manakala Zhang Linghe sentiasa menampilkan sisi baharu dirinya menerusi imej dan watak yang berbeza.
Bermula dengan satu sentuhan pada ikon aplikasi Taobao, filem ini membawa penonton mengembara ke dunia yang dipenuhi produk dan pelbagai kemungkinan. Dirakam menggunakan teknologi kamera robotik kawalan gerakan (MOCO), visual yang lancar menggambarkan pengalaman meneroka produk di Taobao yang imersif dan menyeronokkan.
Keseluruhan siri babak ini menampilkan pelbagai dimensi personaliti Zhang Linghe, sekali gus menginspirasikan penonton untuk meneroka minat serta gaya hidup mereka sendiri melalui Taobao. Filem jenama ini diakhiri dengan Zhang Linghe mengetik aplikasi Taobao sekali lagi, mengundang pengguna di seluruh dunia untuk menerokai lebih banyak kemungkinan menerusi janji jenama Taobao, "Find Everything and Anything on Taobao" ("Temui Apa Jua yang Anda Cari di Taobao").
Sertai Kempen "Daily Treasure Hunt" dan Tebus Ganjaran Edisi Terhad Zhang Linghe
Bermula 14 Oktober hingga 13 November, pengguna di Hong Kong, China; Taiwan, China; Malaysia; Singapura; dan Thailand berpeluang menyertai kempen "Daily Treasure Hunt" di aplikasi Taobao. Dengan melengkapkan aktiviti harian seperti melayari aplikasi, meneroka produk, membuat pembelian atau menjemput rakan untuk turut serta, pengguna boleh mengumpul "Ling Points" dan menyertai pencarian ganjaran menarik sepanjang kempen berlangsung.
Setiap penyertaan dan daftar masuk yang berjaya akan membuka akses secara berperingkat kepada lapan video eksklusif di sebalik tabir bersama Zhang Linghe, membolehkan peminat menikmati kandungan istimewa yang tidak boleh didapati di tempat lain.
"Ling Points" yang terkumpul boleh ditebus dengan pelbagai hadiah menarik termasuk "red packet Taobao", hadiah digital eksklusif dan koleksi barangan bertemakan Zhang Linghe. Hadiah digital merangkumi tema aplikasi, pelekat digital, kertas dinding telefon bimbit dan ucapan rakaman khas daripada Zhang Linghe. Pengguna dengan kedudukan tertinggi dalam carta penyertaan turut berpeluang memenangi hadiah bertandatangan serta ganjaran edisi terhad yang eksklusif.
Sebagai sebahagian daripada kemeriahan "Taobao Global Double 11", Zhang Linghe juga akan tampil dalam sesi siaran langsung eksklusif menerusi aplikasi Taobao, membolehkan beliau berhubung secara langsung dengan peminat dari 11 pasaran serentak tanpa dibatasi perbezaan zon waktu. Maklumat lanjut mengenai jadual dan cara penyertaan akan diumumkan melalui akaun Instagram rasmi Taobao serta aplikasi Taobao.
Taobao x Zhang Linghe: Dari Iklan Mercu Tanda ke Acara Fizikal
Melengkapkan pelancaran filem jenamanya, kempen Taobao x Zhang Linghe turut akan mengambil alih beberapa lokasi paling ikonik di Hong Kong, Kuala Lumpur, Bangkok dan Singapura menerusi pelbagai aktiviti pengiklanan luar yang menarik perhatian. Ini termasuk paparan video dan cetakan bersaiz besar, kereta api transit bertema khas serta paparan 3D tanpa cermin mata yang menghidupkan enam pengalaman membeli-belah baharu Taobao secara lebih interaktif dan mengasyikkan.
Acara fizikal bertemakan Zhang Linghe akan menyusul, bermula di Hong Kong pada 15 Oktober, diikuti Bangkok dan Kuala Lumpur pada 24 Oktober. Pengunjung berpeluang menikmati pengalaman eksklusif yang menampilkan identiti jenama Taobao yang diperbaharui, selain berpeluang membawa pulang hadiah edisi terhad bertemakan Zhang Linghe. Butiran lanjut mengenai lokasi acara, waktu operasi dan kaedah penyertaan akan diumumkan melalui akaun media sosial rasmi Taobao di setiap pasaran.
SOURCE Taobao Tmall World
Share this article