KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Oktober 2026 /PRNewswire/ -- Edisi pertama Seatrade Cruise Asia di Malaysia bakal meneroka trend baharu dan perkembangan terkini dalam industri pelayaran Asia. Acara ini dijangka menarik penyertaan lebih daripada 28 syarikat pelayaran utama serta wakil dari kira-kira 30 negara. Berpandukan tema A New Era of Opportunity, Sepanjang dua hari pertama, peserta berpeluang menyertai sesi jaringan dan persidangan akan menyediakan ruang perbincangan yang luas, dengan lebih 10 jam diperuntukkan untuk perkongsian pandangan dan perbincangan bernilai.
Buat julung kalinya di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, acara utama industri pelayaran ini akan membincangkan pelbagai topik, termasuk Homeporting, Deployment & Year-Round Cruise Growth, Asia's Cruise Guests & Evolving Traveller Expectations, Designing Distinctive Cruise Experiences for Asia, Seamless Cruise Journeys, Terminals & CIQ, Destination Immersion & Small-Ship Readiness dan banyak lagi.
Acara ini akan dibuka pada 16 November jam 1:30 petang dengan ucaptama oleh Charles 'Bud' Darr, President and CEO, Cruise Lines International Association (CLIA). Beliau akan mengupas tema utama acara dalam konteks pertumbuhan peluang baharu di rantau ini serta cara memanfaatkan potensinya bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang mampan.
"Seatrade Cruise Asia menghimpunkan bakat dan pengalaman industri pelayaran Asia Pasifik bersama para pemimpin dari seluruh dunia. Di sini, kita dapat berfikir secara lebih berani tentang dekad-dekad akan datang, belajar antara satu sama lain dan mencari rakan kongsi untuk merealisasikan idea-idea bercita-cita tinggi. Hubungan ini mampu merangsang pelaburan dan mewujudkan pengalaman luar biasa yang dapat dinikmati oleh generasi pelancong akan datang," jelas beliau.
Selepas ucaptama tersebut, barisan pemimpin kanan syarikat pelayaran akan berkumpul untuk berkongsi keutamaan strategik, prospek syarikat masing-masing serta pandangan tentang hala tuju industri pada masa hadapan. Sesi State of Asia's Cruise Industry: A New Era of Opportunity akan bermula pada jam 1:45 petang dan dikendalikan oleh Mary Bond, industry expert and Group Portfolio Director, Seatrade Cruise.
Industri pelayaran di seluruh Asia sedang memasuki fasa baharu, dengan peluang yang semakin berkembang merangkumi pasaran sumber pelancong, penempatan kapal, destinasi dan pengalaman penumpang. Walau bagaimanapun, pertumbuhan masih tidak sekata. Usaha merealisasikan potensi rantau ini bergantung pada keputusan pelaburan syarikat pelayaran, evolusi produk dan jadual perjalanan, serta keupayaan ekosistem industri yang lebih luas untuk menyokong perkembangan pada skala yang lebih besar.
Ben Bouldin, President, Greater China & Managing Director, Asia, Royal Caribbean International; Michael Goh, President, StarDream Cruises; dan Oliviero Morelli, President, South-East Asia, Japan, South Korea, Cruise Division, MSC Group, akan membincangkan faktor-faktor yang bakal menentukan fasa pertumbuhan seterusnya bagi industri pelayaran Asia, serta peluang terbesar yang dikenal pasti oleh para pemimpin industri.
Pakej
Harga penyertaan untuk Seatrade Cruise Asia Conference yang berlangsung pada 17 hingga 18 November bermula daripada USD1,000 bagi peserta antarabangsa.
Penduduk Malaysia boleh menikmati kadar diskaun istimewa sebanyak USD450 dengan mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah. Sementara itu, eksekutif syarikat pelayaran boleh menghadiri persidangan secara percuma dengan menggunakan kod promosi.
Bagi peserta yang ingin menikmati pengalaman yang lebih menyeluruh, Penang Excursion boleh ditambah kepada mana-mana jenis pas dengan bayaran tambahan sebanyak USD450.
Lihat jadual acara:
https://www.seatradecruiseevents.com/asia/whats-on/event-schedule/
Lihat pakej dan daftar penyertaan:
https://www.seatradecruiseevents.com/asia/attend/ticket-packages/
Untuk sebarang pertanyaan mengenai acara atau pakej yang ditawarkan, sila e-mel kepada [email protected].
TAMAT
Nota kepada Editor
- Pertanyaan media: [email protected]
- Daftar untuk mendapatkan pas media percuma melalui pautan berikut: https://form.evenesis.com/seatradecruiseasia/conference
Mengenai Seatrade Cruise
Sejak 1970, Seatrade Cruise telah berkhidmat untuk komuniti pelayaran antarabangsa dan menjadi platform utama industri bagi menggalakkan kerjasama, inovasi serta hubungan perniagaan.
Merangkumi acara pelayaran dan pameran perdagangan terbesar, saluran berita, program maya serta program anugerah berprestij, portfolio Seatrade Cruise menjangkau lebih 20,000 profesional, lebih 4,000 pembekal, lebih 120 jenama syarikat pelayaran dan peserta dari lebih 140 negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai Seatrade Cruise Events, sila layari www.seatradecruiseevents.com. Untuk mendapatkan berita terkini dan perkembangan industri, sila layari seatrade-cruise.com.
Seatrade Cruise Events dianjurkan oleh Informa Markets, sebuah kumpulan perkhidmatan maklumat B2B terkemuka dan penganjur acara B2B terbesar di dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut serta mendapatkan berita dan maklumat terkini, sila layari informamarkets.com/en.
Mengenai Seatrade Cruise Asia
Seatrade Cruise Asia merupakan acara pelayaran terkemuka di rantau Asia yang menghimpunkan pihak berkepentingan utama dan golongan profesional industri untuk meneroka trend serta peluang terkini dalam pasaran pelayaran Asia yang dinamik.
Dengan memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan kerjasama dan inovasi, Seatrade Cruise Asia menyediakan platform untuk membina rangkaian perniagaan, berkongsi pengetahuan dan menjalin kerjasama strategik. Acara ini merangkumi persidangan komprehensif, pameran yang menampilkan pembekal serantau, pelabuhan, destinasi dan penyedia perkhidmatan, serta program sosial untuk semua peserta.
SOURCE Seatrade Cruise Asia


Share this article